Showing posts with label Kueh muih. Show all posts
Showing posts with label Kueh muih. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

KARIPAP PUSING/ PUSAR (STEP BY STEP)

Tergoda dah lama tengok karipap pusing ni tapi MALAS. Ari tu ternampak kak AMBE MILIZA post kat Fb makan dengan gedik malas lydia pon buat ler 1/ adunan dari resepi di bawah ni. Actually resepi ni tak tahu dari sapa sebab dah bertahun lamanya tersimpan kat folder lappy. Pada Empunya resepi, tolong halalkan ya walau ada beberapa penambaha dan pengurangan tu biasalah adat memasak, kena ikut selera dan bahan yang ada.
Walaupon my karipap ni tak ler seSOMEL atau secantik orang baut tapi tak kisah ler janji my handmade and homemade DIY kan..
Sapa yang teringin leh cuba, dah 2 kali rasanya lydia buat karipap ni seumur hidupku..hihihi..

KARIPAP PUSING (STEP BY STEP)
 bhn2 inti:
Kentang - potong dadu, cuci n toskan
Rempah daging Bawang besar - dipotong dadu halus
Bawang putih-ditumbuk lumat
Daun sup+daun bwg

Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Tumis bawang sehingga naik baunya.
Masukkan rempah dan tbiarkan sampai pecah minyak
Masukkan kentang dan gorengkan sedikit bersama rempah sehingga sebati.
Masukkan sedikit air dan amsak sehingga ketang empuk.
Perasakan dengan garam.

Last sekali masukkan daup sup dan daun bawag
(KULIT LUAR):-
350gm tepung gandum

30gm marjerin
air ais+garam
Gaulkan tepung bersama marjerin.
Gaul sebati sehingga jadi amcam bread crumbs.
Kemudian, masukkan air+garam sedikit-sedikit.
Uli sehingga menjadi doh. 
Agak-agak kalu keras add air, kalu lembut add tepung sikit.

 (KULIT DALAM/DOH BERMINYAK):-
150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin
Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh yang berkilat.
Kalu keras add marjerin,kalu lembut add tepung sikit tu je caranya. 

Lihat gambar untuk step by step:-
 Bahagikan doh sama banyak kepada beberapa bahagian bebola kecil supaya mudah nak canai (Doh dalam & luar).
Kemudian balutkan dalam/berminyak dengan doh bahagian luar. 
Buat sehingga habis.


Leperkan sedikit doh yang dibalut tadi.
Canai doh jadi segi empat.
Lipat kiri dan kanan.
Canai memanjang dan gulungkan memanjang dengan kemas.

Potong ikut ketebalan yang diingini. INGAT kalu potong tebal saiz karipap akan jadi besar dan kalau nipis jadilah comel macam Lydia buatn ni. So pepandailah U olls adjust ikut selera anak tekak dan anak mata.Tapi JANGAN tebal atau nipis sangat tau!
Masukkan inti dan kelimlah kemas ikut kepandaian masing- masing.

 Goreng suku masak kalu nak buat stok frozen, but me tak goreng pon terus frozenkan je sbb es box besar so senang. Mula- mula jarakkan karipap tu atas dulang, masukkan dalam freezer, bila dah beku/keras, keluarkan dan susunkan dalam bekas macam biasa dan simpan. Heeeehheheheee.. malas punya orang!.. janji hepi :)
Kalau tak mo frozen gorengkan semua dan makan le.


Monday, June 03, 2013

APAM MINI GULA HANGUS


Assalamualkum.. salam sejahtera semua. Diam tak diam dah masuk Rejab, ni bermakna Ramadhan makin hampir. Moga Allah panjangkan usia kiat untuk bertemu Ramadhan dalan tahun ni dan mudah- mudahan Ramadhan ni mejadi the best posa buat kita.

