Showing posts with label Biscuits/ Tart/ Snacks. Show all posts
Showing posts with label Biscuits/ Tart/ Snacks. Show all posts

Thursday, November 08, 2012

HOMEMADE BEPANG KACANG

Aaahhhh..bosan nya dok umah tak tahu nak buat apa..terlalu banyak masa ku dan terlalu perlahan rasanya masa berjalan. Setia hari kenalah cari XTVT nak sibukkan diri dari dok berlingkat depan Tv atau lapy. Projek hari ni buat Bepang. Lydia buakn suka sangat tapi dek kerana teruja teringin nak buat sendiri maka Lydia buatlah. Resepi ni dapat dari Chah Ramlah di FB. Walaupon yang Lydia buat ni Kureng cun tapi rasanya sama 1005 cam kita beli kat kedai. Nak buat ni memang siksa batin sebab nak kena cepat dan pantas kalau lambat dan gula tu keras memang payah la..
Tengok sajalah macam- macam saiz yang terjadi sebab Lydai ni terlebih pandai alas dasar loyang ngan wax paper. Ingatkan tak lekat kalau lapik rupanya lekat gak.. Hadoi memang fenin..lydia boh balik dalam microwave beberapa saat dan terus tarik wax paper tu baru ok..sib baik kalau tak memang ingat nak belanja cik tong dah..
Lydia buat separuh dari resepi di bawah sebab nak mencuba takut buat banyak tak jadi dan tak de sapa lak nak makan.
Alhamdulillah my asben suka Bepang ni siap cakap shukran sebab buatkan snack yang sedap ni..huhuhu..ilang rasa penat dan sakit tangan akibat panazzzz bila ada yang hargai. rasanya bepang ni boleh gunakan almond, pistachio dan macam- macam kacang lagi, tapi kacang tanah sajalah yang paling murah kan..:)
Shukran Chan ramlah dan izinkan Lydia CNP dan share kat sini ya..


HOMEMADE BEPANG KACANG
Rujukan Resepi Dari FB Chah Ramlah.
600g kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100g bijan- digoreng tanpa minyak (x letak)
600g gula pasir
2 camca besar magerin
Masak gula hingga golden brown dan semuanya hancur.
Masukkan magerin.
Bila magerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata.

Tuangkan atas loyang dan canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing- masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh patah gigi.

Bila dah canai cepat2 potong kerana adunan yang keras susah nak potong, memang siksa part ni tapi apa boleh buat..huhuhu
Pastikan pisau anda tajam, Nak senang guna pizza cutter je.

Saturday, August 18, 2012

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP


Biskut ke-3 dan rasanya setakat ini sajalah biskut rayaku sebab dah penat nak menyekut. Kalau baut kek senang, godek- godek terus tuang dalam loyang, masukkan dalam oven siap. Kalau biskut ni nak uli, canai terap, bako dan nuysun..perghhh memang tak suka kalau yang rajan macam Lydia.
Resepi dari kak Liza..thanks kak Liza..izinkan lydia CNP kat sini ya..



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP -Kak Liza
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B (gaul rata)
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum


Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C,25 minit/hingga masak.
Sejukkan dan simpan dlm balang kedap udara.

BISKUT BUNGA CINA




Biskut raya ke-2 CNP dari Kak Wan jer. Biskut ni kurang sweet so sesuai nak makan banya- banyak kalau yang ada sakit pon boleh joint semolot...hehhehee..Lydia buat 1/ adunan je sebab MALAS nak menekan so jadilah buat layan rasa teringin kat tekak tu kan. Lydia tak boh kaler just nuteral beauty gitu..bukan apa sebab posa- posa ni terlupa lak. Tapi tak per janji sodap. Thanks Kak Wan atas perkongsian ilmu ni..izinkan Lydia share kat sini ya.

BISKUT BUNGA CINA-By : Kak Wan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna ~ jika suka
sedikit putih telur


Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul.
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
Ambil sedikit doh, warnakan dengan warna~jika suka Sediakan loyang pembakar.
Leserkan dengan sedikit mentega.
Panaskan oven pada suhu 140C.
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih.
Tekan adunan di atas dulang pembakar.Buat sehingga habis adunan.
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina~supaya ceri tidak tertanggal.
Letakkan ceri merah di atasnya.
Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna

BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER

Biskut rayaku yang pertama.... dah lama tak buat biskut selalu masa ka Malaysia main tunjuk- tunjuk saja tak tahu apa angin melanda tahun ni Lydia buat kuih raya. Biskut ni lembut dan tak keterlaluan manisnya kerana Lydia kurangkan sikit gula tu dari 3/5 ke 3/4 je so pandai- pandailah ikut taste anda ya.
Thanks Noorsha sebab berkongsi resepi yang mudah dan sedap. Lydia CNP kat my blog kal untuk di sharekan ilmu supaya dapat dimanafaatkan oleh orang lain lak..



BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER-Sumber : http:// noorsha.blogspot.com

1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng & diblend
1 mangkuk tepung gandum
3/5 mangkuk gula halus
1/2 cawan peanut butter
Minyak jagung secukupnya
Bahan² Untuk Hiasan
kuning telur secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Kacang tanah secukupnya



Satukan semua bahan dlm mangkuk kecuali minyak jagung.
Gemburkan dan kacau agar bergaul rata.
Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus diramas- ramas adunan sehingga menjadi doh.
Pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak telalu keras.
Bulat-bulatakn atau terap doh mengikut corak yg diingini, susun dalam dulang pembakar, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan sebutir kacang tanah.
Bakar pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang.
Setelah masak,angkat biskut perlahan² sejukkan ke atas redai.
Hati- hati, biskut ni agak rapuh sewaktu panas, tapi jangan risau, tekstur biskut ni jadi sedang elok je bile dah sejuk.
Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara, dan lapis dengan kertas/ tissu untuk menyusun lapisan seterusnya.
Selamat Mencuba

Note:- Gna saiz mangkuk yang sama besar untuk setiap sukatan bahan

Sunday, February 05, 2012

Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart

200g mentega/majerin
100g gula ising
1 biji telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila

Kacaukan mentega dan gula ising sekadar sebati je.
Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
Tambahkan tepung gandum, gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
Tekankan kedalam acuan tat yg telah dilenser dengan mentega.
Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit/hingga masak.
Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

Inti Tat
250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 biji telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling
Pukul krim keju, mentega dan gula.
Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat.
Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling.
Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.

Monday, January 30, 2012

KEREPEK GUNTING (II)

Kerepek Gunting atau Kuih Gunting sama jerkan..
Wah dalam bulan ni dah dua kali buat kerana mendapat permintaan Pak Arab kat umah, katanya yang lepas tu sikit je tak cukup.. Bukan apa testing POWER dulu kalu dapat sambutan baru leh buat. Tapi kali ni tambah udang kering sikit. Dalam hati tu takut gak kot- kot my huby tak makan sbab sebab ada udang kering. Nasib la...my huby kalu nampak udang kering tak akan dia makan nyer sebab geli kot tengok udang tu, agaknya dia ingat ulat kot dok titon..hahahhahahaaa...
Seram sejuk gak sebab dah TERBUAT banyak takut tak mendapat sambutan,nanti cik tong yang kenyang. Alhamdulillah my huby suka sebab dia tak nampak dan rasa sangat udang kering tu..

KEREPEK GUNTING (II)
1Kg tepung gandum
1 cmt serbuk kunyit*
1 cmt cili powder* (ikut suka pedas)
1/2 cmt black peper powder*
2 camb udang kering*
2 camb jintan manis*
2 camb jintan putih*- dikisar bersama hingag jadi serbuk
garam/ perasa secukupnya
1/2 cawan minyak zaitun
air secukupnya
sedikit daun kari-potong kecil-kecil(optional)
minyak untuk menggoreng terendam

-Blend bahan*hingga jadi serbuk.
-Tuang bahan kisar ke dalam tepung.
-Masukkan garam, daun kari dan minyak zaitun,gaul hingga jadi seperti bread crumbs.
-Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai adunan kenyal dan tak melekat ditangan atau mangkuk adunan (Adunan ni lebih kurang macam tepung kulit karipap jer).
-Rehatkan doh selama 15 minit.
-Kemudian canai nipis- nipis panjang (Lydia guna mesin pasta jer).
-Taburkan tepung agar permukaan agar tidak melekat.
-Potong nipis menggunakan pisau/boleh di gunting (guna mesin pasta gak).
-Ulang proses mencanai dan memotong sampai habis.
-Tabur sedikit tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat antara satu sama lain.
-Bila dah garing angkat dan sejatkan.
-Simpan dalam bekas kedap udara.. SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 25, 2012

MY HOMEMADE KEREPEK/KUE GUNTING (I)

MY HOMEMADE KEREPEK/KUE GUNTING (I)

400g tepung gandum
1/2 cmt cili powder
1 cmt jintan manis*
1 cmt jintan putih* dikisar bersama
1 cmt garam*
4 cmb minyak zaitun
sedikit daun kari yg dipotong kecil
air secukupnya (lupa sukat..hehhehe)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Blend bahan- bahan* hingga menjadi serbuk.
Tuang bahan kisar ke dalam tepung.
Masukkan minyak, daun kari dan gaul hingga berderai macam bread crumbs.
Masukkan air sedikit demi sedikit, sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap).
rehatkan doh dalam 15- 20 minit.
Canai nipis- nipis dan potong panjang (lydia guna mesen pasta jer).
Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan melekat.
Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga keemasan, angkat dan sejatkan ke atas kitchen towel/ tissu.
Selamat mencuba..:))

Friday, September 16, 2011

KUIH TIRAM

KUIH TIRAM



Tak tahu yang mana satu betul nama kue ni..ada yang panggil kue tiram, kue lidah buaya, kue kapal terbang dan tah apa- apa lagi la..
Walau apa pun namanya tak kisahlah yang penting kue ni rangup dan lembut, tak keras pon so yang tak bergigi pon boleh makan.

500gm tepung
1 biji telur
2 camb margerin
sedikit garam
160ml air

5 cmb tepung jagung*
5-6 camb minyak masak*-satukan jadikan ia smooth paste dan ketepikan

Satukan tepung gandum, telur, majerin, garam dan air sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan senang diuli(kalau lembik tambah sedikit tepung dan begitulah sebaliknya). Bahagikan doh kepada beberapa bahagian/ bebola kecil sebesar telur ayam grade A. Ambil satu doh dan canai nipis. (kalau anda malas buat bulat besar dan canai, tapi anda akan dapat saiz yang lebar, dan kue anda pon secara autonatiknya akan menjadi besar).
Saya suka buat kecil- kecil kerana sennag nak simpan dan NGAP!
Sapukan doh yang telah dicanai tadi dengan paste tepung jagung, sapu rata macam sapu jem atas roti tu...
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari.
Ambil ketul doh kecil tadi, canai leper dan goreng hingga kekuningan. salutakan dengan gula halus atau kalau nak pedas sira dengan cili macam buat kerepek ubi.
Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, August 26, 2011

BISKUT MAKMUR

BISKUT MAKMUR

Hidup kat perantauan ni bukan senang nak cari bahan masakan melayu yang 100%. Kena guna otak sikitlah kalu nak masak, alkisah begitu jugalah dengan biskut ni... telah ku ubah suai intinya mengikut apa yang ada kat pantry tu. Kacang tanah ni pon satu, taim kita nak dia tak der so almond senang cari dan sentiasa ada je menghuni bersamaku kat umah so aku tukarlah sikit. Rasanya lagi sedap dari kacang tanah.. Try la kalu tak caya. Cuma rupanya kureng cantik..MALAS melanda buat ja beso- beso cepat sikit. Masa mula- mula tu bukan main comel dah lama boring kat dapo sorang- sorang..nah! hamik ko..



300g tepung gandum - goreng tanpa minyak sebentar, biar sejuk & ayakkan
50g gula castor
125g minyak sapi - dicairkan - sejukkan

Intinya:-
Kacang tanah - goreng tanpa minyak & kisar kasar (aku ganti almond)
Gula aising secukupnya
Campurkn tepung gandum dan gula, gaul rata. Tuangkan minyak sapi, gaul dan uli sebati. Ambil doh lebih kurang 10 gram, bulat- bulatkan, leperkan dan isikan sedikit kacang tanah/almond, bulat- bulatkan semula dan susun atas loyang pembakar, buat sampai abis. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu. Golek- golekkan biskut atas gula aising dan letakkan atas papercup, buat shinnga abis dan simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT KELAPA


Biskut yang simpel dan sedap. bau Aroma kelapa kering tu ahrum harum semerbak satu rumah bila bakar..tapi bagiku la kaler dia pucat macam demam jer sikit, len kali rasanya nak buat nak try add sikit tepung kastard bagi yellowish agaknya mesti cun kan?..lain orang lain la pandanganya pepandai jer nak ubah.. :-))

BISKUT KELAPA
80 gram kelapa kering
35 gram serbuk badam
225 gram tepung jagung*
150 gram tepung gandum*
1/2 cmt baking powder* - *satukn dan ayak
1 biji telur
130 gram gula aising - ayakkn
1/2 cmt esen vanilla
150 gram butter
Hiasan- 1 kuning telur/Ceri merah/Ceri hijau (aku tak de)/Kelapa kering
Satukan kelapa kering, serbuk badam, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder, gaul sbati dan ketepikan. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim dan masukkan adunan tepung sedikit- sedikit hingga habis, taim ni adunan jadi seperti serbuk roti. Masukkan butter sedikit- sedikit dan gaul hingga jadi doh yang lembut, bulat2kan kpd beberapa bahagian. Ambil satu bahagian dan canaikn setebal 1/2 cm, terapkn ikut acuan yg digemar, buat sampai abis. Sapu kuning telur atas biskut, taburkan kelapa kering sedikit dan letakkan ceri merah dan hijau, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit, ikut oven masing- masing. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

POPIA MINI CHICKEN FLOSS

HARI INI DALAM SEJARAH hidupku buat popia mini..

Nak beli tak ada di jual di sini, tekak nak makan itu ini. Teringat chicken floss pemberian Kak Pah Oum Kareem masih ada apa lagi dgn pantas aku change inti maka jadilah POPIA MINI versi derhaka ni, sedap la...mau tak sebba sebab tak yah penat buat inti..save masa dan kerja ku.
Tapi apa- apa pun aku tabik spring TOINGGGGGG... la kat akak- akak yang ambik oder jual popia atau karipap mini ni sebab leceh giler nak buat benda- benda kecik ni one by one, kalu kat Malaysia jangan mimpilah aku nak buat siap $ jer beli. Nak habiskan 1/2 packet pun macam nak putus urat leher. Bukan senang nak cari rezeki halal kan? Tu la tiap manusia tu Allah ciptakan dengan kelebihan kelebihan tersendiri.....


Popia Mini
kulit popia secukupnya
putih telur yang dicampur dengan sedikit air
inti-chicken floss secukupnya
minyak untuk menggoreng
Masukkan sedikit inti ke atas kulit popia dan gulung kecil memanjang. Sapukan dengan putih telur supaya ia melekat. Buat sehingga habis dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

CORNFLAKES MADU

Hai, raya kat perantauan lagi la tahun ni. Memang raya kat sini tak best langsung dan selama 6 tahun berhari raya di perantauan ni tak pernah sekalipun terlintas di kepala otakku nak buat OPEN HOUSE, jauh lagi nak buat kue..tah apa mimpi tahun ni terasa nak buat kue kerana nak balas pinggang ipar yang bagi kue, tu jer..so carik le resepi yang paling simple dan cepat siap...huhuhu cornflake ni bagi kat budak tadika pon leh buat. Tapi aku tak guna gula walau sedikit pon just madu jer dan cornflake pun guna cornflake diet.


CORNFLAKES MADU


150 gram cornflakes
60 gram butter
80gram madu
Hiasan :- Manik warna warni
Cairkan butter masukkan,madu dan cornflakes gaul rata. Susun mini papercup, ambil sesudu dan sudukan ke dalam papercup, buat sampai abis, taburkan manik warna warni atas cornflakes. Bakar dgn suhu 170C selama 10 minit jer. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.