Showing posts with label Minuman/Drink. Show all posts
Showing posts with label Minuman/Drink. Show all posts

Monday, June 18, 2012

CENDOL PERANTAUAN (TEPUNG JAGUNG)

Merantau kat negara orang ni bukan semua bahan yang kita nak tu ada.. dulu memang susah nak merasa makan cendol kerana payah nak dapat tepung beras Thailand. Yang ada semuanya Made in India..tepung beras made in India ni tak suai buat baut cendol mahupun kue muih melayu sebab pernah try buat cendol dia jadi patah- patah dan bila buat kuih lapis pon dia macam mendap semacam masa kukus.. Tapi alhamdulillah sekarang dah ada jual tepung berasa Thailand so senang sikit kalau sesekali teringin nak makan kue melayu..
Bagi yang payah nak dapat tepung beras Thailand tu leh cuba gantikan dengan tepung jagung pon ok gak.. resepi ni dapat dari kawan yang menetap di Doha.. sis Azliha.. Tengs sis atas resepinya ni.. izinkan Lydia share ngan kengkawan lain yang pernah mengalami nasib seperti Lydia..
Meh semak resepi di bawah dan selamat mencuba


CENDOL PERANTAUAN (TEPUNG JAGUNG)

1 cwn tepung jagung
3 cwn air daun pandan
secubit garam
1/2 cmt air kapur
sedikit pewarna hijau/ pandan emulco

Satukan semua bahan, kacau rata dan tapiskan.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat, tapi jangan hangus lak.
Padamkan api, masukkan ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk yanga da ais batu.
Buat sehingga habis.
Selamat mencuba.

Monday, January 23, 2012

MY HOMEMADE CENDOL TEPUNG JAGUNG

Terlaksana juga keinginanku nak makan cendol..punyalah lama memendam rasa akhirnya menjadik juga. Dalam kesejukan Kuwait tak membantut niatku nak makan cendol. Dulu pernah buat sekali cendol tapi tak cantik, kontot dan putus-putus jer kerana tepung beras India yang agak kasar dan sebab tu kot cendol ku tak menjadi. Bukan tu jer tepung beras India kalau buat kue lapis pon tak menjadi sebab macam ada something tekstur kasar termendap kat bawah tu.Lydia rekomen kat perantauan yang payah nak cari tepung beras made in Thailand supaya try my versi ni guna tepung jagung jer.
Resepi ni Lydia dapat dari teman FB Sis Azliha Shahrudin Qatar yang memang baik hati tak pernah lokek ngan ilmu dan tunjuk ajar. Walaupun tak pernah bersua tapi rasa macam dah lama kena sebab keramahanya dan ilmunya yang tak jemu- jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar. Heehehhehe..puji sekontena ni..
MY HOMEMADE CENDOL TEPUNG JAGUNG
Sumber: Azliha Shahrudin Doha Qatar

Bahan cendol:-
1/2 cwn tepung jagung
11/2 cwn air daun pandan
secubit garam
1/2 cmt air kapur (kalau tak de pon tak per)
1 cmb tepung beras (kalau tak de pon tak pe)
1/2 cmt pewarna hijau epal

Bahan sampingan:-
air gula merah/melaka
sweet creamy corn
kidne beans/kacang merah
santan pekat
ais batu
pulut (jika suka)* tak letak sebab tak nyempat nak makan

Dalam periuk, satukan semua bahan cendol, kacau rata dan masak atas api yang kecil hingga pekat dan berkilat.
Cepat- cepat masuk/ tuangkan ke dalam acuan dan tekan ke dalam air sejuk yang ada ais batu hingga habis dalam keadaan panas.
Hidangkan bersama santan, jagung dalam tin, kacang merah, air gula merah/melaka, santan pekat, ais batu dan kalau suka boleh letak pulut gak..

