Tuesday, January 17, 2012

UBI KAYU GORENG BEREMPAH

UBI KAYU GORENG BEREMPAH
Ubi kayu versi goreng macam ni selalu makan masa tinggal kat Perak dulu. Teringat Mak Cik Ani Ibrahim jiran sebelah umah selalu buat dan bagi kat kami sekeluarga kerana Mak Cik Ani dengan my mom adalah best friend sampai sekarang walau kami dah lama berpindah ke Selangor.. Teringat dulu- dulu..memang sedap makan ramai- ramai sambil minum teh O' wangi lepak lak bawah pokok mangga sambil menghirup angin segar sepo- sepoi bahasa..nyaman sungguh terasa membangkitkan nostalgia, walaupun pada waktu tu lydia masih awal remaja.
Apa khabar Mak Cik Ani sekeluarga sekarang tentu dah jadi opah agaknya.
Rindu lak..:))
Ubi kayu ni beli kat Lulu Hypermarket..kat Kuwait ni semua ada cuma siap fulus jer..harga tolak tepi kalu nak makan hehehehe, memang la mahal tapi dah nak makan semua tu pejam mata ja ler..
"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."
Ubi kayu- Kupas kulitnya,cuci dan potong ikut suka (medium saiz jer)
bawang putih*
bawang merah*
lada hitam*
serbuk kunyit*
serbuk lada hitam*
serbuk kari*
corainder seeds*
cumin seeds*
arabic mixed spice (kalu tak ade pon tak per)
halia*
garam secukup rasa* -ditumbuk bersama
daun kari-(tak letak sebab tak ada)
minyak untuk deep fry
campurkan semua bahan kecuali minyak dan perapkan seketika dan goreng hingga keperangan/garing..
Note:- kalau suka pedas boleh add cili powder.

No comments:

Post a Comment