Monday, May 13, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART STEP BY STEP MY LAZY WAY..

Sejak minggu ni Fb orang dok tayang cis tat jer teringin sangat maka gagahkan diri buat walaupon malas menebal dalam diri, tapi kali ni alhamdulillah I have tektik dan teknik yang dapat memantu kita semua telah Lydia dengan baik hatinya kongsikan di sini, dengan acuan yang amat terhad Lydia buat on and off bayangkan acuan ada 18 bijik nak siapkan memang bercinta giler.. tapi dek kerana semangat nk makan maka TERPAKSALAH JUA KU UNDURKAN KEMALASAN tu dan jadiklah.. Dah buat hubby balik nak makan siap cite ngan adik dia..past tu adik dia tak paham menatang apa tu cis tart sebab Lydia tak tahu arab panggil apa, maka disuruhnya Lydia whatsapp kan gambonyer..nampa gambo kata dia suka, paham la tu nak. Hehehehe..sebab dia mak buyong lydia bagi cikit kalau tak sowi..dah ler tu si adik ipo ni canang kat kakaknyer pulak maka kakak lak nak.. Haiya abis la tark den ni.. tak pe lah rezeki kan..
Berbalik pada N3 ni lydia sharekan cara cepat lagi malas car nk buat crust supaya cepat abis dan tak perlu banyak masa kat dapo nak kemas atau ersihkan perkakasan. Pergah baca ni pon U olls tahu betapa MALASNYA Lydia kan but alhamdulillah ianya cepat dan senang amat sesuai kalau nak berbisnes tu..


Blueberry Cheese Tart
Tart Crust:-
200g mentega/majerin sejuk (lydia boh 50-50..butter & magrine)
80g gula ising
1 biji telur
400g tepung gandum
1 cmt vanilli powder
1/4 cawan susu tepung
       

Masukkan tepung, serbuk vanili dan susu tepungke dalam manggkuk adunan, gaul rata. 
Add butter dan marjerin sejuk dan ramaskan sehingga menjadi macam bread crumbs dengan menggunakan hujung jari atau kalau trajin nk basuh perkakasan boh dalam food processor just on & off sampai crumle.
Dalam mangkuk kecil, pukul sedikit telur hingga sebati dan amsukkan ke dalam adunan tepung yang bercrumble ni, gaul/ramas adunan sehingga mendapat tekstur doh yang lembut. 
Doh yang lembut ni dimasukkan ke dalam plastik dan simpam selama 1/2-1 jam ke dalam peti sejuk.
Balut 1 acuan mini tart ngan plastik kemas- kemas terutama bottom acuan.
Ambil doh dan bulat- bulatkan sebesar telo puyuh dan letakkan di tengah- tengah acuan mini tart dan rekan dengan jari sikit supaya terletak. 
Ambil acuan yang dah dibalut dengan plastik tadi dan tekankan ke dalam acuan tat mengikut tahap ketebalan yang anda suka.
Kemaskan doh di dalam dan tepi acuan supaya menawan.
Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya. 
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit/hingga masak. 
Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan. K
eluarkan dari acuan dan sejukkan. 
Simpan dlm air tight container sehingga diperlukan.
NOTE:- Lydia dapat dalam 70++ pcs ikut saiz acuan serta ketebalan crust anda gak yer!

Inti Cheese Tart:-
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla
Jem blueberry secukupnya- lydia boh blueberry yang ada seketoi2 buah tu, bila makan terasa gigit buah sikit, tambah kepoweraannya..hihi
Pewarna jika suka (kali ni hiasan atas lydia guna kaler pepel selalu boh jem jer kat atas tu)

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik atau mencair.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. 
Putar lagi hingga sebati dan creamy/ berkilat jangan terlebih putar nanti ia terlalu cair dan tak cantik bila kita letak dalam shell sebab dia flat tak membolat/membuncit.
Jangan sekejap sangat pulak nanti dia tak licin tak cantik jugak! jadi yang sedang- sedang saja OK!.
Masukkan jem filling ke dalam piping beg dan picitkan sedikit di crust. 
Gunakan kaedah yang sama untuk letakkan cis filing tadi, iaitu masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing bluebaerry dalam shell tadi. 
Letak/picit penuh supaya ia cantik membuncit masa bako nanti, kalu kedekut boh sikit ler..hihihi.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tat tadi.(Lydia tinggalkan beberapa sudu cream cis tadi dan titikan kaler pepel)
Lorek lah ikut creativiti dan imiginasi anda.
Selamat mencuba dan menjamu selera..


12 comments:

  1. wah.. mabeles kak... tq sangat .. saya mmg malas wat bende ni sbb leceh.. ni dah ada cara mudah boleh le try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laer kita mayang ooii..ni dah TERnampak cara senang boleh ler buat selalu kan..shukran

      Delete
  2. as salam dah follow blog ni selamat berkenalan.. bestnya wat chiz tart dah lama tak buat ni .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumslaam..shukran Wani sbb sudi follow my blog.. sedap dimakan & senang gak dah nk buatnyer hihiih

      Delete
  3. Saya mmg gemar cheese tart blueberry ni....sedap sangat hari ni buat ikut resepi Lydia...thanks Lydia kongsi resepi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shukran jazilan sebab sudi mencuba dan singgah sini.jangan serik menyinggah lagi & mencuba apa yg ada di sini ya.

      Delete
  4. Salam perkenalan... dah lama nak try.. acuan pun dah lama beli.. tq ye sebab perkenalkan cara yg senang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan gak..shukran sbb sudi singgah ke blog suam ni..moga apa yg lydia sharekan ni dapat kita manafaatkan bersama..selamat mencuba

      Delete
  5. just stumbled to your blog while searching for easiest way to make the shell. thanks a lot! your method sure save a lot of my time. really appreciate it! :)

    ReplyDelete
  6. just stumbled to your blog while searching for easiest way to make the shell. thanks a lot! your method sure save a lot of my time. really appreciate it! :)

    ReplyDelete