Sana sini kat Fb orang dok post apam, lydia pon tak terkecuali minggu ni mengapam lagi sebab minggu lepas buat apam mekar tak mo mekar. Ni lydia dapat resepi hasil skodeng umah Pak CMG beberapa tahun lalu. Pon gitu dah dua kali lydia buat guna resepi ni memang sedap je tak rugi, menjadik je in sha Allah.
Meh tengok resepinya, maybe ada sikit perubahan caranya tapi bahan- bahanya tetap sama.. halakan yer CMG..
APAM MINI GULA HANGUS2 biji telur
3/4  cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camb butter
2 camb susu pekat manis
3/4 camt soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla

1/4 cawan gula pasir 

Dalam periuk yang dibasahkan sedikit, masak gula pasir hingga menjadi karamel. (ikut suka nk hitam mcm mana)

Bila dah dapat caramel yang dikehendaki warnanya, tuang air slowly, kacau rata dan masak hingga karemel tadi larut/ cair bersama air, off kan api masukkan butter, gula yg 1/4 cawan, kacau sikit dan sejukkan.
Dalam blender satukan susu pekat manis, telur, baking soda, vanilla dan minyak, putar hingga semuanya sebati. 
Masukkan karamel dan blend lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung dan blend lagi hingga sebati.
Tapiskan dan biarkan adunan rehat selama 10-15 minit.
Masukkan dalam acuan apam, 3/4 penuh. 
Kukus 15 minit atau hingga masak mengikut saiz acuan apam anda.
Sedia untuk di hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Friday, April 19, 2013

TALAM LAPIS KOLE KACANG


Tergoda tengok N3 di FB..nampak macam sedap. Seumur hidup memang tak pernah tahu kewujudan kue ni dan apatah lagi nak makan atau buatnya. Perkongsian resepi dari Zaharah Abu Bakar

Talam Lapis Kole Kacang
1200ml air
300ml santan pekat
250gm gula
75gm tepung kacang hijau
85gm  tepung honkwee putih
100 tepung ubi
150gm tepung gandum
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna
Panaskan pengukus

Masak 500ml air bersama gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan padamkan api.(keluarkan daun pandan)
Masukkan lebihan baki air tadi.(bahan tersebut sudah menjadi suam apabila bercampur air)
Masukkan ke dalam blender dan masukkan juga tepung-tepung dan garam,
Bagikan adunan kepada 3 warna.
Alaskan loyang dengan plastik dan lengserkan dengan sedikit minyak masak.
Panaskan loyang di dalam pengukus
Masukkan sedikit adunan ke dalamnya dan kukus selama 5 minit.
Lakukan proses ke dalam adunan bewarna yang lain pulak.
Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang terakhir kukus selama 15 minit.
Sejukkan adunan dan bolehlan dipotong dengan pisau.

Saturday, February 09, 2013

BAHULU PERTAK BERMARBLE

Assalamualikum dan selamat berhujung minggu… Kami di arab dah lepas hujung minggu pon. Kat sini weekend hari jumaat. Hari ni memang tak tertahan TERnampak N3 kat Samabl Hijau post dari Princess Comey Lotei.. Lydia bukan suka bahulu tapi dek kerana kaler pink dan ijau dia tu memukau mata maka selepas maghrib Lydia pun apa lagi la buat projek membaking.
Maka terhasillah bahulu yang Lydia derhakakan jadi marble ni. Pon Lydia derhakakan sikit.. resepi asal boh 2 cmt vanilla powder tapi lydia boh 1 je kerana takut menyengat bau nanti tak leh makan lak..Ni pon baunya semerbak serumah. Sememangnya vanilla powder lebih kuat baunya dari yang liquid. Sorry Puan Princess..apa- apa pon shukran kerana Berjaya memukau mataku. Memang sedap waalupon tak tahu macam mana rasa bahulu tapi rasanya macam kek cuma sikit lain tak macam kek..eh! apa yang Lydia merepek ni. Apa- apa pun inilah hasil percubaan pertamaku membuat boulu dalam hidupku. Kaler memang menarik perhatian..Lydia guna pink, ijau dan plain kaler yang Lydia marblekan. So rasanya tak begitu manis dan kalau ada yang berpenyakit tu rasanya ok untuk makan tak yah nak adjust lagi. Insha'Alalh boulu ni akan ikut Lydia terbang lusa ke UAE. Ni dalam plan nak buat 1-2 bijik kek lain lagi nak bawak bekal kat sana sebab kalau time bosan- bosan tu leh makan…


BAHULU PERTAK BERMARBLE
5 biji Telur ayam grade A
1 cawan Gula
1 camt Vanilla powder
2 camt Baking powder*
11/2 cawan Tepung gandum* (di ayak bersama)
Pewarna ( Im using pink & green)

Panaskan oven 180C.
Pukul telur dan gula hingga gebu dan putih.
Masukkan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna kegemaran anda.
Griskan acuan dengan minyak. Lydia guna acuan silicon yang berlubang tengah.
Tuangkan adunna berselang seli hingga habis.
Bakar dalam oven selama 40 minit menggunakan api bawah saja.
Selamat mencuba..




Tuesday, January 01, 2013

MY HOMEMADE PUTU MAYAM.


PUTU MAYAM

Hidangan penutup tirai tahun 2012... “Putu Mayam”, orang utara panggil “putu mayung”. Mana satu betul ni ek? Manakala orang India Selatan menggelar “Idi Apom”. Tapi “Putu Mayam” kot betul kerana in Bahasa Inggeris di panggil ” String Hoppers”. Makanan ringan atau semi berat ini berasal dari benua India dan Sri Lanka. Makanan ini adalah khas untuk majlis keramaian atau pun sebagai sarapan pagi atau petang. Biasanya orang India makan putu mayam ini dengan kari tetapi di Malaysia ia lebih enak dimakan bersama kelapa parut dan gula perang (Gula Merah).

300g Tepung Beras
600-700 ml Air Panas
Garam secukup rasa.
Alat atau acuan muruku (yang berlubang paling halus).

Masukan tepung beras dalam periuk dan gorengkan sedikit. AWAS jangan sampai perang, just panaskan sikit jer.
Didihkan air dan masukkan garam supaya larut.
Masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dalam tepung beras dan kacau sehingga sebati menjadi doh lembut dan tak melekat.
Kalau tangan tu tahan panas boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan kalau tah tahan gunalah senduk kayu dab dila dah sedikit warm bentukkan doh kepada 3 atau 4 bahagian.
Panaskan air dalam bekas kukus.
Lapikan kain putih sebagai pelapis pada bekas pengukus, kalau ada daun pisang lagi best kot.

Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang disukai.
Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila masak.
Kukus 5-10 minit. Hidangkan dengan kelapa parut dan Gula perang.
Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau.
Mudah bukan.
Selamat mencuba.
 

Saturday, October 13, 2012

APAM INDON

2nd time buat apam ni sebab masa 1st time buat apam ni naik mengunung macam kek kerana kesilapan Lydia nak cepat masak guna api yang besar. Rupanya amam ni kena guna api yang SLOW. Tapi rasanya masih belum puas hati sebab lom jadi cantik lagi macam Kak Che Ct, Dayang Jack atau Yati yang pandai melapis kek versi kukus. Kena belajar dan belajar..Insha'Allah dah ada improvement dari yang 1st dulu..Resepi ni dapat dari umah Yati..izinkan lydia CNP dan share kat sini yer. Walaupon tak secantik apam yang Yatie buat tapi rasanya sedap dan insha'Allah akan mencuba lagi di masa yang akan datang..:)



APAM INDON

5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran

Panaskan kukusan.
Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Ayakkan tepung bersama baking powder. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan esen vanilla.Kurangkan kelajuan mixer.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, ikut suka nak berapa kaler.
Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan, kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit atau bahagian atas tu tak melekat dan kering sepenuhnya, kemudian letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit.
Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.

**Masa mengukus, tutup loyang tu dgn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

KUE LAPIS GANDUM

Dah berbulan laamnya Lydia dok cari Tepung Beras Made In Thailand, tapi tak jumpa. Merata supermarket dari kecil sampai yang besar pon tak jumpa di Kuwait ni, yang ada semuanya from India. Tepung beras Made in India ni kasar teksturenya tak sesuai buat kue kerana pernag pernah 2 kali try buat tapi hasilnya tak ok, sejak dari itulah dah takut nak guna tepung Bears India lagi. Resepi ni dah bertahun terSAVE kat my folder, selongakar punya selongkar jumpalah dan Lydia try buat 1/2 adunan jer for testing kerana takut tak sedap lak sebab selalu nampak orang guna tepung beras. Lydia dapat resepi ni dari My Resipi from Junjs11. Rasanya ok sedap dan lembut serta kemanisannya pon ok jer tak yah nak adjust lagi. Dibawah ni adalah resepinya. Izinkan Lydia CNP kat sini yer Junjs11. Lydia buat guna acuan lompang sebab kue versi potong motong ni Lydia seramz takut tak cun bila potong..hanya orang rajin jer yang buat guna mould kecil- kecil. Kenapa? rajin nak simpan dan mencuci nanti..huhuhuhuuu..


KUE LAPIS GANDUM- satu loyang kecil
250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair
1 sudu besar minyak

Campur semua sekali dalam mangkuk.
kacau sebati.
Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada 2, isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian.
Lydia letak kaler pink dan yang lagi satu tu lydia biarkan plain jer.
Kukus selapis demi selapis, selang seli warnanya.
Biar sejuk baru potong, kalau boh dalam acuan kecil pon kena sjukkan dulu baru leh keluarkan...
Selamat mencuba



Tuesday, September 25, 2012

KUIH BINGKA SEKUT CREAM CRAKERS




My breakfirst today..dah lama dok perap resepi Yatie ni kat my folder..akhiran hari ni jadi gak..memang sedap dan lemak je. Dah le tu senang lak nak membuatnya..masuk dalam blender, blend je siap untuk dibakar..
Thakns Yatie for the kue yang simple dan sedap ni. Resepi kat bawah, apa lagi jom buat!.

Kuih bingka crackers

140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil pandan paste atau pewarna hijau
Secubit garam
Sedikit bijan unutk tabur
Panaskan oven suhu 180 C.
Lengserkan loyang dengan minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang,taburkan bijan jika suka.
Panaskan loyang yg di sapu minyak terlebih dulu dlm 3 minit, baru tuangkan adunan.
Bakar selama 1jam/sehingga keperangan.
Sejuk dan hidangkan.

Friday, July 13, 2012

APAM PISANG ZEBRA vs STRIPS

Apam yang sedap lagi gebu serta moist ni Lydia dapat dari hasil skodeng kat umah Along Roz.. Belangan tu tak secantik cam along Roz buat sebab lydia guna loyang yang berlubang tengah tapi rasanya tetap ngancam. Sorry along Roz sebab Lydia ada menambahkan sedikit bahan- bahan asing kat sini sebab saja nak ikut anak tekak. Walau macam manapun kek ni memang sedap dan kemanisannya pon kira sesuailah kalau yang sakit pon boleh makan sama sebab tak terlalu manis dan tak yah naka adjus gula lagi.. Tengs Along Roz atas tunjuk ajar dan perkongsian resepi..


APAM PISANG ZEBRA vs STRIPS




4 biji telur ayam
3/4 cawan gula
3/4 cuawan butter cair ( kalau tak de butter guna cooking oil jer pon ok)
2 cawan tepung gandum*
2 camb susu tepung*
1 camt baking soda*
1 camt baking powder* (* diayak bersama)
300-350g pisang montel yang di lecek** (kalau ada pisang mas lagi sedap)
secubit garam** (** dicampur bersama)
2 camb serbuk koko
1 camt esen pisang
4camb air panans untuk membancuh koko
Pukul telur, esen pisan dan gula hingga kembang dan gebu.
Masukkan pisang yang telah dilecek bersama bahan ayak(tepung, baking soda dan baking powder.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian di biarkan plain dan satu lagi dimasukkan serbuk koko yang dibancuh, kacau hingga sebati.
Panaskan kukusan dan tuangkan adunan berselang seli dan kukuskan selama 40- 45 minit sehingga masak.
Serlamat mencuba dan menjamu selera



Wednesday, July 11, 2012

KUE LAPIS PECAH TANAH

Assalamualaikum... Salam sejahtera semua moga kita semua dalam rahmat Allah selalu. Memang TERINGIN sangat nak makan kue lapis ni tapi penyakit MALAS sentiasa ada tu yang buat semua tak menjadi..bukan apa la kan..kan..kan.. kesibukan menyiapkan tugasan seharian, menyebabkan Lydia jadi penat dan tambahan pula nak puasa ni, macam- macam benda nak dinuat namun demikian otak tu tetap juga sibuk memikirkan tentang idea dan resepi-resepi yang baru untuk dicuba tapi pa kan daya kudrat

ku tak sekuat mana..
Kue ni dinamakan pecah tanah sebab merasmikan kukusan baru hadiah dari sahabat di sini sempena hari lahirku lepas.. tak sangka dalam satu malam tu Lydia siapkan dua jenis kue melayu sekali gus..kue lapis dan pulut seri muka..tak cukup tu siap buat nasik lemak lagi, hehheheeeeee..angin taufan padang pasir kuat betul hari tu yer..
Resepi ni dapat kat umah Naz COSK..sedap cepat dan alhamdulillah menjadi..terima kasih Naz..dapatlah 2 prang teman ku merasa kue ni sebab almaklumlah sorang- sorang mana leh habis..
NAz izinkan Lydia CNP ya..thanks, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsiakn ni:)

KUIH LAPIS aka KUIH GENGGANG
1 cawan tepung beras
2/3 cawan tepung ubi
1/2 cawan dan 1/3 cawan gula + 2/3 cawan air - Larutkan di atas api dapur
400 ml santan + 1/3 cawan air
1 tbsp(sudu besar) sirap rose
Beberapa titis pewarna merah
Campurkan tepung beras dan tepung ubi di dalam sebuah mangkuk besar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau agar tidak berketul-ketul. Masukkan air gula yang telah dilarutkan tadi.
Kacau rata.
Pastikan tiada ketulan-ketulan.
Bahagi 2 adunan dan warnakan salah satu adunan dengan warna merah dan masukkan sirap rose.
Kacau biar sebati.
Panaskan kukusan.
Apabila air kukusan menggelegak, kukus kuih selapis demi selapis berselang-seli warnanya di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak agar senang mengeluarkan kuih nanti.

Saturday, June 16, 2012

APAM MEKAR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni tah angin apa terover rajin masak macam-macam, bukan apa excited nak makan ngan kawan- kawan di pantai. Lydia memang selalu buat apam ni, selalu buat tak pernah fail..alhamdulillah apam akan mekar merekah dengan baik, tapi tak tahu apa sebab kali ni apam ni SEGAN nak menyengih mekar... agaknya sebab tak adunan tak rehatkan langsung, terus pipe kat acuan dan kukus. Hai adunan pon cam orang nak rilex gak..
Tak per yang penting sedap, lembut dan gebus, merekah ke tak tu adalah perkara yang ke-2 kan, kalau keras lagi haru... Biasa la dalam hidup ni kita akan berlajar dari kesilapan kalau tak salah takkan namanya hidup...
Kalau yang family sikit tu leh try buat apam ni sebab tak dapat banyak, cukup- cukupla nak makan sefamily kecil supaya tak bazir..



APAM MEKAR

120 gms gula
1 biji telur
1 cmt esen vanilla
100 ml susu segar
150 gm tepung gandum
1/2 cmt ovallate
pewarna

Panaskan kukusan, pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
Masukkan essen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
Bahagiakan adunan kepada 2 mangkuk.
Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yang berlainan.
Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api yang paling besar/ kuat.
Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA: - jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

Friday, June 15, 2012

CUCUR NASI UDANG KERING


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bagi yang berada di Tanah Arab dan selamat berhari jumaat pada kengkawan yang lain tak kira di mana anda berada. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang-petang macam ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek untuk minum petang kan?
Hari ini Lydia buat cucur nasi udang kering je sebagai sarapan pagi merangkap lunch dan minum petang. Bukan apa nak cover perut kerana jap lagi nak g piknik ngan kawan kat pantai sambail makan ramai- ramai, so kenalah adjust perut supaya tak terover makan for today(pandai tak lydia balance perut..hehehhe?).
Kalau makan reramai memang syok tak sedar bertambah- tambah, kalau kat umah dok makan sowang- sowang nasik 1 senduk pon payah nak abiskan.
Resepi ni diadaptasikan semasa merayau kat umah Yatie. Tapi Lydia tukar dan tambah sesedap rasa. Maaf yer Yatie...almaklumlah dok di perantauan ni bukannya serba serbinya ada kat pantry tu. Yatie buat guna ikan bilis tapi Lydia gantikan ngan udang kering kerana bilis yang baik payah nak dapat kat Kuwait ni kalau udang kering from Malaysia ada dijual di supermarket so tak sayang la kalau cepat abis sebab senang nak beli lagi..kalau bilis ni kena kemut sikit..
Cucur nasi ni sedap dan wangi jer baunya, dah tu tetap lembut walaupun dah sejuk. Kalau U olls nak rasa my version ni, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis kalau yang makan pedas tu cicah ler ngan sambal tumis...



Cucur Nasi Udang Kering

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air +-
1 biji bawang besar -didadu kasar
1 gengam udang kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cmt baking powder (* Lydia pandai add sendiri)
1/4 cmt baking soda (* Lydia pandai add sendiri)
3 camb bawang goreng (* Lydia pandai add sendiri)
garam secukup rasa
1 biji lada besar merah dicincang halus (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
Minyak untuk mengoreng terendam

Blend nasi, bawang besar, garam, udang kering bersama air hingga sebati.
Masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, bawang goreng dan terus kisar lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam bekas, campurkan dengan cili atau daun bawang/sup dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur sehingga garing golden brown atau hingga masak.
Selamat Mencuba...
Note:- enak dimakan dengan sos pilihan anda

Thursday, June 14, 2012

KASWI PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, lama tak post N3, bukan apa keMALASAN melanda tahap cipan dan hari ni lak posa tak tahu nak makan apa, almaklumlah dok sorang- sorang, masak dan makan sorang- sorang tu yang buat M-A-L-A-S tu sebab endingnya ci tong yang kenyang, kalau ada kawan- kawan senegara dekat nagn umah leh gak baut pas kasi dia orang sikit. Buat 1/2 adunan pon tak pernah abis agaknya nak kena buat 1/4 kot hehehhehee.. tapi payah gak kalu resepi ada telur tak kan nak bahagkan telo pon 1/4, cam ner tue?
Ah! Biarlah sesekali sedekah kat cik tong, bukan niat nak bazirkan makanan tapi TERINGIN mana tempat nak ku beli atau minta hanya buat kat umah je la. Allah maha mengetahui…
Kuih kaswi pandan ni Lydia buat petang tadi...ianya sesuai di buat sarapan pagi ataupun minum petang. Dulu pernah sekali Lydia buat kaswi lapis resepi dari CMG, tapi kali ni teruja lak nak try kaswi pandan sebab stock daun pandan pon masih banyak kat freezer. Biasanya masa kat Malaysia dulu dok makan kaswi gula merah jer, kali ni apa kata tekak nak rasa pula kaswi pandan..terasa kelainannya. Kaswi yang harum dengan aroma pandan membuatkan kuih ni sungguh istimewa. Kaswi pandan ni ramai yang dah buat pernah ternampak kat umah Yati dan Hana...terima kasih kepada penyumbang resepi.







Kaswi Pandan

1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
kelapa parut * - putih sahaja

Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut dan garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang,kukus selama 30-40 minit.
Setelah masak sejukkan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum petag atau sarapan/breakfast.

Note:- Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya, sengetkan loyang/ acuan sikit, buangkan air takungan tisu bersih perlahan- lahan dan biarkan seperti kedudukan asal dan kukus semula tanpa ditutup selama 2-3 minit.
Tunggu sehingga benar-benar sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.

Monday, May 14, 2012

APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS

Adoi minggu ni agaknya minggu mengAPAM kot..sana sini orang dok sibuk post gambar- gambar apam jer. Tergoda menengoknyer. Puas melayan mata, Lydia buat keputusan nak mengAPAM la gak, carik resepi yang paling simple dan cepat. First nak buat apam lady bird, hasrat terpaksa dibatalkan sebab telur lom sejuk so tunggu dulu lah jawabnaya. Check punya check ternampak APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS. kat umah Mat Gebu, tergoda gak tengoknya, lagipun resepi ni memang dah laam Lydia simpan..melebihi setahun kot... Hari ni maka terlaksana juga projek APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS. Tapi Lydia buat 1/2 adunan jer sebab makan sorang- sorang di tengah malam ni sambil melayan Drama Syria di MBC Drama "BAIT JIDDIE" (rumah atuk kalau di melayukan.. Mat Lydia mintak halalkan resepi ni ya..lydia tumpang CNP.. JOM skodeng resepi Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan..


APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS.
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar butter
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

Masak gula pasir hingga menjadi karamel.
Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati.
Sejukkan.
Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, butter dan minyak, putar hingga sebati.
Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh.
Kukus 15 minit atau hingga masak.
Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Monday, February 20, 2012

Kuih Tepung Gomak

Dah lama gak teringin nak makan kuih tepung gomak ni tapi de bahan- bahanya.Bila terjumpa bahan mulala berangan nak buat tapi SPIRIT nak baut lom sampai sebab makan sorang- sorang tak berbaloi. Kalu nak beli jangan harap la ada. Bukannya apa nak menyediakan tepung kacang hijau tu merumitkan!. Di sini tidak ada jual tepung kacang hijau, jadi kenalah buat sendiri. Oleh kerana hendak juga makan, maka terpaksalah merajinkan diri untuk membuatnya dan hasilnya, jadilah kuih tepung gomak di Q8..walaupon tak secantik tapi jadiklah makan reramai sama kawan- kawan buat lepas TERINGIN..hehehehhe..

