Friday, January 06, 2012

HOMEMADE KEROPOK LEKOR IKAN TAMBAN/SARDINE

HOMEMADE KEROPOK LEKOR IKAN TAMBAN/SARDIN

Sejuk-sejuk ni tengok apa pon lapar je, mulut tu asyik nak mengunyah dan badan lak nak berlengkar malas..hehehe..Resepi ni dah lam tersimpn tak pernah cuba tapi nekadkan juga nak buat tapi kali ni guna ikan tamban/sardine. Keropok ni agak gelap sikit, kerana jenis ikan yang digunakan, tak macam my 1st keropok putih jer sbb iakn kembong. Resepi ni Lydia CNP dari Kak Noor Masri, tak pe ya kak cilok sikit. 1st resepi dulu Lydia guna ikan kembung dan tepung kanji jer tapi resepi ni Kak Noor Masri guna 2 jenis tepung. Jom tengok resepi dan try buat sendiri..

2 cawan isi ikan
2 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garam
ais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka


Bersihkan ikan.
Asingkan tulang dan isinya, mesinkan isi ikan sehingga hancur.
Masukkan tepung jagung dan tepung kanji, mesin sekali lagi, masukkan sedikit demi sedikit air sejuk ais hingga mendapat adunan lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras.
Uli dengan tangan membentuk saiz memanjang.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan keropok lekor, rebus dan angkat dila anda nampak keropok timbul dipermukaan air macam buah Melaka.
Sapu sikit ngan minyak masak bagi nampak kilat dan tak kelak kalu nak simpan dalam es box.
Boleh dimakan terus atau digoreng.

No comments:

Post a Comment