Agaknya sekarang musim ikan duri di Kuwait ni sebab banyak pulak nampak iakn ni kat Pasar Besar Ikan di Souq Sharq. Nasibku amat baik hari ni kerana dimakbulkan oleh Allah keinginanku nak makan telur ikan duri menjadi kenyataan. Hampir sepuluh tahun kot la tak makan telur iakn ni sebab kak Malaysia pon bukan senang nak dapatkan. Inikan pula di rantau orang.
Anda pernah tak dengar telur Ikan Duri?
I LOVE telur ikan! My friend kat Kuwit la Kak Sharifah Mahanim kata ikan duri yang ada telur macam grapes yang Lydia dok carik selama ni. Nak kata telur ikan ni makanan ekzotik tak juga kot sebab ianya memang payah jumpa..ni pon BERNASIB baik TERjump, bukan main hepi rasa di hati macam nampak boy friend lama lak siap usha lama- lama. Alhamdulillah rezeki Lydia dalam less then 400g kot dengan harga RM6= 1/2 KD(Kuwait Dinar). Punyalah sayang, jaga baik2 telor ni supaya tak terhempap ngan ikan lain..hehhehe..batak betul.
Telur ikan duri ni berangkai- rangkai seperti anggur dan diselimuti dengan selaput nipis membalutinya. Menurut Prof. Google telur ikan ni kalau telur tu dah tua ianya agak keras dan kalau telur tu muda ianya lembut sikit, yang Lydia dapat teelur muda kot sebab kecik- kecik jer..
1st time dalam hidup pegang telur ikan mentah..nak cuci pon tak tahu..jenuhlah mengoggle sana sini mencar N3 mengenai cara nak cuci telur ikan ni., kali pertama nak masak hasil tangan sendiri, punyalah excited dan berdebar. Lydia try masak separuh dulu sebab takut tak jadi, Lydia masak kari sebab my mom atau tok suka masak kari telur ikan ni. Masak kari macam biasa la tapi lepas amsak dalam 20 minit after offkan api, Lydia dating semula dengan harapan nak makan berbuka..hhuuhuhuhuh..jadi beku macam kastad. Telur pecah sendiri..tadi ok jer. Tak pe lain kali tau dah cara nak masak dia jangan lama just sekali mendidih dah oof kana pi..
I LEARN FROM MY MISTAKE..Try my simple kari, resepi kat bawah..
GULAI TELUR IKAN DURI ARABI
Telur ikan - (telur ikan duri) - sarung telur ikan digunting supaya telur ikan masak.
1 bungkus serbuk kari ikan
1 mangkuk santan
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
kacang bendhi
sebiji fresh tomato-potong 4
Bahan tumis:
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia muda* - tumbuk bersama & bahagi kepada 2 bhg (tumis & campur dalam kari powder jadikan paste)
1 tangkai daun kari
Sedikit halba campur
Sedikit minyak untuk menumis
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
Serbuk kari di campurkan dengan sedikit air dan sebahagian baki bawang/halia tumbuk dijadikan paste.
Masukkan paste rempah, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, tomato dan bendhi.
Masukkan santan kacau rata.
Masukkan telur ikan, kacau sekali sekala.
Apabila telur ikan dah masak masukkan garam secukup rasa.
Jika kuah terlalu pekat tambahkan air.
Biarkan gulai itu mendidih dengan api perlahan, angkat dan hidangkan.
NOTE:- pastikan kuah kari mengelegak baru amsuk telur ikan, kerana caran ini telur ikan tak akan cepat pecah dan akan masak cantik.