Showing posts with label Arab Cuisine. Show all posts
Showing posts with label Arab Cuisine. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE


Garlic mayonise ni memang sedap kalau dimakan bersama grill chicken atau disapu pada roti sandwich
arab atau dicicah bersama daging grill juga rasanya enak.
  

HOMEMADE ARABIC GARLIC MAYONNAISE
1 ulas bawang putih- tumbuh halus
1 biji egg white
1/4 tsp garam (secukup rasa)
1 c +- vegetable oil/ sun flower/ canola oil atau apa je oil
1/2 biji lemon jus.. nak masam boh le lebih atau 3 tbsp white veniger
1. Blend telur putih hingga gebu mcm buih sabun/kental. 
2.  Masukkan garam, lemon jus/ vineger dan bawang putih,terus blend.
3. Buka penutup blender, masukkan minyak perlahan- lahan, sedikit dalam blender yang sedang berputar tu dan teruskan blend sehingga creamy dan pekat.
4. Masukkan sebentar dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Note:- Pastikan blender anda tu bebas dari air atau minyak kerana nanti telur putih tak gebu atau lambat gebu. Boleh gak add minyak zaitun, tetapi mayo anda akan nampak sedikit yellowish la. Simpan dalam peti sejuk sebentar baru sedap.

ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY

Hari ni malas nak makan nasi, dah bosan dok makan nasik sesekali tukar selera jadi musang ratah ayam lak..hehhehe.. Buat ayam bako memang sedap, tambah lagi makan panas- panas dicicah dengan mayo bawang putih homemade memang mebuka selera. Tambahan lagi aroma cumin amat memukau selera bagi yang tak lalu nk makan nasi. Semasa panas- panas selepas keluar ayam dari oven tu, anda cepat-cepat removekan oven bag letakkan ayam di atas pinggan/dulang hidangan, taburkan dengan sedikit sea salt serta serbuk cumin dan belag/prtong kepada dua bahagian dan makanlah dengan roti pita arab..



ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY
1 ekor ayam- dicuci bersih, rendam ayam dengan air yang dicampur1 /4 cawan cuka selam 10-15 minit dan tapis/keringkan airnya

Bahan Perap
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Arabic mixed spice
Serbuk lada hitam
Serbuk cumin
Serbuk corainder
Serbuk bawang putih
1 biji lemon diperah ambil jusnya
Serbuk paprika
Dry oregano
Fresh rosemary leave- ditumbuk halus dan dicampur dengan olive oil

1 labu bawang putih
1-2 biji bawang besar (small size-jangan dipotong)
Baby potatoes secukupnya (dibersihkan dan dicucuk sedikit dengan garfu)
1 batang carrot di potong kasar-jika suka
1 biji capcicum dipotong 4

1. Campurkan kesemua bahan perap di dalam Oven Bag kecuali olive oil yang ditumbuk dengan rosemary dan masukkan ayam.
2. Gaulkan bahan perap sehingga sebati, luar dan dalam ayam tu.
3. Masukkan rosemary olive oil dan lumurkan rata luar dan dalam, ayam,
4. Masukkan kentang, capsicum, carrot, bawang merah dan bawang putih, gaul sebati.
5. Apabila sayur sebati bersama rempah ratus ambil bawang dan capsicum, sumbatkan ke dalam ayam kemas- kemas.
6. Ikat kaki ayam kemas- kemas supaya bawang dan capsicum tak keluar.
7. Simpan ayam di dalam peti sejuk dan biarkan terperap selama beberapa jam atau semalaman sebelum dibakar dalam oven.
8. Sebelum bakar ayam, ikat Oven Bag kemas- kemas dengan pengikat khas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30-45 minit pada suhu 200C. 
Selamat mencuba.
Link untuk mayonise :- http://lydiahoney2003.blogspot.com/2013/05/homemade-arabic-garlic-mayonnaise.html

 

Note:- Selepas ayam masak, keluarkan dari plastik (Oven Bag), taburkan pada ayam dengan sea salt dan serbuk cumin. Belah ayam kepada 2 dan sedap dihidangkan panas- panas bersama garlic mayo serta mokhalal(jeruk timun/jeruk carrot) dan roti pita arab. 






