Showing posts with label Mee/Noodles/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee/Noodles/Pasta. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

KUSHARI


Kushari, juga di panggil Koshary atau Kosheri, semua tu sama je cuma ejaan dan bunyinye sikit lain, tapi maksud sama je. Kushari ni adalah makanan tradisi orang Egypt yang amat femes kat Mesir, so kalu g Mesir tu tak completelah lawatan anda kalau tak try makanan ni. So sapa- sapa yang bercadang nak ke Egypt masukkan nama makanan ni dalam list anda yang WAJIB anda cuba. Ianya amat sedap dan berkhasiat. Campuranya banyak dan nampak agak remeh kerana ianya terpaksa dimasak bersaingan jadi banyaklah pinggan mangkok, periuk belanga yang nak kena cuci lepas ni. Tengok ajelah senarai bahan0 bahanya nasi + pasta + dall hitam/brown + kacang kuda + bawang goreng + salsa tomato + air cuka bawang putih & cili/ sos pedas. Tapi ianya sedap dan berbaloi kalau buat kushari ni. Jom skodeng resepi kat bawah dan silakan mencuba ya..

Kushari
Bahan A
1 ½ cawan brown lentils
1 ½ cawan Egyptian rice -kalau tak ada pakai je beras biasa
1 cawan elbow macaroni
Salt to taste
minyak lebihan menggoreng bawang

1) Cuci bersih dhal dan rebus hingga masak/empuk.
Semasa merebus tu masukkan sedikit garam.
Bila dah masak, offkan api dan tuang di atas tapisan untuk menyejat air supaya kering dan ketepikan.

2) Dengan menggunakan air lain, rebus elbow macaroni hingga lembut/empuk seperti merebus pasta biasa hingga empuk dan tapis/ keringkan airnya.
Bila dah kering airnya, gaulkan dengan sedikit minyak lebihan goreng bawang dan ketepikan seketika.

3) Basuh beras hingga jernih airnya dan tapiskan supaya kering airnya.
Tuangkan sedikit minyak lebihan mengoreng bawang (guna periuk yang sama lepas goreng bawang pon ok), gorengkan beras hingga transparent dalam 2 minit.
Masukkan air panas mengelegak (1 1/2 C beras = 2 1/2 C air+-).
Masukkan sedikit garam dan tanaklah seperti memasak nasik biasa.

Bawang goreng
5 camb minyak masak
500g bawang besar (sliced)

Panaskan periuk, masukkan minyak dan goreng bawang hingga garing.
Simpan baki minyak goreng bawang dan bahagikan kepada 2 bahagian. (1-masak nasi & 2-gaul pada macaroni.
Ketepikan seketika

Salsa Tomato
1 tin crushed tomatoes
1 tin tomato paste
1 tin air (guna tin tomato yang sama)
2 medium bawang di dadu halus
7 ulas bawang putih dicincang halus
2 camt cuka putih
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa
1/4 camt black pepper powder
1/2 camt cumin powder
hot chili flakes -kalau nak sikit pedas-lydia tak letak sbb tak suka pedas

Sauté bawang hingga transparent, masukkan bawang putih dan mask hingga naik bau dan lightly brown.
Masukkan black peper powder dan cumin powder, kacau hingga sebati.
Masukkan tomato paste, crushed tomato, garam, chili flakes(kalau suka), air dan cuka.
Biarkan mendidih sehingga sos menjadi sedikit gelap lebih kurang 1 jam, dengan menggunakan api yang perlahan. Sedia untuk dihidangkan..

Air Cuka Bawang Putih
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan air
1/4 camt cumin powder
4-5 ulas bawang putih-cincang halus
Masak semua bahan hingga mendidih.
Offkan api dan ketepikan.

Cara menghidang Kushari
Ada 2 cara menghidang Kushari ni..
i) campur/ gaul semua bahan A bersama

ii) Asingkan dengan melayer dalam pingan semasa nak makan seperti Lydia buat ni..

1st: Letakkan sedikit nasi dalam mangkok/pinggan


2nd: Layerkan di atas nasi dengan macaroni.


3rd: Layerkan di atas macaroni dengan dhal.


4th: Layer seretusnya letakkan kacang kuda rebus.


5th: Layer terakhir.. Salsa tomato.


6th: Taburkan sedikit bawang goreng diatasnya dan sudukan sedikit cuka bawang putih serta sos pedas.

Sedia untuk dinikmati..Selamat mencuba

Wednesday, June 20, 2012

FUSILI GORENG BASAH



Biasanya Lydia kalau goreng mee atau kueteow selalunya suka yang lembab- lembab atau basah gitu. Memang dari masa kecik2 lagi my mom suka bagi makan cam tu dan satu lagi mesti letak banyak perencah seperti ayam ke daging ke fish ball ke fish cake ke, kerang ker atau sebaliknya. Sebab tu kalau oder kat restoran pon Lydia akan oder X'tra perencah, bayar lebey tak per janganntak makan.... Sama gak bab kalu makan nasik pon kena ada X'tra lauk, kalau lauk abis nasik banyak di pinggan alamat nasik tu berkemungkinan besar akan di share bersama Kak Tong. Dah jadi tabiat payah nak di ubah suai lagi sbb dah jadi buluh tua pon..hehhehe.
Berbali pasal menu hari ni..kelua masuk dapo tak tahu nak makan apa,. Asyik- asyik nasi dah bosan..selongkar meehoon abis pulak..yanga da makaroni dan meggi.. pilihan terakhir yang malas dan cepat adalah megi, tapi takkan la pulak tiap hari nak telan megi.. teringat kat freezer ada 6 bijik fish ball from Thailand..apa lagi sepantas kilat amik ayam, defrost kat microwave dan ubah plan masak makaroni ja la buat basah- basah sikit..pergh rasa power gila walaupon tak cukup rencah…time dok makan sorang- sorang teringatla makan mee goreng basah kat Medan Mara Klang dekat ngan opis lama, time tu keje kat Mayban Finance, selalu beli kat gerai Pak Aji..agaknya Pak Aji dan gerainya masih ada lagi tak?...:)?
Jom skodeng bahan- bahanya ..



FUSILI GORENG BASAH

Bahan blend
3 biji cili kering (cili kering baut sendiri tau)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 camb minyak masak
Sedikit air
Kesemua bahan di atas, di blend hingga halus.

250g+- makaroni fusili yang telah dicelur
200 gm ayam, dipotong kecil- kecil supaya cepat masak
Fish ball/ fish cake- dipotong ikut suka
1-2 camb tomato sos
1 camt kicap masin
1 camt kicap pekat manis
1 camt sos tiram
Minyak untuk menumis
Sedikit air
1/4 cmt lada sulah
garam secukup rasa
Sedikit taugeh**- tak letak sebba tak de stock
1 pokok sawi-potong ikut suka
1 biji telur

Tumis bahan2 yang dikisar di dalam minyak panas, hingga terbit baunya.
Masukkan ayam, goreng hingga 3/4 masak dan masukkan sedikit air.
Biarkan hingga ayam masak dan masukkan fish ball/ fish cake.
Teruskan mengoreng dan amsukkan kicap, sos tiram, sos tomato, lada sulah dan sawi.
Goreng seketika dan masukkan fusili dan gaul rata.
Masukkan telur dan di tengah2 kuali dan biarkan seketika baru dikacau.
Last sekali masukkan taugeh dan masukkan hirisan buah tomato jika suka, kacau sedikit dan biarkan sebentar.
Matikan api, angkat dan hidangkan. Sedap di makan dengan hirisan lada dan perahan air limau kasturi dan bawang goreng.

Friday, May 04, 2012

HOME MADE LAKSA BERAS

Dah berbulan- bulan ku pendamkan keinginan di hati nak makan laksa utara/ laksa Penang.. Tapi apakan daya laksa tak de di bumi arab ni..pernah ternampak kat shopping complex macam laksa kering from Phlipine tapi seram nak beli, takut salah atau rasa tak sama.. Semalam dan hari ni TAK TERTAHAN ngan godaan rakan dari FACEBOOK yang dok menayang laksa je maka hari ni weekend lak tu,tak keje dan tak de aktiviti nak dibuat serta my hb pon outstation so apa lagi..press diri buat gak.. Kalu ikutkan angin "M-A-L-A-S" memang nak berlingkar je depan Tv kat sofa.. takut lak silap hari bulan TER'Zzzzzzzz.. Sambil dok menekan teringat MY MOM sebab dia memang peminat laksa..kalu my mom ada kat sini pon mesti dia hepi makan fresh laksa. Insha'Allah nanti balik Malaysia amik dia bawak mai sini. Dalam dok teringat tu tergat lagi lak laksa KUALA PERLIS yang ada daun pisang..Hahahah..nampak gayanya past ni kerje Melaksa jer la,next time nak try kukus guna daun pisang macam kat Kuala Perlis tu.. Resepi memang tak ingat dapat dari mana, yang pasti kat net sebab daj berKURUN menyimpannya. Pada empunyaay resepi halalkan dan terima kasih atas ilmu anda itu.. Pembuatannya memang cepat dan senang cuma tak tahan part nak amik doh panas tu jer yang lain BEREHHHHH.. Jom skodeng resepi laksa yang simple cepat dan halal serta sedap ni.. Taraaaaa.... nin dia laksa cheq yang terhasil dari ayaq tanganku di bumi arab ni..
HOMEMADE LAKSA BERAS..
2 cawan tepung beras India
1/4 cawan tepung ubi
21/2 cawan air panas mendidih
Sedikit garam
Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.

Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air.
AWAS! panas, gunakan senduk kayu jer senang..

Gaulkan tepung dan uli sehingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh yang sederhana lembut.

Kepal- kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan kedalam acuan muruku.

Tekan di atas periuk kukusan.
Panaskan air dalam pengukus.

Kukus selama 2-3 minit bergantung kpd jumlah laksa tersebut.
Keluarkan dari pengukus dan bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan.

Wednesday, February 08, 2012

Chicken Spaghetti Bolognese

Skodeng blog Along Rozan petang tadi, merayau punya merayau ternampak resepi Chicken Spaghetti Bolognese. Rasanya menarik untuk di cuba sebab selalu dok makan versi beef or lamb jer, bosan gak, sesekali try buat guna ciken lak...healthy siket. Kat umah pon banyak fresh tomato jadi lydia add fresh tomato sbb tak mo letak air dan cendawan tak de so taruk apa yang ada sajalah..sedap:)
Terima kasih Along sebab sudi share resepi yang sedap nie dan maaf sebab ada penambahan serta pengurangan bahan ikut slera sendiri.:))

Chicken Spaghetti Bolognese
By: Roz@HomeKreation
1 peket Spageti - rebus & tapis

700+-g Ayam Cincang Halus (amik isi ayam dan mesin dalam food processor je)
1 biji bawang Besar - didadu halus
5 camb Olive Oil
4 ulas bawang putih- tumbuk halus
1 camt serbuk lada putih
300g tomato paste
3 biji besar fresh tomato-di blend tanpa air
1/2 cawan Sayur Campur Beku
Oregano
Air (jika perlu)
Garam secukup rasa
Parmesan Cheese
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga wangi dan transparent.
Masukkan bawang putih, tumis sekejap hingga naik bau dan masukkan ayam, masak lebih kurang 2 minit.
Masukkan tomato kisar dan tomato paste,kacau sebentar.
Masukkan tomato garam , lada sulah, oregano dan mix vege.
Biar hingga memgelegak dan kuahnya pekat, jika perlu tambahkan air.(ikut suka kepekatan kuah yang di ingini).
Matikan api dan hidangkan spageti yang telah di rebus ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ayam bolognese ke atasnya serta taburkan parmesan cheese.
Selamat Mencuba..

Sunday, February 05, 2012

Mee Hoon Goreng Beryani

Last friday masak ni, maaf lambat masuk seba agak busy dan malas nak ngadap net,jangan mare ek. Ok nak cepat ni masukkan entry sebab banyak kerja nak masak lunch for today lak ni.
Meehoon Goreng Beryani, ni Lydia ikut bahan yang ada jer dengan mengolah sendiri dengan masukkan mee hoon tu dan goreng macam biasa..jadilah jugakan, mee hoon yang berperisa beryani....sebab kalau nak buat macam the original recipe memang leceh.

Mee Hoon Goreng Beryani
1/2 bungkus mee hoon-just rendam macam biasa
isi ayam(dicuci bersih dan tos)
2 camb rempah beryani daging-(Lydia letak sikit jer sbb En. Hb kureng sihat nk makan spices sbb tu pucat sakit jer kalernyer)
sedikit susu cair
1 camb tomato puree
2 biji tomato-(didadu)
1/2 cmt cardamom powder
bawang goreng-(agak2 aje)
1 batang kulit kayu manis
1 camt white pepper powder
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika perlu
air jika perlu

Bahan Kisar:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
Nak pedas add cili padi-(Lydia tak letak pon sbb kami mmg tak makan pedas)
Tumis kayu manis dan cardamom hingga wangi. Selepas itu masukkan bahan kisar, rempah beryani dan kacau rata, hingga pecah minyak.
Masukkan susu cair dan kacau rata.
Masukkan isi ayam, tomato puree,buah tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan bihun dan sedikit air serta gaulkan dengan bahan tumis dan goreng macam biasa.
Biarkan atas api selama 5-10 minit, untuk membolehkan rempahnya meresap dan meehoon menjadi lembut dan masak.
Selamat mencuba..kalu suka taburkan sedikit telur dadar untuk hiasan.

Friday, December 16, 2011

MEE KUNING

Resepi mee kuning ni dah lama terSAVE kat laptopku..rasanya more then 11/2 year kot..Selongkar punya selongkar terjumpa balik. Keinginan nak buat tu ada cuma tak tahu bila je dan mesen pasta pon in out dari kotak dah berkali- kali. Pagi tadi tah mimpi apa Lydia bangu 5:20am mengMEE subuh- subuh, lepas buat mee trus goreng, memang fresh. Mee ni tak guna telur dan amat sesuai untuk yang nak berdiet tu..Lydia buat half jer sebab almaklumlah sorang makan jenuh nak menghabiskannya.. Jom tengok resepi hasil sumbangan sahabatku Puan Zarinah Yassin di Kuwait..

MEE KUNING

Tepung Gandum 1 kilo (dapat 2 kilo Mee)
1 cmt air abu (Alkaline Water)*guna air kapur jer
Sedikit pewarna kuning telur
1-2 gelas air (lebih kurang)
Minyak masak
Sedikit Garam

Satukan air abu/ air kapur, pewarna kuning, garam dan air.
Gaulkan pada tepung dan kepal-kepalkan.
Adunan agak kering dan bahagi2kan kepada beberapa bahagian.
Leperkan adunan menggunakan mesin mee dan diulang sehingga adunan sebati. Biarkan ke tepi dan habiskan bahagian yang lain.
Sementara itu, panaskan air di dalam periuk dan masukkan sedikit minyak.
Sapukan adunan yang sudah dileperkan dgn sedikit tepung dan guna acuan bergigi mee paling kecil.
Taburkan sedikit tepung supaya mee tidak melekat.
Apabila air mendidih, masukkan mee dan kacau perlahan-lahan, biarkan seketika sehingga air mendidih sekali lagi.
Angkat mee dan toskan kedalam tapis sambil lalukan air paip pada mee. Ambil minyak masak dan gaulkan pada mee hingga rata.
Biarkan di dalam tapis dan balik-balikkan sehingga 3-4 jam. Mee siap utk dimasak.
Selamat Mencuba

Saturday, December 10, 2011

MURTABAK MEE SEGERA

MURTABAK MEE SEGERA


Murtabak mee segera yang sedap dan lazat dapat dari Blog Hana yang menjadi kegemaranku, suami dan adik iparku.. Tapi tak leh buat selalu la sebab banyak telur nati badan pon bulat- bulat macam telur jerk! Memang sekali makan mau lagi.. tima kasih Hana dan kat umah Ma mafami pon ada.. tumpang CNP yer! Jom tengok resepi..

1 bungkus mee segera
2 biji telur
1 peket serbuk perisa mee segera
2 atau 3 sudu besar daging cincang yg dh di goreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar - dipotong dadu & kecil
1 biji cili merah - dadukan halus
daun sup@daun bawang

Rebuskan mee segera hingga kembang dan toskan airnya, ketepikan dahulu.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa mee segera dan pukul sebati, ala- ala buat telur dadar.
Masukkan cili merah,daun sup, daun bawang, mee segera yang sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.
Picitkan sikit sos kegemaran anda di atas murtabak segera dan taraaaa.. sedia untuk dimakankan :-)

Sunday, November 13, 2011

HOMEMADE KUEY TEOW..(

LADY D HOMEMADE KUEY TEOW..(nama tak leh angz...hehhe)
250g tepung gandum
100g tepung beras
2 white eggs*
120ml air biasa*
garam *- campur bersama
minyak 6-7 tbsp
air untuk merebus

Campurkan kedua2 tepung, buatkan lobang kat tengah masukkan bancuhan air+garam+white eggs & uli sebati. Adunan ni keras sikit tk macam buat karipap. Pas tu bahagikan kepada 4-5 doh/bebola kecik & gelek la sampai ramping. I guna no.1 - 6 dan rebus dalam air yg mendidih yg dicampurkan sedikit minyak selama 2 minit. Ingat jangan rebus semua buat sikit..berhati2 di jalan raya..
pas tu angkat& siram ngan air sejuk..sejat supaya kering airnya sikit dan add sikit minyak supaya tak lekat. Ulang proses ini hingga abis..SELAMAT MENCUBA..

Sunday, October 23, 2011

MY HOMEMADE KUEY TEOW

MY HOMEMADE KUEY TEOW (1kg)
1st taim buat kuey teow hari tu ..kantoi tak cantik langsung, kontot patah sebab guna tepung beras from India. Alhamdulillah my 2nd ni santek sebab tepung beras from Thailand. Rupanya kualiti tepung ni memang mempengaruhi hasil sesuatu yang kita masak/buat. Bagi perantau macam Lydia ni kalau teringin sesuatu memang payah, kenaah rajinkan diri baru dapat kalau tak alamat tengok je la N3 masakan sedap- sedap kat FB. Kadang- kadang kalau nasib baik ada gak dapat yang kueteow kering from Thailand. Rasanya memang sama dengan yang beli malah lebih fresh.. Tapi sikit malang la cuma kerang jer tak de sini kalau tak lagi power. Kat Restoran Noodle Factory ada jual kueyteow yang dah siap masak sepinggan dalam 33RM++ tu pon letak telo, togei dan daging jer. Dulu memang selalu gi situ jer, tapi dah tahu buat ni baik buat sendiri sebab suka- suka la nak boh apa rencah tu kan. Meh tengok resepi kat bawah ni..sure U olls kata kacang leh buat punya, nak berbisnes pon boleh ni..


250 tepung gandum
100gm tepung beras
2 biji putih telor *
120 ml air *
sedikit garam *- disatukan & kacau sebati
6-7 cmb minyak secukupnya
air untuk merebus
Satukan tepung,buatkan lubang di tengah tengahnya, masukkan bancuhan putih telor + air + garam ke dalam mangkok adunan hingga menjadi doh.Doh ni keras sikit..bukan macam doh karipap tu..
Bahagikan kepada beberapa bahagian doh kecil supaya senang nak gelek.
Gelek adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no6).
Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow).
Terus buat sehingga adunan habis.
Panaskan air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya).Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih.
Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit- sedikit jangan rebus sekali gus.
Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul dengan api sederhana perlahan dalam 2 minit, angkat dan toskan.
Lalukan kuey teow dibawah air, toskan dan masukkan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain). Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan.
Selamat mencuba..Dijamin Halal & suci..

Monday, October 03, 2011

MY HOMEMADE BAKSO

BAKSO

Dulu kalu teringin Bakso g Anita Restoran kat Farwaniah/Souq Maghateer..la ni tak yah buat sendiri lagi bes..leh letak bebola daging seberapa suka..kat Anita Restoran tu Bakso dia tak ORI sebab dia guna binun segera Made In Thailand yg brand dia Ma Ma kalu tak salah yg pek kecik kaler ijau..





Sohoon - dicelur-leh gantikan bihun
... 1 kg tulang lembu
10 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 cm halia* - dikisar halus
1 bungkus sup bunjut
5 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1/2 cmt cardamom powder
2 tangkai daun bawang besar/leek - dikerat 1 cm
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bebola:-
500g daging kisar
2cmb tpg gandum
1cmb tpg jagung
Garam & lada sulah
campurkan kesemua bahannya dan gentel bulat-bulat. Jerang air, bila mendidih masukkan bebola daging. Biarkan hingga timbul, angkat dan toskan.(saya tak baut beli jer dari kawan Indon kat sini..)

Taburan :-
daun bawang/daun sup - dihiris halus
10 tangkai cili padi-tumbuk
Bawang goreng secukupnya
5 biji limau kasturi
Kicap dan sos tomato

Tulang lembu direbus dengan air secukupnya untuk dijadikan kuah. Nak cepat dan senang masukkan dalam presure cooker jer. Masukkan bahan2 tumbuk, serbuk perencah sup, kulit kayu manis, bunga cengkih, bungan lawang & buah lepaga. Apabila daging empuk, masukkan garam, serbuk lada sulah & daun bawang. Kacau & angkat.

Utk menghidang- masukkan sohoon ke dalam mangkuk. Masukkan beberapa biji bakso & tabur daun sup, daun bawang & bawang goreng secukupnya. Masukkan kicap, sos tomato & cili api tumbuk kemudian perahkan jus limau kasturi. Akhir sekali masukkan kuah & hidang panas. (kicap & cili ni tak buat sbb saya tak makan pedas)

Friday, September 16, 2011

MY LAKSA UTARA

MY LAKSA UTARA



Hidangan wajib my family kat Malaysia, tak kira bila masa aje... Kadang kala kalau tak de laksa, leh gak gantikan ngan bihun/meehoon yang dicelur.
Dah lama tak makan tapi alhamdulillah ada sepeket laksa kering pemberian kawan tu leh gak buat pengubat rindu kat My Mom. walaupun tak pandai tapi atleast sekarang TERPAKSA pandaikan diri buat nye sebab nak layan tekak sendiri. Memang tak pernah buat pon, selalunya My Mom yang buatkan tapi kini..huhuhuhu..Padan Muka Haku!!!...
Pengalaman me'laksa untuk pertama kalinya...rasa macam susah, bagiku yang susah adalah part nak asingkan tulang dan isi jer yang lain no problem, tapi sekali dah buat...mak aihhh senang giler sebab semua main campak jer dalam satu periuk....senang kan!!!...

Bahan rebus
1 kg ikan kembung atau sardin
3 keping asam keping
1 cmb garam
air secukupnya untuk merebus ikan.
Resbu semua bahan di atas hingga masak.

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 ibu jari belacan
cili kering secukup rasa

Bahan Lain
4 keping asam keping
3 kuntum bunga kantan
2 genggam daun kesum

Bahan Hiasan
Telur Rebus
Daun Salad
Cili Merah/Cili Padi
Bawang Merah
lemon/ limau nipis/ limau kasturi
Sediakan periuk untuk kuah, asingkan tulang dan isi ikan dan kisar ikan yang direbus tadi dengan sedikit air (kalau rajin tumbuk pun ok tapi penat la). Asingkan isi dengan tulang betul2, yang part isi tu tak yah tapis,tapi masa blend bahagian tulang/kepala tu kenalah tapis jadi takderlah kes tercekik.
Kemudian campurkan juga bahan yang di blend tadi (bawang+ cili+ belacan) ke dalam periuk berisi ikan yang dikisar tadi.
Campurkan juga asam keping, garam, bunga kantan (belah 4) dan daun kesum ke dalam periuk, renihkan dan tambahlah air mengikut kepekatan yang disukai.
Didihkan lebih kurang 15-20 minit kemudian matikan api
Hidangkan dengan bahan hiasan seperti telur rebus yg dibelah 4...bawang merah + daun salad + lemon/limau kasturi/limau nipis + cili merah/cili padi yg telah dihiris halus.

Wednesday, April 27, 2011

Kueteow goreng perantauan..

N3 saya petang ni Kueteow goreng, sambil melayari internet.
Tak yah le saya bagi resepi sebab benda ni too simple dan sape pon bole buat. Cuma saya nak kongsi ngan anda yang keinginan saya nak makan kueteow terubat juga walaupun tak seenak Penang char kueteow kat Malaysia..
Kueteow ni saya dapat dari sahabati saya Oum Kareem, dia beli kueteow kering Made in Thailand kat Kuwait...memang rasa macam yang kat Malaysia dan 10Q Kak Oum Kareem len kali leh la saya beli banyak, takyah penat nak buat sendiri..buang masa dan meletihkan. Kalu ada ramai mulut nak makan tu berbaloi gak buat ni hanya sowang-sowang.. Terharu saya dengan sifat murah hati beliau yang selalu menyampaikan hajat saya. Moga Allah juga berikan nya murah rezeki dan mempermudahkan urusannya dunia dan akhirat. jasamu tak mampu ku balas..rasa nak teroyak pulak teman..
Sekali lagi TERIMA KASIH DAUN KELADI to Kak Oum Kareem..len kali bagila yang siap dah goreng punya tapi INGAT kureng podeh atau NO cili..hehhehe..lebey pulak dah di bagi betis nak peha...lap U