Monday, June 03, 2013

SUP KETAM MY MOM


Sup ketam memang sedap , tapi tak ramai yang tahu yang ketam pon sedap kalau dijadikan sup. Pada kebiasaanya biasa ketam lebih sinonim dengan masak cili, goreng tepung, atau ketam masak lemak cili api, ketam goreng telur asin dan sebagainya. Sesekali mencuba sup ketam boleh tahan sedap jika kena caranya. Kalau nak buat sup ketam tu INGAT  pilih ketam yang fresh sebab ketam ni kalau dah lama memang bau jangan cakap le!!.. Lydia memang alergy ngan ketam, sotong dan udang. Kalau makan tak sampai bebrapa minit mulalah bengkak dalam molot kalau lagi banyak makan ia akan melarat ke luaran sampai bengkak- bengkak. Tapi sesekali tu teringin layan le sikit walaupon kesan sampingan tu ada Lydia pejamkan mata makan sedikit.Ketam ada macam- macam jenis. Ada orang kata ketam batu/ ketam nipah mujarab untuk demam denggi, betul atau tak wallaualam.. 

Kat bawahi ni sikit Info atau khasiat ketam
  • Ketam rendah kalori mengandungi +- 85-90 setiap 100g kalori (tergantung pada jenis ketam gak)
  • Ketam di percayai boleh merawat denggi
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap baik untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
  • Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Tips memasak ketam :- Sebaiknya ketam di masak dengan kulitnya sekali kerana terkandung khasiat yang terkandung dalam kulit ketam tersebut.

SUP KETAM MY MOM

4 ekor ketam- dibersihkan, buang kulit/cengkerangnya dan potong 2
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1 inchi halia*-ditumbuk bersama hingga lumat
Sedikit lada hitam powder
1 batang kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Kentang-didadu kasar
Carrot- didadu kasar
1-2 biji Fresh tomato- dipotong 8
sedikit minyak 
Daun sup dan bawang goreng- sebagai taburan

Dalam periuk, panaskan minyak.
Tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
Masukkan kentang dan carrot, kacau sebentar dan masukkan air secukupnya.
Bila kentang dan carrot empuk masukkan ketam dan lada hitam.
Renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan fresh tomato, daun sup dan bawang goreng.
Perasakan dengan garam dan biarkan seketika sehingga mendidih sekali lagi dan offkan api.
Sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment