Showing posts with label Western Foods. Show all posts
Showing posts with label Western Foods. Show all posts

Monday, April 01, 2013

CHEESY JACKET POTATOES

Satu hidangan yang simple dah menyihatkan. Boleh dipelbagaikan intinya mengikut cita rasa tekak serta bahan yang ada di rumah. Lydia makan ni 1/2 jer dah kenyang tak leh on lagi, so kalau berdiet amat sesuai makan kentang je kan.. Lydia ternampak potatoes versi macam nk masa g UAE bulan lepas, kami suami isteri beli kat Dream Land Dubai. Sebiji kentang je melebihai harga 25Dirham tergantung pada filing yang anda nak. Anda boleh pilih apa inti yang anda suka dan past tu barulah mereka akan suka- suka caj berapa.. Yang tak bestnya cis sikit je, uat sendiri puas hati nak cekak banyak mana..huhuuhuh. Malam ni buat untuk dinner, 3 biji je, untuk kami laki bini, tu pon tak habis sbb cepat kenyang. Kami hanya makan kentang ni bersama creamy mushroom soup je.
Meh tengok resepi dan cuba buat, sure anak- anak atau suami anda akan suka.


CHEESY JACKET POTATOES
3 biji potatoes-big size
1 tin kecil white meat tuna-sejatkan airnya
daun bawang- cincang halus
daun parsely-cincang halus
chedar parut
butter*
mayonise
mustard*
black dan green olive*
garam dan black pepper powder*

Panaskan oven 200°C.
Scrub potatoes hingga bersih, cuci dan keringkan sepenuhnya.
Cucukkan dengan pencungkil gigi pada sekeliling potatoes.
Balut dengan aluminium foil dan bakar dalam oven selama 1 jam ke 11/2 jam tergantung pada oven dan saiz potatoes.
pada 30 minit pertama, buka oven, remove aluminium foil, teruskan membakar hingag garing dan empuk.
Dalam mangkuk, campurkan kesemua bahan kecuali bahan bertanda* hingga sebati
Cut potatoes kepada separuh tapi jangan sampai putus just macam poket je then picit sikit supaya terbelah dan senang nak mengeluarkan isinya.
Dengan mengunakan sudu keluarkan kesemua isi kentang tadi dan amsukkan ke dalam mangkok.
AWAS! jangan sampai koyak atau pecah kulit potatoes tu ya..
Gaulkan bersama cheese, butter, garam, black pepper powder hingga sebati dan masukkan tuna dan gaulkan hingga sebati.
Isiakn balik isian ni ke dalam kulit kentang tadi.
Taburkan sedikit cheese, daun bawang, daun parsley, zaitun dan paipkan dengan mustard jika suka.
Sedia untuk dinikmati semasa panas atau sejuk..
Selamat mencuba
Note:- Proses nak mengeluarkan isi kentang haruslah dilakukan semasa pansa selepas keluar dari oven supaya senang dan tak pecah. Masa nak belah dan picit potatoes tu gunakanlah tuala/kain yang bersih supata tak sakit tangan tu.

Tuesday, July 17, 2012

MY HOMEMADE CRISPY FISH and CHIPS

Memalam selalu blur tak tahu nak makan apa, terutama kalau late dinner:(..
Malam ni sempat lagi buat dinner fish & chips walaupon dah penat meroti.. bukan apa makanan gini kalau ramadhan tak laku so nak emptykan freezer kenalah pulun supaya abis dan gantikan ngan yang lain. Banyak barang dapo yang belom beli ni dan banyak benda juga yang perlu dibuat frozen supaya puasa sikit rehat.. kalau tak kalut jehuh nak siapkan sorang- sorang terkejar ke sana sini. Harap- harap ramadhan ni banyak amalan yang dihajati dapat dilaksanakan.. Ameen Ya Rab!..



MY HOMEMADE CRISPY FISH and CHIPS

Perapan ikan
4 keping small white fillet fish (dibersihkan,direndam lemon jus & toskan airnya)
1/2 camt serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1/4 cmt dry oregano
1/2 camt garlic powder

Saduran ikan
1 cawan bread crumbs*
1/2 camt lada sulah*
1/2 camt dry oregano*
1 camt garlic powder*
garam secukup rasa*

1 biji telur-dipukul sedikit

minyak untuk deep fry

kentang goreng
mayonnaise
tomato ketchup



Keringkan ikan sepenuhnya dengan kitchen towel.
Perapkan ikan dengan bahan perapan selama 1/2 jam- 1 jam.
Campurkan kesemua bahan*, gaul sebati, sadur/golek2kan ikan dan ketepikan.
Celupakan ikan dengan telur dan salutkan dengan bahan yang telah di gaul sekali lagi, ketuk sedikit untuk membuang sisa- sisa bread crumbs.
Goreng terendam dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga golden brown dan angkat serta letakakn di atas kitchen towel untuk membuang lebihan minyak.
Hidangkan bersama tomato/ chili sos, mayonise, kentang goreng, mix vege salad dan mushrooms creamy soup..
Selamat mencuba:)


GRILL CHICKEN CHOP WITH BROWN SOS AND MUSHROOMS


Actually ni first time saya buat Chicken chop versi grill kat kuwait, sellau buat versi goreng jer. Dah lama teringin nak buat tapi baru hari ni dapat buat. Actually ayam ni sekor kecik yang 700g, Lydia buangkan tulangnya sndiri dan marinate macam biasa cam lebih kurang buat untuk perap lamb chop je…. Walaupun first time buat tapi daging ayam saya tak liat dan lembut je ayam tu sebab Lydia rendamkan dengan cuka makan putih supaya hilang bau hanyir dan melembutkan ayam… Pilih ayam sederhana besar baru tak liat, kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk supaya rempah menyerap dan selain tu dapat menyedapkan ayam rempah perap dapat melembutkan ayam.


GRILL CHICKEN CHOP WITH BROWN SOS AND MUSHROOMS

Grilled Chicken Chop
1 ekor ayam ( 700g 'debone’kan seko tanpa potong- motong)
1 sudu besar garlic powder
1 sudu besar lada hitam powder
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar barbecue sos
1 sudu besar sos Lea & Perrins
Garam secukup rasa
Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selam beberapa jam, seelok-eloknya semalaman.
Bolehlah di bakar di atas kuali non stick pan.
Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.



Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1/2 labu bawang besar (didadu kecil)
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu besar barbecue sos
1 sudu besar sos Lea & Perrins
1 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil lada hitam powder
garam secukup rasa
1/4 cawan cendawan dalam tin
Tumis bawang besar hingga layu di atas non stick pan lebiha ayam tadi, tambahkan minyak zaitun jika perlu.
Masukkan cendawan dan lada hitam, gorengkan sebentar.
Kemudian masukkan tepung gandum dan goreng sedikit.
Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos.
Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan
Curahkan sos ni ke atas ayam da sedia dihidangkan chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, creamy soup, timun dan tomato segar!!!
SELAMAT MENCUBA