Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Dah lama tak update blog sebab sejak kebelakangan ni mood MALAS makin menjadi- jadi. Hari ni Lydia nak jawab sikit la pasal cara masak nasik arab guna basmathi sebab ramai yang dok antar soalan kat my FB tanya pakai beras jenis apa, bagaimana cara masak dsb..
Cara Lydia senang saja dan Lydia
Kepada sesiapa yang selalu tanya Lydia Honey..macam mana cara masak nasik nampak beras tu panjang tak patah-patah, ni adalah sedikit jawapan ikhlas Lydia
Dulu Lydia memang tak tahu masak nasi, selalu terlembik atau keras/mentah..puas berusaha dan mencuba, selalu kena perli ngan FIL, bertahun gak la ulat bulu ni nak jadi rama-rama..hehhehe..akhirnya berkat usaha dan kesabaran sendiri Lydia boleh masak sekarang tanpa mengalami banyak masalah, Alhamdulillah..
Kalau gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya..berusaha dan terus berusaha kerana cara masak..sukatan air serta jenis beras juga memainkan peranan yang penting.
CARA PERTAMA (ni yg pro sikit la)
PETUA my sis in law yg 100% arab:-
1) Cuci beras hingga jernih/bersih airnya, JANGAN mamas beras tu just macam kaup balik jer ya..
2) Rendamkan beras (terendam sepenuhnya) dan masukkan 1 camb garam selama 30 minit minimum, kalau lebih pon ok, sejat dgn penapis dan sedia untuk dimasak. Kadang- kadang Lydia rendam sampai 3-4 jam but alhamduillah masih ok cantik dan berderai agaknya beras yang lydia gunakan ni lasak ya.. tu kakak ipar gak ajar.
3) Kalau tak sempat nak rendam lama, lepas cuci rendam ngan air panas + garam = tapis dan masak..
KENAPA RENDAM DAN MASUKKAN GARAM..no idea..bila tanya SIL katanya bagi beras lembut, gebu dan berderai. Sukatan air untuk beras yang Lydia guna 1=1.5( 1c beras+1.5C air)
4) Lagi satu masa masak nasi tu jangan over kacau, just sesekali cakar ngan garfu dah ok..gunakan air panas/ stock/sup yang panas mengelegak masa nak masak supaya beras cantik jadinya..
5) Gunakan api yang besar dan tutup denagn penutup periuk. Bila air dah nak kering, perlahankan api seLOW yang boleh, cakar sedikit dengan garfu, cover periuk dengan aluminium foil dan tutup dengan penutup periuk. Tanak seperti biasa selama 10-15 minit. Kalau tak de aluminium foil gunakan je kitchen towel mcm kukus kue.
6) Offkan api dan biarkan nasi dalam periuk selama 5 minit, buka penutup/aluminium foil/ kitchen towel serta cakarkan sedikit dengan garfu..
7) Sedia untuk dihidangkan.
CARA KEDUA.. yg kureng yakin
1) Cucu & rendam beras macam CARA PERTAMA
2) Dalam periuk, panaskan air hingga mengelegak. Guna air yang banyak macam rebus pasta, masukkan sedikit minyak masak/ ghee, kalau nk boh spice ok jer..bila dah benar2 mengelegak..masukkan beras yg telh ditoskan tadi, biarkan nasik masak 3/4..agak-agak hampir nak masak la macam buat nasik Beryani India. Guna api sederhana besar, bila dah 3/4 masak tuangkan/ tapiskan air dan tinggalkan sedikit je kira not to dry sangat la masih sikit berair.
3) Masukkan nasi yang 3/4 masak tadi yang sikit beair tu , tutup periuk dan kecilkan api, tanak sehingga masak dalam 10-15 minit. Boleh guna aluminium foil/kitchen towel gak
..
4) Bila dah masak rehatkan nasi dalam 5 minit baru gembur dan hidangkan.
Insha'Allah cara ni sesuai untuk yang abru nak belajar masak like me before.
NOTE:- Kalau nasi agak keras atau mentah..renjiskan sedikit di atas nasi tu dengan sedikit air dan cover periuk, tanak semula selama beberapa minit.
Itu sjalah cara Lydia masak nasi selama ni dan kalau anda try my resepi ni tolonglah masak ikut bahan- bahan atau ramuan yang telah Lydia berikan bukannya masak ikut suka hati, bila tak dapat rasa yang di ingini jangan nak blame me kata tak rasa arab la..rasa nasik minyak biasa la hapa lah, tapi bila tanya balik awak guna bahan macam mana dia leh selamba jawab guna je apa bahan biasa yang ada kat umah cam tumis nasik minyak melayu.. memang la tak jadi past tu nak malukan orang, Alhamdulillah.
Buat pengetahuan kawan2 Lydia kawen ngan orang yang 100% arab bukan kacukan taw..hehehhe. Tulen banggg.. My hubby selalu komen apa yang terlebih atau terkurang kalu Lydia masak so dari situ Lydia berlajar. Lydia memeng pemilih dan cerewet bab makan sendiri pon, sedangkan makanan melayu Lydia tak boleh makan semuanya inikan arab...banyak makanan arab lydia masak tapi lydia tak makan tau.
Alhamdulillah, kebanyakkan penyumbang resepiku semuanya mak, nenek atau sis arab yang 100% arab yang resepinya diturunkan turun temurun dari keluarga mereka. Kalau ada yang dah claim resepi Lydia ni tak ORI atau campur- campur tu MAAFlah sebab tak pernah pon Lydia buat cam tu sebab my husband ni cerewet bab makan. Maybe Ur resepi kot campur- campur..hehhehee..cerminkan diri sendiri sebelum nak kata orang. Memang sakit hati baca tapi Lydia terima dengan Alhamdulillah kerana tak tahu apa motif dia kata gitu. Lydia share ilmu FREE tanpa kenakan bayaran pon. Suka- suka nak share ngan kawan- kawan yang sudi nak cuba my homemade cuisine.
