Showing posts with label Kek Lapis/Layer Cake. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis/Layer Cake. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

KEK MARBLE PUTIH TELUR



Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua sorry lambat masuk entry sebab MALAS..hehhe. 
Kek ni adalah resepi asalnya dari Kak Fida tapi desebabkan bahan- bahan kurang mencukupi maka Lydia olah la sendiri mengikut apa yang ada di rumah untu santapan minum petang ngan anak sister in law. Kek ni memang gebus, moist serta sedap kejadianya walaupon bahan tak mencukupi dan Lydia ganti dengan bahan lain. Kek ni memang tak habis kalau Lydia nak amkan berdua, Lydia bagi sikit kat kawan- kawan dan ipar buat rasa. My ipar suka sangat siap mintak lagi. Ha kalau nak lagi buat ler sendiri kan.. asyik nak makan kek pree jew.. huhuhuu.
Kalau sapa yang ada belen putih telur boleh mencubanya ye dan yang berdiet pon leh try my version ni sebab kandungan kolestol sudah dikurangkan seminimum yang mungkin.. Maaf Kak Fida sebab Lydia olah bahan tak ikut Ur recipe. Papepon terima kasih banyak- banyak pada Kak Fida sebab sudi share resepinya. Meh skodeng resepinyer..


KEK MARBLEPUTIH TELUR - loyang 9x9 inch
Sumber asal Kak Fida

Bahan A 
250g putih telur
2 biji kuning telur
180 g gula halus
57 g air (paip)
250 g tepung gandum*- diayak bersama
1/2 camt baking powder*
1 camb ovalette
1 camt esen vanilla

Bahan B
200 g minyak sun flowers (Kak Fida guna mentega cair)
1 camb susu pekat manis
1camt butter oil-(tak boh sebab tak ada)

Bahan C
Pewarna yang kegemaran

Pukul telur, gula dan ovallet hingga gebu dengan menggunakan speed tinggi.
Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, teruskan memukul sehingga kental dan sebati.
Tuangkan minyak/ butter berselang seli dengan tepung. 
Gaul rata perlahan- lahan menggunakan spatula hingga sebati.
Bahagi adunan beberapa bahagian dan warnakan setiap satu.
Bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yang telah dilenser dan dialas dengan baking sheet.
Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40-45 minit (ikut kepanasan suhu oven masing- masing juga).
Sejukkan di atas radai kek sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba.


Thursday, August 16, 2012

Kek Lapis Cheese Watermelon



Assalamualikum semua, sejak buat kek lapis menjadi ni rasa macam GIAN nak melapis jer... semalam lydia buat kek lapis cis tembikai ni. sayang seribu kali sayang acuan ku kontot tak cukup tinggi sebab tu tembikai tu kemetot je, dah tu adunan banyak sesuai untuk loyang besa. Kalau tak salah my loyang kek ni 9x9 je..loyang kek biasa sebba kat Kuwait mana ada acuan kek lapis segi empat tepat. Bedal gak sebab teringin dan gian nak melapis..belen adunan tu lydia layer dalam pyrex cuma boh kaler lain (hijau kuning) dan rasanya leh buat roll nanti..insha'Allah ada gak veriaties dan dapat dimanafaatkan.
Tak ingat resepi ni dapat dari siapa sebab lama tersimpan kat folder, tapi sedap lemak berkerim jer untuk menambahkan spare tyre kat badan. Terima kasih empunya resepi Lydia tumpang CNP dia sini ya. Moga ilmu yang anda kongsiakn ni dapat dimanafaatkan oleh orang lain gak..


Kek Lapis Cheese Watermelon

Bahan A
10 biji telur (gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)
400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips

Pukul Bahan A dengan speed laju maksimum selama 4 minit.
Masukkan Ban\han B ke dalam adunan Bahan A,sediki demi sedikit hingga habis.
Teruskan memukul Bahan A+B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.
Pukul Bahan C-Butter & cream cheese,dipukul menggunakan kelajuan maksimum selama 3 minit.
Masukkan susu pekat manis,pukul rata.
Masukkan C ke dlm A & B tadi.
Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau,asal dan merah.
Bakar guna api atas sahaja.
Coklat nanti ditabur bagi lapisan yg berwarna merah(nak bagi nampak mcm biji tembikai).
Bakar sehingga selesai.
Note:- Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method.Menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana.

Kek Lapis Evergreen Ekonomi


Dah lama teringin nak baut kek lapis ni..tergoda selalu bila skodeng kat umah Dayang Jack & Bro Rozzan, sebab kek lapis dia org semuanya cantik- cantik belaka. Dulu masa kat Malaysia sebelum kawen pernah sekali TRY buat kek lapis rempah..sebab tak jadi biang dalam tong sampah dan jadi fobia nak menerai untuk kali keduanya. But alhamdulillah tak tahu sejak dok Kuwait ni, tetiba je pandai masak. Something yang mustahil bagi Lydia kini jadi kenyataan..
Mula nak buatkek lapis ni carik resepi yang paling murah sebba bakalu tak jadi tak ler bazir sangat, maka TERjumpalah resepi Kak Fida ni. Dengan serba kedaifan tanpa penekan kek dan loyang kek lapis pon lydia redah gak buat but alhamdulillah menjadik walaupon kemetot kerana acuan tu..jadilah nak isi perut sendiri kan..
Kat bawah ni resesepinya Lydia CNP dari Kak Fida. Terima kasih Kak Fida, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsikan ni..

Kek Lapis Evergreen Ekonomi kak fida@myresipi( loyang 9x6 / 7x7 inc)

250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
2 sb pandan pes
1 sk pewarna hijau
50g peket serbuk santan
170g cawan tepung naik sendiri - diayak
1/4 sk serbuk vanilli (opt)

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula.
Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
Tuang 1 1/2 senduk adunan(1 senduk nk lapisan nipis),ratakan ke dlm loyang yg dialas& digris dasarnya.
Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.
Bakar selapis2 hingga habis.
Lapisan terakhir,bakar api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.