Monday, June 03, 2013

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH ALA MAMAK PENANG.


Resepi ni memang selalu my mom masak dan ianya amat sedap serta mangi baunya. But alhamdulillah mu hubby pon suka masak kicap versi berempah ni cuma Lydia perlu adjustkan rasa pedasnya jer supaya balance rasanya untuk tekak dan lidah kami. Sesekali makan masakan melayu ala kampung memang menyelerakan dari dok makan masakan arab jer sampai bosan dan tak berserela lagi..  

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG.

1/2 ekor ayam -dipotong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Masukan serbuk kunyit dan garam , gaul rata dan goreng sehingga separuh masak, ketepikan. 
Note:-Kalau boleh perapkan 1/ jam sebelum goreng pon ok atau terus goreng pon no hal.

Bahan Kisar
2-3 Biji bawang besar dikisar halus bersama sedikit air, jangan terlalu cair ya. 
2 ulas awang putih tumbuk bersama 3 inci halia-dijadikan pes
Note:-Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah yang pekat kerana kegunaan bawang merah dalam masakan  resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah dapat memekatkan kuah lauk nasi kandar tu.

1/4 tsp serbuk lada hitam#
1 camb kicap pekat#
1 camb sos tiram#
1 camb sos tomato#
1 tsp jus lemon#
1/4 tsp Jintan manis-ditumbuk kasar#
1/4 tsp Jintan Putih-ditumbuk kasar#
1/2 camb cili blend (ikut kepedasan tekak anda)#
1 camb rempah kari Daging#
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kulit kayu manis*
2-3 biji buah pelaga*
1 batang serai -di ketuk sedikit#
Garam secukup rasa#
air secukupnya#
1-2cili hijau atau merah yang dibelah 2 (tapi tak putus)#
1-2 biji bawang besar yang dipotong kasar bulat
bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang/sup untuk ditabur

1. Panaskan minyak, masukkan batang serai, bahan bertanda*, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik dan masukan bawang yang diblend tadi dan biarkan sehingga naik baunya.
3. Masukan baki bahan-bahan  lain  dan biarkan kuahnya mendidih. 
4. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di dalam, kuah, biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
5. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. 
6. Masukkan hirisan bawang, gaul rata dan biarkan selama 1- minit.
7. Tutup api dan taburkan bawang goreng. 
8. Sedia untuk dihidangan bersama nasi panas-panas
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment