Wednesday, August 01, 2012

SPICES (Arab Mixed Spices)



Assalamualikum & salam sejahtera..
Hari ni N3 Lydia nak cerita pasal rempah sikit je sebab nak cerita lebih tak tahu la pulak sebab Lydia ni bukan pakar pon setakat share ilmu sikit- sikit tu boleh la buat tambah pahala sendiri. Bukan apa Lydia terpanggil dengan setiap pertanyaan kawan kat FB mengenai Arabic mixed Spices yang selalu Lydia guna nak masak arab cuisine.
Rempah ialah bahan perisa dalam makanan mahupun minumah yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, lada hitam, halba dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria. Rempah ratus juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.
Penggunaan rempah ratus yang betul adalah amat penting dalam setiap masakkan seharian kita. Kadang kala kita lihat secara mata kasar bahawa sesuatu makanan tu sama je tapi bila rasa barulah kita tahu bahawa apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang kita rasa. Macam beli baju, tengok dan pakai tak samakan? Contohnya pada masa kasar kalau tengok Nasi Kabsa, Nasi Bukhari dan Nasi Tomato tu macam sama jer tapi cuba anda rasa ke tiga- tiga nasi ni, sudah pastinya tiap nasi ni berbeza rasanya.
Sebenarnya Lydia memang tak arif hal ehwal rempah ratus ni kerana Lydia pun macam BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR, baru je belajar masak semenjak menetap di Kuwait. Masa kat Malaysia dulu nak masuk dapo hanya makan je nak masak boleh kira dengan jari setahun beberapa kali jer justeru itulah Lydia tak kenal rempah. Bukan rempah jer iakn dan sayur- sayuran pun sama. (Ha pecah rahsia). Lydia rasa bukan Lydia aje yang tak kenal rempah ratus dalam masakan, tapi ramai lagi para wanita di luar sana sudah tidak kenal dengan rempah ratus, kerana sekarang ni semua guna instant kiub, perencah segera yang dah terkandung rempah-ratus tersebut.

Nak masak makanan arab ni senang jer tak yah pening- pening nak fikir mana nak cari ARABIC MIXED SPICES atau rempah khas. Bagi yang tinggal kat bandaraya besar rasanya senang cari tapi bagi yang tinggal jauh mana lak nak cari ya? Ok kat bawah ni Lydia sertakan cara nak buat Homemade Arabic Mixed Spices. Dengan rempah ni anda boleh masak hampir kesemua makanan arab kerana hampir kesemua masakkan Lydia yang di ajar oleh kawan- kawan menggunakan rempah ni. Takyah perlu pening kalau nak masak kabsa kena ada rempah kabsa, kalau nak masak mandhi kena ada rempah mandhi dan sebagainya, itu semua tak penting.
Kebanyakkan resepi Arabic Cuisine dalam blog Lydia ni Lydia dapat dari mak- mak, kakak- kakak dan kawan- kawan arab. Mereka tak pernah sebut pon rempah khas/ tertentu, mereka hanya guna Arabic Mixed Spices jer dan beberapa rempah tumis asas. So kawan- kawan tak yah nak bazir masa dan wang anda nak beli rempah itu ini serta save sikit space kat dapo umah tu.

95% resepi masakan arab Lydia ni, kawan- kawan atau ipar arab tau, TAK di melayukan pon kerana yang nak makan pon arab gak kecuali Lydia je buakan arab..hehhehe. Kadang kala Lydia skodeng gak resepi arab kat internet, bukan apa nak compare dan cari idea, kebanyakan resepi arab yang ada kat internet tu dah tak berapa asli sangat kerana di DERHAKAKAN, ikut tekak orang yang masak dan ikut bahan yang ada kat negara tu. Pernah Lydia cuba, hasilnya my hb cakap tak sama cam resepi arab dan dia tak mo makan dan terpaksa la Lydia sedekahkan kat orang. My hb ni kalau nak masak makanan arab kena arab betul- betul kalau tak banyak betul songehnya. Alhamdulillah kesemua kawan- kawan arab Lydia pandai masak dan mereka dating dari beberapa negara - negara arab seperti Saudi , Syria, Mesir, Lubnan dan Yemen. Peluang yang ada Lydia gunakan untuk bertanya resepi masakkan arab dan mereka pon tak loket ilmu.

Kalau nak buat spises ni curry powder yang digunakan bukannya cam kari powder yang biaas anda guna buat kari tu tapi belilah MADRAS CURRY POWDER dalam tin ijau macam gambar ni, ianya langsung TAK pedas kerana tiada cili hanya bau kari jer yang kuat.
Ha! lepas ni kalau buat tak jadi jangan nak salahkan Lydia yer..

Loomy/ Dried Lime?
Mana nak cari?
Boleh buat sendiri ker?
Jawapan YA! Tiada yang mustahil, hanya nak tak nak jer. Maybe kat Malaysia tak ada kot tapi anda boleh buat sendiri, caranya:-
Beli lime ijau/ kuning yang comel saiznye, basuh bersih, lap kering airnya dan jemur kat matahari sampai kering kontang jadi itam@brown. Tak tahu la beberapa hari atau minggu sebab ikut cuaca. Nak tahu lime tu dah benar- benar kering? Ketuk sikit lime tu kalau bunyi cam ketuk bola ping pong tu, insha'Allah dah kering la sebab lime ni perlu kering luar dan dalamnya. Kalau tak kering kat dalam tu cam ner nak blend kan? Bila dah benar- benar kering, bolehlah diblend jadi powder. Kalau nak masak Kabsa kena masukkan dry lime ni baru jadi kabsa, sama ada dry lime sebiji- sebiji ataupun powder boleh aje. Kalau nak guna dried lime ni JANGAN OVER letak yer sebab ianya akan jadi pahit kalau salah/ banyak letak.

Kabsa ni berbeza dari nasi Bukhari atau nasi tomato kat Malaysia kerana penggunaan loomy. Manakala perbezaan mandhi lak kerana asapnya. Jom skodeng resepi Homemade Arab Mixed Spises. Past ni leh buat sendiri dan bolehlah masak makanan arab untuk open house raya nanti...
Selamat mencuba..

Baharat (Saudi Mixed Spices) Recipe
1/3 cawan serbuk lada hitam
1/4 cawan serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan s clove powder
1/3 cawan cumin powder
2 camt serbuk buah pelaga
1/4 cawan nutmeg powder
1/2 cawan paprika powder (sweet paprika)
1/3 cawan Masala curry powder (tak pedas dalam tin ijau)
1/4 cawan dried limes/loomy powder (limau kering)
Mix all ingredients.
Simpan daalm bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.








No comments:

Post a Comment