Showing posts with label Sup/Soup. Show all posts
Showing posts with label Sup/Soup. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

SUP GEAR BOX LEMBU ARAB

Musim sejuk- sejuk gini kalau dapat makan sup panas- panas memang best. Lydia ni memang salah seorang penggemar sup tak kira masa dan apa saja clear soups. Walaupon sup yang lydia buat ni tak setanding sup yang Tok buat menggunakan dapor kayu api tetapi jadilah untuk mengubat rindu makan sendiri. Sememangnya this is my 1st time masak sup gear box,selalu my mom atau Tok je masak. Rasanya lydia rebus dalam periuk presure cooker selama 3 jam barulah lembut dagingnya. Abis la gas nanti sapa lak nak tolong tukarkan :(
Lydia buat sup ni untuk berbuk puasa tadi..hirup sup ni tak yah makan nasik pon ok dah kenyang. Nasi yang lydia boh dalam pinggan tu lydia simpan balik sebab tak makan pon. Sememangnya beginilah kalau makan sendirian berhad...
Meh tengok resepi lydia yang sempoi ni..
Oh ya! kalau anda suka pedas leh gak ketuk cili api boh masa last minutes sebelum offkan api baru berasap telinga masuk gear 1..hehehheeeee..


SUP GEAR BOX LEMBU ARAB
Tulang gear box/ lutut lembu
Tulang ribs/ daging
4 ulas bawang kecil(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
1 inci halia(diketuk sedikit)
1/2 camt lada sulah powder
Sdikit batang celery
Mnyak utk menumis
Kulit kayu manis*
Bunga lawang*
Bunga cengkih*
Buah pelaga*
Air secukupnya
Garam/ perasa
meeat tanderizer

Bahan tabur
daun sup/ daun bawang
bawang goreng

Basuh bersih kesemua tulang/ daging.
Bila dah mendidih buangkan air dan gantikan air baru, masukkan celery serta halia dan meat tanderizer.(Saya selalu buat macam ni kerana untuk menggurangkan sedikit lemak tepu)
Rebus sehingga isi pada tulang lembut(nak tau lembat ke tak tengok isi akan tertanggal sedikit dari tulangnya).
Dalam periuk lain, panaskan minyak tumiskan bawang hingga terbit baunya, masukkan bahan bertanda dan serbuk lada sulah, bisrkan sehingga terbit baunya dan masukkan ke dalam periuk yang menggandungi tulang/daging tadi.
Masukkan garam/ perasa,reneh sehingga daging empuk sepenuhnya.
Kalau suka anda boleh potong tomato 4 bahagian dan masukkan ke dalam sup selama 5 minit. Saya tak letak sebab terlupa.
Matikan api, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sedia untuk dinikmati.

Note:- Kalau anda suka masam leh perahkan sedikit lemon/lime semasa nak makan.

Tuesday, July 24, 2012

MY EASY WAY INDONESIAN BEEF BALL BAKSO SOUP


Apa saja sup memang menjadi kegemaran Lydia asalkan ianya tak pedas. Bakso adalah once of my favorite sup. Lydia hanya pernah makan dan mula berjinak- jinak dengan bakso ni sedari di Malaysia dalam sekitar tahun 2000an setelah di perkenalkan oleh seorang perempuan Indonesia sewaktu membeli makanan dekat my mom house. Sekali makan hari- hari mau (HARIMAU).. tapi Lydia suka versi kosong jer tanpa perlu diletakkan sambal/cili dan cuka.
But today Lydia buat bakso sup kosong jer sebagai juadah berbuka puasa di hari yang ke-4 kerana tak lalu makan arabic foods..
Resepi ni kawan Indon yang ajarkan, memang sedap dan tak jemu rasanya. Walaupun masak bakso '0' tapi bersama ini lydia sertakan resepi lengkap bagi yang nak mencuba..

MY EASY WAY INDONESIAN BEEF BALL BAKSO SOUP

for the Soup
1 kg tulang lembu
1 kg Bakso beef balls
5 cloves of garlic*
3 ulas bawang merah*
1 inchi halia*
1 biji buah keras*- ditumbuk lumat bersama
1/8 camt serbuk buah pala
1 beef cubes
Air secukupnya
1/2 camt white pepper
garam secukup rasa

500g mee kuning- dicelur sebentar
beansprouts
Sawi

Garnishing
bawang goreng
daun sup/ daun bawang
cili hijau jeruk

Dark Chilli Sauce/ sos kicap
10-15 cili padi(bird's eye chilli)
3 ulas bawang putih
1 cawan sweet soya sauce (kicap manis)
Blend semuanya hingga lumat.

Masukkan tulang lembu dalam periuk presure cooker dan rebus sebentar hingga mendidih.
Buangkan air rebusan pertama.
Dalam presure cooker masukkan air, bahan tumbuk, serbuk buah pala dan white pepper.
Rebuslah hingga daging /tulang empuk dan masukkan beef cube serta garam secukup rasa.
Masukkan beef ball (bakso) dan terus merebus lagi hingga beef ball lembut.
Tambahkan air jika perlu.
Matikan api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee/ bihun/soohon kegemaran anda.

Cara menghidang:-
Masukkan mee/ bihun/ sohoon ke dalam mangkuk.
Masukkan beberapa biji beef ball/bakso.
Taburkan dengan daun bawang/sup, bawang goreng, taugeh dan sawi secukupnya.
Masukkan sos kicap, dan cili api tumbuk serta cuka.
Akhir sekali masukkan kuah dan sedia untuk dihidangkan panas- panas.

Sunday, July 22, 2012

Meat in Yogurt Sauce (Shakriye)



Assalamualikum salam sejahtera semua. Hari ni dah 2nd day of Ramadhan di tanah arab. Menu hari ni memang lain sikit bagi yang tak biasa ngan rasa dan bau dry yogurt ni memang tak leh makan laaaa...
Kali pertama di hidangkan makanan ni kat umah kakak ipar memang tak leh jalan la ngan rasanya sebab Lydia memang bukan pengemar yogurt tambah lagi yogurt kering ni memang sikit bau la. Sebenarnya Shakriyr ni adalah asas sup yogurt saja. Ianya selalu di hidangkan bersama Roz Shariye atau Freeke ataupon Burgul sebagai makanan utama lunch. Tapi hari ni Lydia masak shakriye buat hb berbuka makan ngan Freeke dan fatush salad..



Meat in Yogurt Sauce (Shakriye)

2 camt ghee
500g meat/lamb, trimmed of fat and cubed
1 kiub beef stock
1 helai bay leaf
2 cloves garlic- crushed
500 ml liquid jameed (dry yogurt)
Salt secukup rasa
a pinch of dry mints
air secukupnya untuk merebus daging
Panaskan ghee dalam periuk, masukkan daging dan gorengkan hingga light golden brown.
Masukkan bawang putih dan saute' hingga naik bahu saja.
Masukkan air, bay leave dan rebuslah daging hingga lembut, tambah air jika perlu.
Masukkan jameed dan beef cube ke dalam rebusan daging.
Biarkan mendidih di atas api yang kecil.. kacau selalu.
Bila dah mendidih masukkan dry mints dan matikan api.
Sedia untuk dihidangkan dengan Roz Shariye atau Freeke.

Wednesday, June 27, 2012

Salsa Tomato (Dakous)




Salsa Tomato (Dakous)

2 tbsp oil
1 small onion, chopped
3 cloves garlic, chopped fine
1 tbsp lemon juice/ white vinegar
4 medium tomatoes- blend without water
2 tbsp tomato paste
1/4 cup water
Salt to taste
1 pcs loomy

Fry onions and garlic till golden.
Add remaining ingredients, stir and simmer 5 minutes.

Monday, February 06, 2012

SUP TULANG ALA SIAM

My favourite sup..ala-ala tomyam tapi bukan tomyam..masam- masam gitu look like sup ekor kot:)))..Kalu suka pedas leh ketuk cili padi taruk dalam sup banyak- banyak, kalu demam sure kebah... Memang kemeran kegemaran Lydia sedari di Malaysia dolu- dolu dan selalu buat..Resepi dapat dari mana? Hahahahhaaa..tak tahu dari otak sendiri sesedap rasa. Buat untuk lunch ari ni dan Mr. Hb makan stuffing zuchini/koosa mahashi jer.
Wah!!! betul betul terangkat lah sup ni!!!! Cewah puji sendiri, kalau kita tak puji sapa nak puji..my Mr hb kat umah memamg tak mau makan punya..
Jom layan resepinya kat bawah!!! try tau…. jangan tak try……..

SUP TULANG ALA SIAM
1kg tulang lembu - dipotong sederhana besar
3 batang serai - dititik
1 inchi halia - diketuk sikit
1 inchi lengkuas - diketuk sikit
2 biji tomato - dibelah 4
2-3 helai daun limau purut
air secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 batang kayu manis*(tumis)
6 biji bawang merah- dimayang halus
3-4 ulas bawang putih - didadu halus
cili padi(jika suka)
1 camt serbuk lada hitam**
1 camb serbuk ketumbar**
1 camt serbuk jintan kasar**
1 cmt serbuk jintan halus**(**dikisar halus)
2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji kentang sederhana besar di kupas kulit dan dipotong 6
1 batang carrot di potong ikut suka
Hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng, untuk hiasan

Bersih tulang dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan bahan kisar halus hingga harum.
Masukkan tulang, gaul rata dan biarkan selama 5minit.
Masukkan air dan rebus sehingga tulang empuk (guna presure cooker jer).
Masukkan kentang dan carrot, bairkan hingga empuk.
Masukkan garam secukup rasa dan secubit masukkan tomato,serta bawang besar (kalau suka boleh masukkan cili api yang diketuk sedikit) renehkan selama 2 minit lagi dan matikan padi.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedia untuk dinikmati dan juga enak dihirup begitu saja..
Note:- Kalau nak masam add sikit perahan lemon jus.

Sunday, February 05, 2012

TOMYAM TUMIS

Hari ni dah memang dah plan nak buat seafoods feast..sebab Lydia goreng ikan ala arab untuk my hb dan for me tak tahu nak makan apa so terlintas kat otak ni nak something sup yang masam.. Nama jer tomyam campur tapi tak letak sotong, bukan apa takut En. Hb nak tumpang sekaki sebab dia tak makan sotong (monster..hehehhe).
Actually tomyam ni bukanlah my favorite cuma sesekali teringin buat la, maybe 1-2 kali setahun kot. Dulu masa kat Malaysia kalau makan kat luar pun jarang oder tomyam sebab tak tahan pedas….. Lydia cuma tahu memasak tomyam sejak merantau jauh ni sebab dulu masa mula- mula datang Kuwait tak tahu mana nak carik but not now dah banyak tempat leh carik.
Jom layan jer resepi Lydia kat bawah….
Tips:- Jika masak tomyam siapkan 1 periuk kuah tomyam dan daging terlebih dahulu tetapi jangan mencampurkan ayam, udang, sotong dan sayur-sayuran. Potong ayam, seafood dan sayur-sayuran dan simpan dalam es box. Bila time nak makan baru ambil sedikit kuah tadi ( buat dalam periuk lain), panaskan semula baru masukkan ayam, seafood dan sayur-sayuran!. Untuk kuah yang asal tu simpan dan panaskan selalu. Boleh tahan 2 hingga 3 hari!!. Satu lagi sebabnya buat macam ni untuk mengelakkan seafood dan sayur tu mengecut jika terlalu lama terendam, kalau makan tomyam dengan semua bahan didalamnya kecut-kecut tentu tak best dan merosakkan mood nak makan kan!

Tomyam Tumis
isi ayam -potong kecil
udang
1 liter air
2 batang serai
1 inci lengkuas -dihiris
1 biji tomato
1 labu bawang besar -potong baji/bulat
1 camb pes tomyam
1 kiub ayam/daging
2 cmt sos ikan (nampla)
sayur- sayuran pilihan anda
daun ketumbar
daun limau purut
jus lemon-ikut masam
minyak untuk menumis

Dalam periuk, tumiskan tomyam paste hingga pecah minyak.
Masukkan serai,lengkuas,daun limau purut, isi ayam, air dan masak sehingga empuk.
Masukkan udang, sayur- sayuran, buah tomato dan bawang merah.
Biar mendidih masukkan sos ikan, garam, jus limau, dan daun ketumbar.
Angkat dan hidangkan.

Friday, December 02, 2011

Sup Tulang ala Siam

Sup Tulang ala Siam


1/2 kg tulang rusuk- potong ikut suka
sedikit daging- potong cube
1 biji bawang besar- belah 4
1 biji tomato-belah 4
2 ulas bawang putih- dihiris halus
1 inci halia diketuk sedikit
bunga cengkih*
bunga lawang*
kulit kayu manis*
buah pelaga*
laad sulah
6-7 biji cili padi diketuk
1 batang serai- diketuk sedikit
1 biji limau nipis/lemon- diperah jusnya(ikut suka masam)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air secukupnya
daun sup, daun bawang dan bawang goring secukupnya

Basuh tulang dan daging, toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam, rebus hingga empuk bersama halia dengan mengunakan api perlahan, untuk hasil memuaskan saya guna pressure cooker,(jimatkan masa dan tenagaku hehehe).
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus* hingga wangi, tuangkan ke dalam periuk sup.
Biarkan sup mereneh dengan api perlahan, masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato, seleri, serai dan garam.
Masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris.
Padamkan api apabila dan sendukkan sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia untuk dinikmati.
NOTE:- Kalu nak extra pedas atau masam tambahkan cili padi dan jus limau nipis/lemon.

Friday, April 15, 2011

Shroba Addas/ Lentil Soup

Kalau anda berbuka puasa di rumah orang- orang Arab sup ni memang sentiasa ada sepanjang bulan Ramadan...Sup/shorba dalam bahasa Arab ni amat popular pada bulan Ramadan bagi negara- negara BALADI SHAM (Jordan, Syria, Lubnan dan mungkin juga Palestine) dan menjadi hidangan wajib sebagai pembuka selera sewaktu berbuka puasa setiap hari. Sup/shorba ni selalunya dijadikan hidangan awal sewaktu berbuka, ia dihidangkan bersama taburan roti goreng di atasnya (roti pita arab yang di potong kecil- kecil dan digoreng garing ala keropok). Tapi AWAS kalau sapa- sapa yang ada gastric/ angin tu ..mula berbuka terus hirup sup ni tiap hari mau kembong perut dibuatnya..
Alhamdulillah suami saya tak request saya masak sup ni tiap hari dalam bulan Ramadan sebab seleranya juga dah tak jadi 100% macam orang arab lain, hanya sebulan 2-3 kali jer saya buat..

SHROBA ADDAS (Lentil Sup)
Bahan-bahanya:-
1 cawan kacang dhal
1 labu bawang besar-di dadu kecil
3 ulas bawang putih-dicincang halus
1 cmt all spices
1 cmt cumin
1/4 cmt serbuk lada hitam
4 cwn air
1 kiub parti ayam MAGGI
Garam secukup rasa
How to prepare:
Rebus semua bahan hingga hancur, lebih kurang 1 jam di atas api yang perlahan dengan periuk ditutup sedikit (tu guna cara tradisi..tapi bagi yang rajin nak mencuci pekakasan tu senang jer,lepas dah agak- agak dhal dah lembut, blend je kejap dhal tu dan masukkan semula ke dalam periuk dan masak semula atas api 5-10 minit hingga mendidih. Tapi ingat kalau ada daging tu asingkan dulu jangan blen jer semuanya nanti patah blender tu kalau di buatnya dagin yang bertulang..saya tak jamin..) Hidangkan panas bersama taburan roti pita arab goring di atasnya. Sup ni pekat macam creamy sikit tapi memang sedap..
Note:- Kalau nak lagi sedap boleh masukkan daging/ tulang..rebus bersama addas/ dhal.
Lentil soup is recognized as a highly nutritious, particularly good source of protein, dietary fiber, iron and potassium.