Dah selau terfikir sedari sebelum ada FB dan Blog ni lagi rasa macam nak buka restoran arab balik. Dulu kami ada arab restoran kat BB KL, ada 4 chef dari 4 negara yang bebeza:-
1-Yemen
2-Lebenon
3-Syria
4-Mesir..
Semuanyer kedekut ilmu, tapi time tu tak minat pon nak tanya sebab busy dengan customer dan running sana sini, lagipon bini bos buat apa sibuk2kan diri nak masak, kalu nak mintak jer. Penat sangat rasanya dengan restoran ni..tapi kalau ingatkan balik cam best lak... tah la pasang angan- angan mat jenin panjat pokok kurma kat sini je la. My hubby bagi galakan tapi kena running sendiri la, so MALAS la sebab dia dah busy kat sini. Kalau cam tu memang tak mungkin la kot sebab tak terkejar.. Nampak je mudah tapi Allah yang tahu betapa susah nak menapak dan bukan senang nak maintain quality kalau kita boss tak turun padang takut orang hantar produk tak berkualiti..
Waaaa..makin jauh melalut dah la sekian sajalah untuk kali ni malas nak bebel stress lak orang baca nanti dan inilah ilmu serta rahsianya cara Lydia
Dulu time baru belajar masak memang Lydia guna kaedah 1/2 cook beras tu past tu sikit pandai upgrade guna aluminium foil but not now, alhamdulillah dah pandai sikit nak agak jarang guna aluminium foil lagi, tapi kalau masak berkilo beras sesekali tu Lydia guna aluminium foil ler sebab takut ngan big amount.
Maaf kalu ada bahasa yang kureng..hehhhe..
Note:- Kalau tak guna aluminuim foil pon ok kalau anda yakin kalau tak ada aluminium foil kat umah tu, amik kain/tuala bersih, cover periuk kemas- kemas dan tutupkan dengan penutup periuk rapat- rapat supaya wap panas tek terkeluar (cam kukus kue) dan insha'Allah nasi akan masak dengan elok dan sempurna..
Lagi satu kalau masak nasik yang guna santan/susu/tomato paste kurangkan sikit air@ stock ye sebeb mudah lembik..hanya nasik melayu jer pakai susu@santan..hehhe
Mmmm..ada lagi satu (banyak lagi daaaa..), kalau boleh belilah beras basmathi yang kaler sikit yellowish sebab beras tu tak mudah patah. Ianya akan jadi panjang canti jer..tu beras yg lydia makan selalu
Gud tips..thank u :)
ReplyDeleteSophie..welkam, moga tips yg ciput ni membantu anda
Deletethank you very much.very informatie.no wonder lah selamalama ni I masak ada jer yg tak kene. 1st time tau these steps .....soalan : kalau kita masak dengan api besar and tutup dengan penutup periuk (like you mentioned diatas , takut membuak ek? kene jaga lah ye? selalunya masa api besar tu akak biarkan terbukak , later masa kecilkan api tutup tak rapat. yg lydia maksudkan diatas ni, tutup rapat ke ? tks
ReplyDeleteNina Malinda, we learn frm our mistakes.. lydia pon selalu masak tak menjadik last2 buka mulut tanya my SIL & tengok dia masak baru la faham & now alhamdulillah masak without aluminium foil atau 1/2 cook rice pon dah ok rasanya.
Deletesoalan : kalau kita masak dengan api besar and tutup dengan penutup periuk (like you mentioned diatas , takut membuak ek? kene jaga lah ye?
JAWAPAN: I MEAN API BESAR TU KIRA NORMAL API BIASA CAM AMSAK LAUK KE SUP KE HAPA HE..BUT KENA SENTIASA BERWASPADA LA TAPI TAK LAMA DALAM BEBERAPA MINIT DAH KERING PON TAK YAH TUNGGU KAT DAPO LELAMA.selalunya masa api besar tu akak biarkan terbukak , later masa kecilkan api tutup tak rapat. yg lydia maksudkan diatas ni, tutup rapat ke ? tks
JAWAPAN:TUTUP NGAN PERIUK NYER COVER BILA DAH KERING BARULAH SLOWKAN API, TUTUP NGAN ALUMINIUM FOIL ATAU KAIN & PERIUKNYER COVER.. DAH NAMPAK NASIK MASAK OFFKAN API, BIARKAB DALAM 5 MINIT+- BARU BUKA SEGALA PENUTUP & CAKAR NASIK SLOWLY, BERMULA DARI ATAS HINGGA KE BAWAH NGAN GARFU. INSHA'aLLAH NASIK AKAN ELOK JE. KALAU TAK CONFIDENTS LEH GUNA OTHER KAEDAH LIKE 1/2 COOK BERAS CAM BUAT BERYANI.
Harap membantu yer
Thanks for the sharing....ilmu yang sangat menafaat
ReplyDeletewelcome..kewajipan kita sesama muslims ..
DeleteTq for the tips Lydia. Bravo!
ReplyDeletewelcome :)
DeleteTq for all d tips, tapi saya rasakan boil 3/4 cook rice tu lagi mudah, tak takut nasik lembik ataupun keras. Anyway thanks for all d good recipe...
ReplyDeleteTQ so much for the info....sgt2 membantu
ReplyDelete