Tuesday, May 07, 2013

PERSIAN STEAMED WHITE RICE )with LADY FINGERS TOMATOES & LAMB STEW/MARAQ

1st time masak nasik ni sendiri, sellau beli atau amakn makan kat luar je. Tapi dek kerana dah beli barang tu (dry barberries) beberapa minggu tersimpan kat freezer makan nak tak nak trylah. Masakan ni adalah yang paling simple, senang, sedap lagi healty. Anda hanya perlu memasak nasi ini di dalam air mendidih dengan minyak dan garam, seperti merebus pasta,  tunggu sehingga nasi "al dente" (apabila menggigit sebutir nasi ia masih harus mempunyai titik putih di tengah-tengah), seperti pasta.... Nasik ni sedap di makan bersama stew/maraq ayam/ daging/ sayuran serta iakn ikan bakar ala arab.


PERSIAN STEAMED WHITE RICE 
21/2 cawan basmati rice, cuci dan rendam sejam
  • 6 cawan air 
  • 1/4 cawan minyak canola/sunflower/ vehe/ghee cair
  • 11/2 camb garam
  • Isi periuk non stick besar dengan air, masukkan minyak dan garam, tutup dan masak sehingga mendidih dengan api yang besar.

Masukkan beras dan kacau sekali-sekala.

Selepas 3-5 minit, menggunakan sudu untuk mengaut buih- buih dari permukaan air. 

Masak nasi/beras sehingga "al dente", matikan api dan tuangkan beras ke dalam penapis, lalukan beberapa kali dengan air paip, ketepikan.
 
Steaming rice 

  • 2-3 camb canola oil- tuangkan di dasar periuk
  • 2 -3 camb air panas (untuk melarutkan safron/pewarna)
  • Saffron/ pewarna kuning
Letakkan periuk kosong tadi ke dapur dengan api paling kecil, add minyak masak/ ghee dan masukkan beras yang ala dente tadi ke dalam periuk bentukkan piramid (menggunung macam bukit) dan lubangkan sikit di tengah
Tutup periuk dengan menutup rapat penutupnya dengan aluminium foil/ kitchen towel dan tudung periuk, masak selama 10-15 minit sehingga nasi mula wap (macam nak kukus apam).
Bila nasi dah masak offkan api dan biarkan selama 2-5 minit dalam periuk dengan  penutupnya.
Buka penutup, cakarkan sedikit nasi supaay gebu.
Cedokkan sedikit nasi dari periuk, masukkan ke dalam periuk lain yang kecil dan tuangkan air panas yang ada safron/pewarna tadi, kacau rata dan masak sebentar sehingga kering airnya di atas api kecil.
Hidangkan nasi putih di pinggan hidangan, mounding ke dalam bentuk piramid/ membukit dan selang selikan sedikit di atasnya dengan nasi kuning.
NOTA:- Taburkan diatasnya dengan dried barberries/zerishk

LADY FINGERS/ OKRA/ BENDI TOMATO & LAMB STEW/ MARAQ

500g okra/bendi
500g kambing bertulang yang dipotong kecil
2 camb minyak
1 biji bawang besar- dicincang
1 ulas bawang putih- dicincang
4 tomato- dikupas dan cubed
1/2 lemon (ambil jusnya)
1 camb tomato paste, dicairkan dalam 1 cawan air
sedikit pudina kering
1-2 keping daun bay*
1/4 camt corrainder powder*
1/4 camt black papper powder*
1/4 camt cumin powder*
1/4 camt arab mix spice*
garam secukup rasa
air secukupny untuk merebus daging (cukup untuk merebus jer jangan terlalu banyak yer)
Dalam periuk besar, goreng bawang hingga transparent, kemudian masukkan bawang putih dan teruskan menggoreng hinga terbit bau serta masukkan daging dan gorengkan sebentar.
Masukkan pes tomato, tomato cubed, lemon jus dan gorengkan sebentar sehingga tomato hancur.
Masukkan air serta bahan bertanda dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan sehingga daging empuk, masukkan garam dan daun pudina kering.
Matikan api,  pindahkan campuran daging ke caserol/pyrex, masukkan juga bendi kemudian kacau sedikit sehingga rata.
Tutup kaserol dengan sama ada tudung atau foil dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 30- 45 minit.
Check dari masa ke semasa dan tambahkan air jika campuran kering.
Hidangkan panas bersama nasi putih.
NOTE:- kalau suka leh taburkan sedikit chopped corainder leave sebelum hidang di atas stew /maraq tu.



Monday, May 06, 2013

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE


Ikan kerapu adalah salah satu ikan yag paling femes di Arab dan di sini ikan ni agak mahal sedikit. Selalunya iakn ni di masak dengan cara mengoreng with some spice dan tepung dimakan bersama roti pita Arab, sos tahina serta salad. Atau juga dimakan bersama nasi Arab white rice atau rice Shariye atau dimasak nasi sayadeh. Juga ada yang memanggang ikan ni bersama herbs seperti yang lydia buat ni. Resepi ni lydia dapat 6 tahu lalu dari seorang ibu tua arab iaitu Oum Fahad mama hajiah yang beada di Al Khobar Dammam Saudi. Ianya menjadi kegemaran my hubby dan my father in law. Honestly lydia tak suka ikan berherbs ni sbb lydia bukan pemakan sayur sangat banyak makanan lydia tak makan dari makan. Tapi kalau makan pon bahagian yang tak terkena herbs jer.. but trust me ikan herbs ni memang sedap.. Maaf tak sempat nk snap yang dah siap masak sebab lydia buat ni untuk my SIL yang tengah mengidam so masa keluar oven my Hubby balik terus bawa ke rumah adiknya so sebab tu la tiada gambar ikan yang dah dimasak..

GRILL FISH WITH HERBS SAUDI STYLE
Sumber:- Mama Hajiah Oum Fahad Al Khobar Saudi Arabia
Ikan kerapu (medium size belah belakang)
#Chopped dill
#Chopped parsely
#Chopped corainder
#Chopped onion
#Choppd onion
#Chopped tomatoes
#Sedikit tomato paste
1/2 lemon juice
*Loomy powder
*Black pepper
*Cumin powder
*Garam
*Kunyit powder
*Arab mix spice/ Sea foods spice
Olive oil
  
  • Campurkan kesemua bahan bertanda * hingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian (1 untuk lumurkan pada ikan & 1 bahagian lagi untuk add dalam herbs).
  • Bersihkan ikan dan keringkan dengan kitchen towel sebaik mungkin dan lumurkan dengan lemon jus rata ke badan ikan, ketepikan seketika.
  
  • Add bahan bertanda# dan olive oil dalam mangkuk, add lebihan spices tadi dan ramaskan sedikit sehingga semuanya mesra sebati.
  • Lumur rata pada ikan (bahagian dalam je tau!)
  • Letakkan ikan di atas aluminium foil yang disapu sedikit minyak dan balut/bungkuskan ikan kemas.
  • Simpan dalam peti sejuk selam beberapa jam atau semalaman dan grill/bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 18C(ikut jenis oven dan saiz ikan gak yer).
  • After 20 minit buka foil



Monday, April 15, 2013

REZ SHARIYE MA LAHMA MAFRUM WA MARAQ FASULIA BEIDHA (Vermicelli Rice/rice with ground beef/lamb and maraq white beans)



REZ SHARIYE MA LAHMA MAFRUM WA MARAQ FASULIA BEIDHA (Vermicelli Rice/rice with ground beef/lamb and maraq white beans)
Roz Shayreeyeh (Vermicelli Rice)
2 cawan basmathi-washed and soaked in salty water for 1 hr+-
1/4 cup vermicelli
3 cawan air panas mengelegak (+- ikut jenis beras)
1/4 cawan minyak masak (sapa nk tambah tayar di pinggang boh ghee)
1 pcs bay leave
salt to taste
Dalam periuk, panaskan minyak/ ghee dan gorengkan vermicelli hingga browning.
Masukkan beras yang telah di tapis tadi bersama bay leave dan goreng hingga semua bersalut serta transparent dalam 2 minit.
Masukkan air panas dan garam.
Cover periuk dengan api yang kuat sehingga mendidih.
Bila dah mendidih dan hampir kering sikit airnya, kacau sedikit nasi tu dan reduce the heat to minimum.
Let it simmer over low heat for 20 minit or until rice is cooked.
Bila dah masak offkan api dan biarkan selama 5 minit baru digemburkan dengan garfu..
Sedia untuk di hidangkan dengan lauk kegemaran, salad dan maraq.
NOTE:- Kalau anda tak ada Vermicelli , boleh anda gantikan dengan cara menggorengkan 1/2 beras hingga brown, past tu masukkan beras dan amsak mcm biasa ikut urutan atau cara di atas.


LAHMA MAFRUMA
250g-300g ground beef/lamb
1 labu bawang besar di cincang halus
1/4 camt arabic mixed spice
garam
lada hitam powder
minyak untuk menumis
sedikit fresh choppd corainder
Panaskan minyak dalam non stick pan.
Gorengkan bawang sehingga tarnsparent dan masukkan arabic mixed spice serta ground beef/lamb.
Goreng sehingga kering airnya, masukkan garam dan gorengkan sehingga daging masak.
Offkan api dan taburkan/ atuangkan ke atas nasik tadi.
Sprinkle dengan fresh chopped corainder.
Sedia untuk dihidangkan.



Maraq Fasulia beidha (maraq white beans)
1 biji bawang besar-dicincang halus
2 ulsa bawang putih-dicincang halus
1 biji loomy (tak boh pon tak per)
a pinch of cumin and arab mix spice
garam secukup rasa
2-3 camb tomato paste
air secukupnya (ikut suka +- 500-600ml)
minyak untuk menumis
1 tin white beans
sedikit chopped corainder leave
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingag berbau harum.
Masukkan bawang putih dan loomy, teruskan mengoreng sehingg terbit baunya.
Masukkan cili, tomato paste dan gorengkan sedikit sehingga kering.
Masukkan arab mix spice, gorengkan sedikit sehingga sebati, masukkan white beans dan air.
Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam.
Biarkan selama 2 minit, offkan api dan masukkan chopped corainder leave dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, April 14, 2013

Rez Shayreeyeh Ma Samaq Hamour (Vermicelli Rice/rice and Fish)

Rez Shayreeyeh (Vermicelli Rice)
Vermicelli, dipanggil Sha'reyeh (شعريه) dalam bahasa Arab. vermicelli adalah seperti sejenis makaroni pendek yang halus dan patah- patah, ianya digoreng gingga browned dengan minyak atau, butter atau ghee, kemudian beras dan air. Hidangan ni amat popular di negara Lebanon and Syria, juga di Germany, Egypt dan ke seluruh tanah arab. Nasi ni mempunyai banyak nama kerana ejaanya mengikut slang sesebuah negara seperti di Saudi dikenali Ruz Mafalfal/Aroz Mofalfal, negara arab lain dipanggil Riz bi Sh'arieh, Roz bil Shariyah, Rez Shayreeyeh . Syrians love this rice dan dihidangkan bersama stews. Di Egypt, nasi ni dihidangkan bersama Malokiyah Soup. Vermicelli rice is a simple favorite yang biasanya disediakan/ dimasak menggunakan fat-grained Egyptian rice atau apa saja medium-grained rice yang ada atau basmathi.

Roz Shayreeyeh (Vermicelli Rice)
5 cawan basmathi-washed and soaked in salty water for 1 hr+-
1/2 cup vermicelli
12 cawan air panas mengelegak (+- ikut jenis beras)
1/2 cawan minyak masak (sapa nk tambah tayar di pinggang boh ghee)
1-2 pcs bay leave (tak boh pon tak per tak de dosa)
salt according to taste
 Dalam periuk, panaskan minyak/ ghee dan gorengkan vermicelli hingga browning bukan hangus.
 Masukkan beras yang telah di tapis tadi bersama bay leave dan gorengkan hingga semua bersalut serta transparent dalam 2 minit.
 Masukkan air panas dan garam.
 Cover periuk dengan api yang kuat sehingga mendidih.
Bila dah mendidih dan hampir kering sikit airnya, kacau sedikit nasi tu dan reduce the heat to minimum.
Let it simmer over low heat for 20 minit or until rice is cooked.
Bila dah masak offkan api dan biarkan selama 5 minit baru digemburkan dengan garfu..
Sedia untuk di hidangkan dengan lauk kegemaran, salad dan maraq.
NOTE:- Kalau anda tak ada Vermicelli , boleh anda gantikan dengan cara menggorengkan 1/2 beras hingga brown, past tu masukkan beras dan amsak mcm biasa ikut urutan atau cara di atas..

Ikan kerapu goreng Ala Arab
2 ekor ikan kerapu (medium saiz, dipotong 4, dibersihkan dan toskan airnya)
1/2 lemon (ambil jusnya)
1/4 cmt garlic powder*
1/2 camt corainder powder*
1 cmt cumin powder*
1/2 cmt paprika powder*
1/4 cmt black pepper powder*
1/4 cmt serbuk kunyit*
1/4 cmt halia powder*
1/2 cmt arab mix spices*-(dicampur bersama dan dibahagikan kepada 2 bahagian)
garam secukup rasa
1/2 cawan tepung gandum
minyak (deep fry)
Gaulkan ikan dengan lemon jus.
Perasakan dengan garam dan 1/2 bahagian rempah (bahan bertanda*) dan biarkan selama 1/2 jam.
Panaskan minyak untuk meggoreng ikan.
Baki 1/2 bahagian rempah (bahan bertanda*), digaulkan bersama tepung dan sedikit garam.
 Gaulkan ikan 1 per 1 pada tepung yang bercampur spice sehingga rata bersalut dan ketuk- ketukan sedikit lebihan tepung.
Goreng ikan sehingga golden brown dan angkat.
Sedia untuk di hidangkan.
NOTE:-Selain dimakan bersama nasi ikan begini juga sering diratah makan bersama roti pita, sos tahina dan salad.

Maraq Khodrawat (maraq sayuran)
1 biji bawang besar-dicincang halus
2 ulsa bawang putih-dicincang halus
1 biji loomy (tak boh pon tak per)
a pinch of cumin and arab mix spice
garam secukup rasa
2-3 camb tomato paste
air secukupnya (ikut suka +- 500-600ml)
minyak untuk menumis
1 biji cili hijau (tak yah potong, sebijik terus)
1 biji terung- dipotong medium
1 batang carrot- didadu kasar
1-2 biji kentang- potong medium saiz
sedikit kacang buncis-dipotong pendek- pendek dalam 2cm
sedikit chopped corainder leave
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingag berbau harum.
Masukkan bawang putih dan loomy, teruskan mengoreng sehingg terbit baunya.
Masukkan cili, tomato paste dan gorengkan sedikit sehingga kering serta masukkan carrot, kentang dan cumin serta arab mix spice. Gorengkan sedikit sehingga sebati dan masukkan air.
Bila kentang dan carrot hampir masak masukkan terung dan buncis.. biarkan sehingga kesemua sayur masak dan masukkan garam.
Biarkan selaam 2 minit, offkan api dan masukkan chopped corainder leave dan sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- anda boleh gunakan apa jua sayur kegemaran anda seperti labu atau bendhi

Sunday, April 07, 2013

REZ MA KAMUN wa JAJ (CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN AND CHICKEN)


Assalamualikum dan selamat berhari minggu.. Dah lama tak masak cumin rice. Actually nasi ni Lydia amsak masak selasa lepas, oleh kerana a few days ago Lydia busy banyak dan net sedia maklumlah makin parah selonyer maka Lydia tak de masa nk bertapa depan lappy just sesekali tengok FB jer. Tapi untuk resepi kali ni Lydia ubah suaikan sikit nasi tu dengan meletakkan asap pada nasi supaya berbau haru sambil menikmati rasa yang lazat. Nak buat pon mudah, cuma jangan terkezut kalau tengok resepi atau steps ny panjang berjela..bukan apa Lydia Over rajin taip 1 by 1 nak mudahkan anda semua..huhuhu..ye la tu rajin. Jom tengok resepinye..:))

REZ MA KAMUN wa JAJ/ DAJAJ(CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN NAD CHICKEN)
langkah pertama: Mula- mula sediakaan ayam dulu..
AYAM
1 ekor ayam- potong 4, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
2 helai daun bay
4-5 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
1 biji loomy (tak boh pon tak apa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ke semua bahan di dalam presure cooker dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak lebih kurang 1 jam.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.
Campurkan sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam, susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga garing dan ketepikan sebentar.

Langkah ke-2:- sediakan nasi

CUMIN RICE
4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa)
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
 Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Sementara menanak nasi, panaskan arang kecil(sebesar anggur pon ok) hingga berbara.
 Buka penutup periuk, susunkan ayam di atas nasi dan masukkan mangkuk kecil, letakkan bara di dalamnya.

Dengan pantas tuangkan sesudu besar minyak masak pada arang dan cepat2 cover periuk menggunakan aluminium foil dan penutup periuk kemas- kemas supaya asap terperangkap dan tak dapat keluar.
Biarkan selama 2-3 minit, buka penutup periuk dan aluminium fol, keluarkan arang, biarkan nasi dan ayam.
Tunggu selama lebih kurang 5 minit baru angkat, asingkan ayam dari nasi.
Gemburkan sedikit dengan menggunakan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan dan susunkan ayam di atasnya.
 Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq kegemaran anda.
Selamat mencuba..


Salsa Tomato
2 biji tomato masak ranum-belah 4
1 biji bawang besar-dadu kasar
1 ulas bwg putih
1 biji capsicum hijau/ cili padi
lemon jus secukup rasa
garam secukup rasa
Blend semua hingga halus.
Masukkan dalam peti sejuk seketika baru sedap nak makan, kalau tak amsuk peti sejuk pon ok terus hidang.

NOTE:- Lydia tak cakar nasik..apa yang Lydia buat adalah menggoncangkan pewriuk nasik up and down 2- 3 kali..hehehhehehe. Tapi kalau nak ikut my style ni pastikan anda pegang kemas- kemas penutupnya juga ya, bukan apa takut terberhambur nanti nasik tu..