Kuih Tepung Gomak
Tepung kacang hijau:-
500g kacang hijautanpa kulit
Basuh dan toskan kacang hijau.
Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan menjadi tepung.
Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus.
Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:-
1 biji kelapa parut
200g gula melaka /gula merah
Gula pasir secukup rasa
1 camb tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur.
Angkat dan tapiskan.
Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi, kacau sehingga inti masak dan kering.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:-
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yamg lembut/ tak melekat pada manggkuk adunan.
Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul atau naik ke atas, barulah diangkat.
Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba dan menjamu selera

Wednesday, February 08, 2012

CEKODOK PISANG MONTEL

Cekodok atau jemput- jemput pisang adalah spesis yang sama..
hari ni tak tahu nak sarapan apa? Tengok atas meja pisang ada dan masak arnum sangat jadi buatlah cekodok sebab roti dah habis kat uamh sebab semalam keluar TERlupa nak beli. But alhamdulillah my hb boleh makan dan terima cekodok nie so tak kisah sangat kalau buat sebab dia boleh makan sama. Maka terjadilah cekodok untuk sarapan pagi dan ada balen tu goreng buat minum petang...
CEKODOK PISANG MONTEL
3 biji pisang montel(pisang mas take dr kat sini)- mashed
11/2 cawan tepung gandum +-
Gula sekukup rasa
1 cmt baking powder
1/2 cmt garam
1/2 cmt baking soda
Air jika perlu
Minyak untuk mengoreng terendam
Lenyek pisang bersama gula dan garam hingga hancur.
Masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda.
Kacau hingga sebati dan jika perlu tambahkan air atau tepung.
Rehatkan adunan selama 30 minit - 1 jam, lagi lama lagi baik.
Pansakan minyak dan goreng hingga perang.

Saturday, February 04, 2012

PUTERI AYU

Sejak dua menjak ada acuan ni tak habis- habis mengapam, tak jemu sungguh selang dua hari buat...hehehe.. Apam Seri Ayu ker atau Tiwul Ayu ker semua suka dan sama jer cuma beza pada kaler jer..
Hari tu buat versi marble tapi kali ni buat versi tradis cuma tak letak air pandan sebab tak de kat umah. Apam ni memang lembut walaupun sejuk dan Lydia buat apam ni untuk potluck g minum petang umah kawan semalam..Makan ramai- ramai baru terasa kesedapanya sebab berebut- berebut. Kalu kat umah sedih jer sampai dua atau tiga hari kue ni kat es box baru abis sebab makan sorang- sorang..

PUTERI AYU
1 biji telur-gred A
75 g gula pasir
1/2 cmt esen pandan
1 cmt pewarna hijau epal
100ml pati santan
100g tepung gandum*
1 camb tepung jagung*(diayak bersama)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut**
1 camb tepung jagung**
secubit garam**(digaul rata)
minyak masak untuk sapu pada acuan

Sapu rata acuan dengan sedikit minyak masak.
Masukkan 1cmt kelapa dan tekan sampai padat, ketepikan.
Putar gula, telur dan ovallate hingga putih dan kembang.
Masukkan esen pandan, pewarana hijau, santan dan tepung dan pukul lagi hingga benar- benar sebati.
masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
Kukus atas air mendidih selama 15 minit dengan api sederhana.
Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
Boleh dihidangkan dan selamat mencuba.

Sunday, January 29, 2012

APAM MARBLE SERI AYU

Once of my favourite kue..dari kecik lagi memang minat kue nie sampailah jauh di perantauan ni memang minat giler ngan kue ni, tak tahu kenapa.
APAM MARBLE SERI AYU
1 biji telur ayam-gred A
75 g gula
100 ml santan
1/2 cmt esen vanilla
100 g tepung gandum*
1/2 camb tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 cmt ovallate
1 cawan kelapa parut**
1 camb tepung jagung**
1/4 camca teh garam halus**(digaul bersama)
sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1cmt parutan kelapa dan tekan sampai padat, ketepikan.
Putar gula dan ovallate hingga rata.
Masukkan telur dan putar hingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis dan gaul hingga sebati.
Paipkan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi.
Kukus atas air mendidih selama 15 minit.
Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
Boleh dihidangkan.

