Showing posts with label Others/ Lain- lain. Show all posts
Showing posts with label Others/ Lain- lain. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE



Garlic mayonise ni memang sedap kalau dimakan bersama grill chicken atau disapu pada roti sandwich
arab atau dicicah bersama daging grill juga rasanya enak.
  

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE
1 ulas bawang putih- tumbuk halus
1 biji egg white
1/4 tsp garam (secukup rasa)
1 c +- vegetable oil/ sun flower/ canola oil atau apa je oil
1/2 biji lemon jus.. nak masam boh le lebih atau 3 tbsp white veniger
1. Blend telur putih hingga gebu mcm buih sabun/kental. 
2.  Masukkan garam, lemon jus/ vineger dan bawang putih,terus blend.
3. Buka penutup blender, masukkan minyak perlahan- lahan, sedikit dalam blender yang sedang berputar tu dan teruskan blend sehingga creamy dan pekat.
4. Masukkan sebentar dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.Note:- Pastikan blender anda tu bebas dari air atau minyak kerana nanti telur putih tak gebu atau lambat gebu. Boleh gak add minyak zaitun, tetapi mayo anda akan nampak sedikit yellowish la. Simpan dalam peti sejuk sebentar baru sedap.

Saturday, February 09, 2013

MY HOMEMADE KAYA AGAIN..

FB ni banyak baik dan buruknya..TERNMAPAK orang post gamba makanan itu in buat pewot sentiasa bergelora. Semalam Lydia bermimpi makan roti bun yang di sapu kaya. Tu nostalgia zaman budak- budak dulu masa tinggal kat umah Tok dan Tok Wan di Perlis. Tiap petang sure masa zaman kanak- kanakku pasti ada orang datang berjaja bersama motor dari kampong ke kampong dan umah ke umah jual roti buns panas bersama kaya. Ingat lagi nama pak cik yang jual tu kami panggil Pak Mud, selalunya lepas adar je pasti honya membuat kami kana- kanak ni berlari- lari mahu membelinya.
Dek kerana nostalgit tu la membuatkan lydia gagahkan diri buat kaya kerana kat Kuwait ni bukan tak leh beli. Ada terjual tapi from Pilipina..rasanya tekakku tak tertelan baik buat sendiri kan tahu baerih dan halal sebab sendiri bikin.. ni dia resepi simple yang selalu lydia buat tapi kali ni lydia cuba less sugar lagi rasanya tak mansi gila- gila but nice la.. Jom cuba buat!!..
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3fCSyF8_S8sLyHK0secl528QWg3SZlbKW3TZcF7lFlFOjThGx8e-yaijw1A2Kf-elbBN5VFiPR0QQZ40BcqIz2FSP66DdlKzH1LUXc-2-Idg54GZpSY93l21b-K1Nin0L04znDsbdH60/s1600/010.jpg" imageanchor="1" style="">


KAYA

1/2 cawan gula *
1 cawan air *
* Buat gula hangus dan sejukkan
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 ½ cawan santan pekat
1 camb tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Daun pandan


Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas, kacau rata dan tapiskan.
Masak di dalam kuali/periuk dengan menggunakan api serdahana.
Adunan hendaklah di kacau sentiasa. Masak sehingga pekat dan berkilat.
Lebih kurang 20-25 minit hingga pekat dan berkilat.
Note:- Paling tak tahan part meletup2 ni la..tapi makan sedap :)
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVQNbFXKONGxtGT7HlfPz5Rg_g-ajcSgYTGGcBJdI8cRbI9MYjSBeZUDU0X1G5D85tw41DK_ry8BHZReron6liXt1t4cGVE_93MO8Gvy0at3-A6MGBFlm6KnhyybzosKRIBOakeyQjMsc/s1600/017.jpg" imageanchor="1" style="">

Saturday, January 05, 2013

ARABIC GARLIC MAYONNAISE

Assalamualikum dan salam sejahtera... maaf memang lweat keluar resepi sebab network di Kuwait ni terutama kat my area ni memang selow tahap siput khin*** yang membuatkan lydia M' nak update macam-macam N3.
Resepi ni diturunkan dari my sister in law Alia Oum Eyad ikut versi Syrian family dia la. Resepi ni memang guna white egg sebab tu nampak mayo lydia ni putih sangat. Mayonise ni sesuai dihidangkan dengan ayam bakar, shawerma (orang melayu panggil kebab) atau sandwich atau daging grill pon sodap gak rasanya.
Kalau nak best simpan dalam peti ais jap baru hidangkan. Actually mayonise ni tak tahan lama macam mayonise biasa tu. Tempoh hayatnya lydia tak pasti sebab sekali buat terus habis so no idea la ya..hahhahaaaa..


Arabic Garlic Mayonnaise
1 ulas bawang putih- tumbuh halus
1 biji egg white
1/4 tsp garam
1 c +- vegetable oil/ sun flower/ canola oil atau apa je oil jangan minyak tanah dh
1/2 biji lemon jus.. nak masam boh le lebih atau 3 tbsp white veniger


Blend telur putih hingga gebu mcm buih sabun. Pakai normal blender atau hand blender pon ok.
Masukkan garam, lemon jus/ vineger dan bawang putih,terus blend.
Buka penutup blender, masukkan minyak perlahan- lahan, sedikit dalam blender yang sedang berputar tu dan teruskan blend sehingga creamy dan pekat.
Sedia untuk dihidangkan.

Note:- Pastikan blender anda tu bebas dari air atau minyak kerana nanti telur putih tak gebu atau lambat gebu. Boleh gak add minyak zaitun, tetapi mayo anda akan nampak sedikit yellowish la. Simpan dalam peti sejuk sebentar baru sedap.

perbezaan garlic mayo dan mayo biasa
 





Friday, June 15, 2012

CUCUR NASI UDANG KERING


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bagi yang berada di Tanah Arab dan selamat berhari jumaat pada kengkawan yang lain tak kira di mana anda berada. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang-petang macam ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek untuk minum petang kan?
Hari ini Lydia buat cucur nasi udang kering je sebagai sarapan pagi merangkap lunch dan minum petang. Bukan apa nak cover perut kerana jap lagi nak g piknik ngan kawan kat pantai sambail makan ramai- ramai, so kenalah adjust perut supaya tak terover makan for today(pandai tak lydia balance perut..hehehhe?).
Kalau makan reramai memang syok tak sedar bertambah- tambah, kalau kat umah dok makan sowang- sowang nasik 1 senduk pon payah nak abiskan.
Resepi ni diadaptasikan semasa merayau kat umah Yatie. Tapi Lydia tukar dan tambah sesedap rasa. Maaf yer Yatie...almaklumlah dok di perantauan ni bukannya serba serbinya ada kat pantry tu. Yatie buat guna ikan bilis tapi Lydia gantikan ngan udang kering kerana bilis yang baik payah nak dapat kat Kuwait ni kalau udang kering from Malaysia ada dijual di supermarket so tak sayang la kalau cepat abis sebab senang nak beli lagi..kalau bilis ni kena kemut sikit..
Cucur nasi ni sedap dan wangi jer baunya, dah tu tetap lembut walaupun dah sejuk. Kalau U olls nak rasa my version ni, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis kalau yang makan pedas tu cicah ler ngan sambal tumis...



Cucur Nasi Udang Kering

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air +-
1 biji bawang besar -didadu kasar
1 gengam udang kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cmt baking powder (* Lydia pandai add sendiri)
1/4 cmt baking soda (* Lydia pandai add sendiri)
3 camb bawang goreng (* Lydia pandai add sendiri)
garam secukup rasa
1 biji lada besar merah dicincang halus (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
Minyak untuk mengoreng terendam

Blend nasi, bawang besar, garam, udang kering bersama air hingga sebati.
Masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, bawang goreng dan terus kisar lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam bekas, campurkan dengan cili atau daun bawang/sup dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur sehingga garing golden brown atau hingga masak.
Selamat Mencuba...
Note:- enak dimakan dengan sos pilihan anda

Tuesday, May 01, 2012

CRISPY BELGAN WAFFLE

CRISPY BELGAN WAFFLE
Dinner malam ni mengWAFFLE lagi. dah 2 malam berturut- turut buat waffle tapi kali ni I LIKE it! Resepi dari Chef Amirul Abd Aziz rakan FB..yang Lydia Honey ubahkan sikit tapi mmg sedapa la memnuhi citarasa anak tekakku.... Jom tengok resepinya dan cubalah yer..
2 biji telur
2 cups fresh milk
2 cups all-purpose flour
1 camb baking powder
1/2 camt salt
1/2 cup olive oil (Chef Amirul guna oil, nak lagi sedap masukkan butter cair)
1 camb gula

Pukul telur dan gula hingga gebu.
Masukkan garam dan pukul sebentar.
Masukkan tepung berselang seli dengan minyak/butter dan air hingga habis.
Rehatkan adunan selama 5- 10 minit.
Masak waffle hingga golden dan letakkan topping kegemaran anda.
Selamat Mencuba

Sunday, April 15, 2012

MY HOMEMADE KAYA

Kaya yang ke 3 kalinya Lydia buat selama 6tahun di Kuwait...kali ni perfect rasanya jika nak dibandingkan dengan 1st and 2nd tu..manisnya pon sedang- sedang elok dan kaler serta teksture pon ada improvement..yang tak tahan tu letusan lava kaya ni meletus raas nak jerit ja...hehehhe..
Tapi yang penting suci, halal dan tiada pengawet..
Meh tengok my resepi kat bawah dan silalah cuna ek..



KAYA
3 biji telur ayam
1 1/2 cawan santan pekat
225g gula pasir
1 1/2 camb tepung gandum
1/4 cmt esen pandan
secubit garam
Pukul telur dengan 50g gula hingga gula hancur dan kembang.
Masukkan santan kelapa, esen pandan, garam dan tepung, kacau rata hingga sebati.
Baki gula (175g) dihanguskan dengan 1-2 camb air.
Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur perlahan- lahan dan kacau sedikit sekadar sebati.
Masukkan ke dalan Non-stick pan masakkan di atas api yang perlahan sehingga masak.
Kacau selalu supaya cantik teksturenya..tapi AWAS letusan lava tu meletus- letus.. Lydia masak dalam setengah jam je kot.
Selamat mencuba..

Tuesday, January 17, 2012

UBI KAYU GORENG BEREMPAH

UBI KAYU GORENG BEREMPAH
Ubi kayu versi goreng macam ni selalu makan masa tinggal kat Perak dulu. Teringat Mak Cik Ani Ibrahim jiran sebelah umah selalu buat dan bagi kat kami sekeluarga kerana Mak Cik Ani dengan my mom adalah best friend sampai sekarang walau kami dah lama berpindah ke Selangor.. Teringat dulu- dulu..memang sedap makan ramai- ramai sambil minum teh O' wangi lepak lak bawah pokok mangga sambil menghirup angin segar sepo- sepoi bahasa..nyaman sungguh terasa membangkitkan nostalgia, walaupun pada waktu tu lydia masih awal remaja.
Apa khabar Mak Cik Ani sekeluarga sekarang tentu dah jadi opah agaknya.
Rindu lak..:))
Ubi kayu ni beli kat Lulu Hypermarket..kat Kuwait ni semua ada cuma siap fulus jer..harga tolak tepi kalu nak makan hehehehe, memang la mahal tapi dah nak makan semua tu pejam mata ja ler..
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."
Ubi kayu- Kupas kulitnya,cuci dan potong ikut suka (medium saiz jer)
bawang putih*
bawang merah*
lada hitam*
serbuk kunyit*
serbuk lada hitam*
serbuk kari*
corainder seeds*
cumin seeds*
arabic mixed spice (kalu tak ade pon tak per)
halia*
garam secukup rasa* -ditumbuk bersama
daun kari-(tak letak sebab tak ada)
minyak untuk deep fry
campurkan semua bahan kecuali minyak dan perapkan seketika dan goreng hingga keperangan/garing..
Note:- kalau suka pedas boleh add cili powder.

Friday, January 06, 2012

HOMEMADE KEROPOK LEKOR IKAN TAMBAN/SARDINE

HOMEMADE KEROPOK LEKOR IKAN TAMBAN/SARDIN

Sejuk-sejuk ni tengok apa pon lapar je, mulut tu asyik nak mengunyah dan badan lak nak berlengkar malas..hehehe..Resepi ni dah lam tersimpn tak pernah cuba tapi nekadkan juga nak buat tapi kali ni guna ikan tamban/sardine. Keropok ni agak gelap sikit, kerana jenis ikan yang digunakan, tak macam my 1st keropok putih jer sbb iakn kembong. Resepi ni Lydia CNP dari Kak Noor Masri, tak pe ya kak cilok sikit. 1st resepi dulu Lydia guna ikan kembung dan tepung kanji jer tapi resepi ni Kak Noor Masri guna 2 jenis tepung. Jom tengok resepi dan try buat sendiri..

2 cawan isi ikan
2 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garam
ais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka


Bersihkan ikan.
Asingkan tulang dan isinya, mesinkan isi ikan sehingga hancur.
Masukkan tepung jagung dan tepung kanji, mesin sekali lagi, masukkan sedikit demi sedikit air sejuk ais hingga mendapat adunan lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras.
Uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor, rebus dan angkat dila anda nampak keropok timbul dipermukaan air macam buah Melaka.
Sapu sikit ngan minyak masak bagi nampak kilat dan tak kelak kalu nak simpan dalam es box.
Boleh dimakan terus atau digoreng.

Tuesday, December 13, 2011

MY HOMEMADE KEROPOK LEKOR PERANTAUAN

MY HOMEMADE KEROPOK LEKOR PERANTAUAN


Winter sejuk- sejuk tekak ngidam jer selalu, pantang nampak umah orang ada itu ini kita pon nak sama.
Actually mmemang dah berbula- bulan plan nak buat kopok ni cuma seruan rajin je lom ada dan last 10 Muharram g Souq Shark borong ikan tapi serunya terdatang hari ni..tu pon sebab terEMERGENCY lupa on suiz freezer..hehhe sib baik tak busuk ikan ku.
Dalam migraine- migraine pon paksa diri buat, alahamdulillah menjadi ala-ala keropok losong jer rasanye..hasil percampuran resepi dari kawanku di Kuwait, Puan Sue Rajer dan Saudi, Puan Zubaidah Isa.. Tima kasih teman atas kesudian mengShare resepi peribadi kalian tu..

Resepi- via ZUBAIDAH & Sue Rajer

1kg ikan kembong
315g tepung ubi/tapioca
1 cmt garam
1 cmt baking soda
1 cmt baking powder
3-4 camb air ais batu

Bersihkan ikan.
Asingkan tulang dan isinya dan blend isi ikan sehingga hancur, lydia guna food processor jer.
Masukkan tepung ubi/tapioca, mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendapat adunan yang lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras.
Uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
Panaskan air hingga mendidih.
Masukkan keropok lekor dan rebuslah hingga masak.(kalau timbul dipermukaan air tu bermakna dah masak ler)
Sapukan dengan sedikit minya masak, sejukkan dan boleh digoreng atau disimpan dalam es box.
Selamat mecuba.


Kuah/Sosnya:-

bawang putih
cili blend
gula merah/putih
cuka
garam
air
tepung ubi/tapioca

Masak semua bahan di atas hingga mendidih dan pekat.

Sunday, December 11, 2011

HOMEMADE TOFU TELUR (JAPANESE TOFU)

Homemade Tofu telur (Egg Tofu) (Japanese Tofu)

Di perantauan ni macam- macam teringin. Kalu boleh beli tak per jugak tapi kadang kala yang kita inginkan tu tak ada so nak tak nak kenalah baut sendiri.. Resepi ni Lydia dapat dari internet cara buatnya mudah sangat dan dijamin halal serta bersih.
Tofu ni kalu buat sop pekat- pekat pon sedap atau pon goreng ngan sos tiram pon sedap. Kalu kat Malaysia memamng selalu beli masak ngan pokchoi/bokchoi (eh! betul ke yang sayur macam sawi kecik- kecik tu..hehhehe), memang sedap.
Meh tengok resepinyer..



1 Cawan kacang soya (rendam semalaman)
2 Cawan air
4 Camb stok udang
1 Camt garam
5 Biji telur
1 camb tepung jagung

Blend kacang soya dengan 2 cawan air. Tapis dan masak air soya hingga mendidih, padamkan api.
Masukkan garam dan sejukkan air soya. Sementara menunggu air soya sejuk, Alaskan loyang dgn plastic kalu guna loyang (supaya tak lekat), tapi Lydia guna silicon mould so tak yah alas.
Setelah air soya sejuk, masukkan telur, stok udang dan tepung jagung, pukul sedikit hingga sebati.
Tapiskan adunak ke dalam loyang, tutup loyang dengan alumunim foil atau kain dan kukuslah adunan selama 30 minit.
Selamat Mencuba. Insha'Allah dijamin menjadi dan sedap sangat

Nota:- Air untuk mengukus hendaklah di didihkan terlebih dahulu dan masa nak kukus tu guna api yang paling perlahan, kalu tak tekstur tofu akan tidak akan licin (gelembung/berbuih).

Saturday, November 19, 2011

RENUNGAN CINTA...

RENUNGAN CINTA


Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

Saturday, November 12, 2011

KERABU EPAL HIJAU

green apples - shredded
red chillie - sliced
onion - quartered n sliced
carrot - shredded
mint leaves - tak letak tak de stock ganti parsely
black pepper
olive oil
lemon juice
cuka apple
salt and sugar to taste
seseme for garnishing (kacang tumbuk)

Mix shredded green apples, red chillie, onion, carrot and mint leaves/parsely in a bowl.
Mix lemon juice, cuka apple, salt, sugar, black pepper and olive oil. Pour the dressing into the vegetables and set aside for 15 minutes. garnish with some crushing penu and ready to serve

Thursday, November 10, 2011

Falafel (Middle Eastern fried chickpea patties)

Falafel is the famouse patties in Middle East. It is found in Lebanon, Syria, Israel, Egypt, and Palestine. I like Syrian falafel because of the taste is more delicous then Egyption Falafel (to much spices). In Egypt it is known as tamiyah or taamiyah. Israel...is sometimes call it the "national food of Israel." When first time my husband bring falafel I think this is Vade/Masalodeh…hahahaha… but the taste is totally 100% different. In Malaysia, expecially for indian people they have patties call vadeh/ masalodeh made from lentis.

'Frying falafel with summac'
'my Frozen Falafel'

Falafel (Middle Eastern fried chickpea patties)
250g Dried Chickpeas
2-2 cloves Garlic, crushed
1/4 cup Parsley, minced
Salt to taste (1-1/2 tsp)
1tsp Baking powder
1tsp Ground coriander
1tsp Ground cumin
Seseme (I don’t put because they will be made my oil be come dirty..)
Summac for decoration/garnishing
Oil for deep frying

Place the chickpeas in a large saucepan and add water to cover and soak for overnight.
Drain the chickpeas and rinse them with fresh water.
Place the chickpeas, garlic, cumin, corrainder and parsely in a food processor and pulse until the chickpeas break down into small pieces the size of breadcrumbs.
Remove the chickpea mixture to a large bowl salt to taste and mix together well.
The mixture should have a fairly dry, crumbly texture.
Add a little water if it is too dry to form balls with your hand.
Adjust seasoning to taste.
Form the mixture into 1-inch balls or ovals and then flatten slightly and if U like U can sprinkle with seseme on the top before frying(I use falafel mould).
Heat oil in a heavy skillet over medium-high heat.
Drop patties a few at a time into the hot oil and brown well on both sides, about 4 to 5 minutes.
Remove the browned from the oil and drain on a plate lined with paper towels and sprinkle with summac on the top (only one side).
Repeat with the remaining patties or you can frozen your patties for a few weeks.

Notes:- Falafel can be served on its own with sauce or stuff it in pita bread halves with tomatoes, cucumbers and onions and eat it like a sandwich.
Tamiyah (Egypt): Falafel is usually made with fava beans in Egypt.
Substitute some or all of the chickpeas with small, dried favas.
Instead of breadcrumbs, use a piece of pita bread.
Just process it into crumbs in the food processor first.
Some recipes call for the addition of 1 egg, this helps hold the mixture together as it cooks.

Topping variations:- There is more than one way to stuff a pita with falafel.
Hummus, if used, is typically spread on the pita along with any chili sauce.
Falafel and salads are then added.
Salads range from a simple tomato-and-cucumber mix to pickled eggplants.
In Syria and Lebanon, the typical filling is tahini or hummus (or both), tomato, lettuce, cabbage, pickles and lemon slices.
In Israel, Lebanon, and the UAE, french fries are a frequent addition.
Once the entire pita has been packed, tahini (possibly with lemon) or yoghurt sauces may be added.
The salads or the pita itself may be seasoned with sumac or salt, alternatively, these may be applied to the top.
In Syria, sumac is practically a universal accompaniment to falafel, whether in a sandwich or otherwise.

Tuesday, October 18, 2011

MARSHMALLOW FONDANT

MARSMALLOW FONDANT
Last two years saya buat Brownies kek ni siap ngan ganache untuk my birthday..jamuan ringan untuk 2 my friends, kakak ipar, adik ipar dan anak-anak mereka jer..Dah basi kan baru kelua blog..huhuhu.. Actually ni pestaim pon buat marshmallow fondant..best macam main tanah liat.. yang tak best part mengaler, sebab tangan pon jadi comot.. Insyallah next time nak guna glove..Selamat mencuba




200 gm white marshmallow
1 tbsp air
powder sugar secukupnya(di ayak)
1 tbsp butter
pwearna ikut suka

Cara-cara
Sapukan butter pada bekas tahan panas untuk microwave dan apa saja peralatan yang nak guna supaya senang nak cuci nanti.
Masukkan marshmallow dan air ke dalam bekas dan panaskan dlm microwave lebih kurang 30 saat guna high heat hingga cair (ikut jenis microwave gak), keluarkan dan gaul hingga semuanya cair
Masukkan powder sugar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi, gaul dan uli hingga jadi doh yang lembut senang dibentuk.
Kalu nak kurangkan kemanisan tu leh tambah sikit tepung jagung masa uli.
Bahagikan kepada beberapa bahagian kalu nak warnakan. saya guna liquid coloring uli hingga warnanya sekata dan tara siap boleh digunakan...

Note:- Kalau tak nak guna lagi atau habis guna boleh balut ngan plastik dan simpan dalam peti sejuk dan panskan dalam microwave seketika sebelum guna.
Adunan ni tak banyak cukup la nak hiaskan sebijik kek.

Monday, October 17, 2011

FISH SAUSAGE aka KOPOK LEKO

FISH SAUSAGE aka KOPOK LEKO

Aduhai sedap gila kopok leko ni..dapat jer terus aku makan without frying.. tak senang ZZzzz..dok terbayang kopok leko kat esbox..berkali- kali aku bangun ulangalik makan sampai kembong perot..
Bukan apa nak goreng malsa sebab dah 3 pagi nanti bau semerbak si ikan, bising lak si pak arab tu. Ku kuburkan keinginan ku.
Petang tadi saja aku tak mo lunch, goreng sumer kopok ni dan makan sepuas puasnya..
Terima kasih dau keladi kak Oum kareem.. hanya Allh SWT jer yang dapat balas budimu... Moga Allah SWT juga memakbulkan segala doamu.
Lembut dan sedap kopok ni, kalu ada 2 paket pon sure abis sekali adap.



Tuesday, October 11, 2011

MY HOMEMADE TAUGEH


1st day..


2nd day..


3rd days..

4th days..


4th days..& ready to eat..

N3 pagi ni aku nak cerita pasal taugeh. Actually, semenjak dok kat Q8 ni takdelah kerap sangat beli taugeh. sesekali jer kalu goreng mmehon ker mee klu takde pun ok jer sebab my huby takut nak makan taugeh ingat ulat kot!!!.. So tak kisah sangat pun kalau takde.
dah tak de keje, aku pun cari alternatif macam mana nak buat taugeh sendiri. Rasanya aku pernah la tengok tok aku buat guna kacang hijau. Letak dalam bekas berlubang dan kemudian jadilah taugeh yang kontot2 tu. Hihi... tapi aku tak nak yang macam tu aku nak taugeh yang panjang2. Setelah puas menggoogle, aku pun jumpa satu blog ni, lupa la pulak blog sapa main buat je sampai lupa empunya..Tanks pada empunya tu sebab berkongsi bagaimana cara nak buat taugeh sendiri.

Rendam 1/2 cawan kacang hijau,rendam hingga kembang.

Letakkan kain jarang di atas bekas rata (Tak perlu guna bekas berlubang)

Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.

Tutup dengan sehelai lagi kain yang sama.

Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.Letakkan benda berat diatasnya (Aku letak dalam pyren & isi air). Sebenarnya aku NOT SURE function letak benda berat ni,subhanallah taugeh tu berdiri dan panjang2 dengan sendirinya..MAGIC!. Agaknya kalau tak letak benda ni taugeh tu akan jadi bengkok2 dan pendek2.

Letakkan di tempat gelap. (Aku letak dalam oven dapur gas aku jarang pun buat kek, so tak guna sangat oven tu)

Jirus sedikit air setiap hari supaya kain sentiasa basah. (Aku siram
2x sehari iaitu pagi dan petang)

Insyallah after 4days bolehla nak tuai dam masak togei tu..
Selamat mencuba

Thursday, September 29, 2011

KUBBAH BIL BATATA

KUBBAH BIL BATATA

500g Potatoes
1C Rice
1 tsp Salt
1/2 tsp Cumin powder
1/2 tsp all spices
1/2 tsp turmeric
Vegetable oil for deep frying

How to prepare:
Wash the rice, place in deep casserole. Peel the potatoes, cut the potatoes into 6 pieces and add into the rice casserole.
Cover rice and potatoes with water.
Add salt, simmer for 15-20 minutes until rice and potatoes are tender.
Mince the warm rice potatoes twice.
Add in cumin, turmeric, all spices and salt to taste. If the mixture is too soft add in little flour.

Filling:
2 tbsp Oil
500g ground beef/ lamb
3 medium Onion-chopped
1/2C Parsley- chopped
11/2 tsp salt
11/2 tsp Meat spices
11/2 tsp black pepper powder
1/4C Pine nuts/ crushed walnuts
How to prepare:
In a medium casserole heat oil and meat, stir until cooked and dry, add onion and cook until onions are transparent. Add salt, spices and black pepper. Then add the parsley, nuts and mix well, leave to cool

With wet hand, take medium sized pieces of mixture, shape each one into an oval, making a spaces/hole in the center by pushing your finger through from one end to make hollow egg shape. Fill with meat filling. Close by pressing firmly on booth ends. Chill for 45 minutes (suitable for freezer). Heat oil in a deep frying pan, fry until golden with medium heat.
Serve hot
Note: A nutrition snack, suitable for buffets, parties, office, school, dinner etc...

Wednesday, September 28, 2011

Cheesy Wedges

Cheesy Wedges

500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese
1 cmb butter
1 cmnb tepung gandum
125ml fresh milk
2 cmb besar sour cream (boleh ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Goreng wedges hingga masak. Ketepikan. Panaskan non-stick pan. Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati. Masukkan susu dan kacau hingga pekat . Masukkan cheese, kacau hingga cheese mencair. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.

Note:- nak cun cari cheesedar yang kaler oren..

Saturday, September 17, 2011

MASH POTATO / KENTANG PUTAR

MASH POTATO/ KENTANG PUTAR


5 biji kentang bersaiz besar.
40g butter
5cmb fresh milk
Garam
Serbuk lada hitam/lada sulah secukup rasa.

Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk.
Bila empuk, toskan air dan terus lenyek kentang dalam keadaan masih panas.
Masukkan susu segar dan mentega, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam/ lada sulah.

NOTE:- Sekiranya nak kentang putar ni lagi lemak berkrim, boleh gantikan fresh milk dengan double cream atau whipping cream.

Sos Kentang Putar.
500 ml air
1 biji bawang Holland putih*
1 batang celery*- cincang halus
1 kiub Pati Ayam MAGGI
80 g butter
4 3cmb tepung gandum
1 cmb sos tiram
1 cmt serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat-kalu nak kuat sedikit gelap warnanya

Masak air dengan masukkan kiub pati ayam MAGGI, celery dan bawang. Masak sampai mendidih selama lebih kurang 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum, kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan.
Tuangkan air rebusan, kacau sampai kuah menjadi likat.
Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam, kacau sebati dan tutupkan api.
Sedia untuk dihidangkan dengan kentang putar tadi.
Selamat Mencuba..

Tuesday, May 17, 2011

TAUHU/ TOFU

TOFU/TAUHU
Nie ler ghope bekas yang ANNA guna untuk buat tofu..
Perghhhhhhhhhhhhh...macam tak caya ANNA sudah pandai baut tofu..
Mai cek mai sapa nak oder siakan silakan yek..hhehe....(mati haku kalu ada yang nak oder). Rasanya memang macam tofu kat Malaysia cuma tak masam dan yang penting rasanya benor-benor fresh..tenkiu empunya resepi kat MyResepi..dapat 4 ketui tofu yang sama saiz ngan tofu kat Malaysia yang 4ketui sehengit!..

Kalu tak caya saksikanlah sendiri...Dan inilah hasilnya..
Aikkk..awatnye 3 ketui? Mana P? Ooooo..seketui Cek dah goreng, bukan apa TEST POWER..
Bahan-bahanya:-
1.5 liter air soya
1/4 cawan cuka
Panaskan air soya dalam periuk hingga mendidih. Tutup api, tuangkan cuka dan kacau sekejap. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit. Air soya akan curdle.
Ambik bekas plastik yg berlubang tepi dan bawah dan lapikkan dengan kain kasa.Tuangkan air soya yang crudle kedalam bekas tadi. Air akan keluar melalui lubang bekas ni. Lipatkan kain kasa untuk tutup tofu tadi. Letakkan benda berat di atas bekas tadi untuk mengeluarkan semua air. Tofu siap lebih kurang 20 minit.
Siap untuh dimasak mengikut citarasa anda. Kalau nak simpan masukkan dalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti sejuk.
NOTA: Resipi ini akan menghasilkan sikit je tofu. Kalau nak banyak baut le banyak, double or triple daripada resipi ni.
Selamat mencuba.