Wednesday, July 06, 2011

ABC di perantauan

ABC
Kuwait tengah panas terik! Pekena ABC memang bestkan. Malangnya kat sini sumer tu tak de so pandai-pandailah adjust buat sendiri sesedap rasa ikut anak tekak. Kalau rajin korang boleh buat ais dengan masukakn air dalam bekas besar/pyrex...masukakn dalam peri ais..keluarkan setaip 30 minit & cakar cakar kan supaya air tu tak membeku jadi seketul bongkah besar. Buat kaedah ni beberapa kali, insyalalh hasilnya dapat macam ala-ala ais blend tapi kena rajin la..saya tak sempat nak snap gambo masa buat versi macam tu..next time k..
Kalu M**** tu airs batu bula- bulat jer, kalu ada mesin lagi best!


ingredients:-
agar2/ lengkung- potong kecil & buat kalerful
sago yang berbijik beso2 tu
syrup rose
susu cair
jagung cream dalam tin
kacang merah dalam tin/kidney bean
kacang tanah kalu suka
cincau..-tak letak sbb tak ade kat sini
air gula melaka..kalu suka
ais batu

masukakn ssumer bahan dalam mangkuk beso ke atau individual cup/ glass/ mangkuk, ikut suka banyak mana dan sesedap rasa..
Selamat mencuba

Monday, May 02, 2011

TAUFUFAH

KENAPA TAK PERCAYA KE...Huhuhuu..sanggup aku tak tido 2day sebab nak makan taufufa, berjaga sampai 5:30pagi semata-mata taufufa...
Alhamdulillah sangat-sangat, pestaim buat projek taufufah pagi buta ni menjadi...berbaloi kepenatan ku dibalasnya. Sape sangka di kejauhan ni aku tetiba pandai buat macam-macam kerana nafsu nak makan? Kuasa Allah mencampakkan aku kat sini supaya pandai berdikari.
Sedey...taim dok blend soya tu nangis I, sebab penat U... kalu perah susu lembu jap je dah boleh minum..soya ni asyik dok kena ulang blend dan tapis dan ulang sampai 3 kali..dah tu penapis tea macam kat kedai mamak kat Malaysia tu pulak tarak, sib baik blender nie dah ada penapis/filter, kalu tak mau aku campak soya tu kat cik tong. Tu pon aku stay tapis lagi buat double, triple work guna penapis biasa yang halus macam penapis tepung..tapi bukan penapis tepung la beb sebab tak yakin..
Kalu ingat kerumitan memerah susu soya nie rasa aku la, macam tak nak buat lagi, tapi dek kerana hasilnya mabelesssss insyallah bebile teringin leh buat lagi.
(periuk leterik dan penapis yang membantuku...) Lepas ni lena nenyak ler sebab hajat di hati nak makan taufufah tercapai dan penat mengodeh pon sama...

Taufufah
250 gram kacang soya (direndam 6 jam)
1.5 liter air
2 helai daun pandan
*1cmt serbuk lectance/sekko(serbuk glucono)
*2cmb tepung jagung
**Sirap air gula melaka secukupnya
Cara-cara
Bersihkan kacang soya hingga bersih dan rendam selama 5-6 jam dan blend dengan 1.5 liter air sebanyak 3 kali, tapis dengan penapis tea yang macam kat kedai mamak tu dan perah hampas soya .
Ketepikan secawan air kacang soya tadi untuk membancuh tepung jagung dan sekko. Masak air soya bersama simpulan daun pandan supaya ilang siket bau soya tue...
Sesekali kacau air soya tu, takut hangit lak kat bawah tu. Bila soya dah hampir nak mengelegak bancuh tepung jagung dan serbuk lactance/sekko dengan 1 cawan air soya tadi dan masukkan air bancuhan serbuk lactance/sekko dengan tepung jagung ke dalam Tupperware cepat-cepat (saya masukkan dalam periuk rice cooker sebab tak de Tupperware besaq) dan masukkan air soya ke dalam bekas yg berisi banchan serbuk tadi, tuang seperti membuat air teh tarik,tarik tinggi-tinggi ko macam mamak buat teh tarik...). Jangan gatal tangan nak kacau, just gelekkan periuk tu sikit macam buat X-cercise pinggang 3-4 kali (ngerengkan kiri kanan) dan buangkan buih yang terapung kat ateh tu supaya dapat taufufa yang licin.
Tutupkan dan alaskan ngan benda berat supaya tak terbuka selama 1 jam, kalu ikut cara saya guna periuk rice cooker leterik senang jer tak yah nak alas ngan bende berat, just tutup rapat- rapat dan biorkan sejam. INGAT!!!.. jangan di buka sampai 1 jam, soya akan menjadi pejal dan bolehla di makan bersama sirap gula melaka.
Selamat mencuba..Insyallah menjadi kalu ikut caranya.