Saturday, January 21, 2012

PISANG TANDUK KAMBING GORENG BERBIJAN

Srapan pagi sabtu ni..PISANG TANDUK KAMBING GORENG BERBIJAN (goring pisang ke pisang goring..selau confiuse?..kalu salah jangan mare ek....). Bukan apa semalam TERtengok cekodok kat dapo Kak Che Ct bukan main bulat dan gebus lagi melambai- lambai mata dan tekakku,terasa jeles macam nak ambik sikit ngap. Bukan apa winter ni nampak apa jer kat umah orang semuanya terliur dan tergoda walaupun telo goring ngan kicap pon rasa sedap giler- giler, perut ni 24 jam kelaparan jer…(tambah la tayar kat badan tue....hehehehee).
Baru TERINGAT kat umah memang dah ada 3 biji pisang tanduk apa lagi pulun la kat dapo pukul 2am mengoreng. Hari ni jer dah dua kali Lydia mengoreng pisang…. Tadi pukul 2 pagi makan sebijik ngan my hb sambil pekena ngan Tea O' sejuk- sejuk..hehhehe. Bangun pagi ni goring lagi nak abiskan stock 2 biji lagi pisang tanduk tu sebab jam 2am makan tak puas.. Ni pisang tanduk biasa jer Cuma tambah nama jer sebab pisang tanduk tu kecik macam tanduk kambing, India mari.
Kuwait ni kalau teringin makanan Asean dah macam- macam ada sampai terung pipit pon ada. Kalau la Cik Mat Gebu tersesat kat Kuwait pon masih leh makan terung pipit.. Bukan terung pipit je buah kelo/remungai, rebung, durian, rambutan, mata kucing, jambu air, manggis, petai, daun pegaga, daun turi, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup, daun pandan dan macam- macam lagi ada..Cuma siap fulus je kerana baran- barang ni dan naik kapal terbang so reganyer biasa la tinggi, tapi apa salahnya sesekali melayan tekak nak makan makanan melayu kenalah beli semua tu..
Rasanya resepi pisang goring ni tak yah nak bagi lah sebab budak- budak kecik pon tau buat cuma kelainanya add sikit bijan kat dalam bancuhan tepung tu bagi wangi dan terangkat sikit rasanya.. Kalau tak caya sedap buat la sendiri dan add sikt bijan dalam bancuha tepung, insha'Allah sedapppppppppp.. Dulu masa sebelum berhijrah ke Kuwait masa zaman anak dare time keje selalu beli pisang goring kat Taman Perling Johor dia orang buat macam tu add bijan..bukan tu jer goring cendawan pon sama dan malah siap ngan sambal kicap lagi, rasanya kat KL tak pernah jumpa kot..


Bagun Lydia sorilah kalau beli siap cakap ngan akak yang jual tu..sambal tak mo simpan jer buat bazir sebab tak makan pedas hehehee….

Thursday, January 05, 2012

ROTI JALA KARI AYAM TAHUN BARU 2012

ROTI JALA KARI AYAM TAHUN BARU 2012
Hah! dah lama tak post N3 kat blog disebabkan winter dan serangan virus 'M'(MALAS).. Dua tiga hari semalam, lydia merayau- rayau kat alam maya, dari satu uamh ke satu umah dan last sekali ternampak roti jala kat umah Kak Umi Kuantan. Nampak amat menyelerakan kue- kuih kat uman Kak Umi. Dalam banyak- banyak ternampak roti jala.. teringin la pulak sebab memang dah lama tak menjala. Hari ni gagahkan diri buat sebab teringin. Tapi resepi ni Lydia CNP dari bloger terFEMES kat alam maya Malaysia, sapa lagi kalu bukan Mat Gebu. Walaupun tak secantik roti jala CMG tapi rasanya sedap..lembut jer walaupun tanpa telur..
Resepi ni sesuai untuk umah yang berpenduduk tak ramai macam lydia..Jom skodeng resepi..



1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair/minyak masak
2 camca besar santan/susu cair
Garam secukup rasa
Perwarn kuning
Kuah kari atau sambal tumis untuk mencicih*

Masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga tak berketul- ketul dan tapis, atau masukkan dalam blender dan blen je hingga sebati.
Rehatkan sekejap lebih kurang 15 minit.
Lenser non-stick pan saiz 9 atau 10 inci dengan sedikit minyak.
Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan menggunakan api sederhana.
Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat/kering, bolehlah digulung atau lipat.
Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda.