Tuesday, October 11, 2011

MY HOMEMADE TAUGEH


1st day..


2nd day..


3rd days..

4th days..


4th days..& ready to eat..

N3 pagi ni aku nak cerita pasal taugeh. Actually, semenjak dok kat Q8 ni takdelah kerap sangat beli taugeh. sesekali jer kalu goreng mmehon ker mee klu takde pun ok jer sebab my huby takut nak makan taugeh ingat ulat kot!!!.. So tak kisah sangat pun kalau takde.
dah tak de keje, aku pun cari alternatif macam mana nak buat taugeh sendiri. Rasanya aku pernah la tengok tok aku buat guna kacang hijau. Letak dalam bekas berlubang dan kemudian jadilah taugeh yang kontot2 tu. Hihi... tapi aku tak nak yang macam tu aku nak taugeh yang panjang2. Setelah puas menggoogle, aku pun jumpa satu blog ni, lupa la pulak blog sapa main buat je sampai lupa empunya..Tanks pada empunya tu sebab berkongsi bagaimana cara nak buat taugeh sendiri.

Rendam 1/2 cawan kacang hijau,rendam hingga kembang.

Letakkan kain jarang di atas bekas rata (Tak perlu guna bekas berlubang)

Tabur dan ratakan kacang di atas kain tadi.

Tutup dengan sehelai lagi kain yang sama.

Curahkan air sedikit2 hingga membasahi semua bahagian.Letakkan benda berat diatasnya (Aku letak dalam pyren & isi air). Sebenarnya aku NOT SURE function letak benda berat ni,subhanallah taugeh tu berdiri dan panjang2 dengan sendirinya..MAGIC!. Agaknya kalau tak letak benda ni taugeh tu akan jadi bengkok2 dan pendek2.

Letakkan di tempat gelap. (Aku letak dalam oven dapur gas aku jarang pun buat kek, so tak guna sangat oven tu)

Jirus sedikit air setiap hari supaya kain sentiasa basah. (Aku siram
2x sehari iaitu pagi dan petang)

Insyallah after 4days bolehla nak tuai dam masak togei tu..
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment