Friday, June 15, 2012

CUCUR NASI UDANG KERING


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu bagi yang berada di Tanah Arab dan selamat berhari jumaat pada kengkawan yang lain tak kira di mana anda berada. Moga anda semua ceria di samping keluarga. Petang-petang macam ni biasanya mesti ada kuih muih ataupun kek untuk minum petang kan?
Hari ini Lydia buat cucur nasi udang kering je sebagai sarapan pagi merangkap lunch dan minum petang. Bukan apa nak cover perut kerana jap lagi nak g piknik ngan kawan kat pantai sambail makan ramai- ramai, so kenalah adjust perut supaya tak terover makan for today(pandai tak lydia balance perut..hehehhe?).
Kalau makan reramai memang syok tak sedar bertambah- tambah, kalau kat umah dok makan sowang- sowang nasik 1 senduk pon payah nak abiskan.
Resepi ni diadaptasikan semasa merayau kat umah Yatie. Tapi Lydia tukar dan tambah sesedap rasa. Maaf yer Yatie...almaklumlah dok di perantauan ni bukannya serba serbinya ada kat pantry tu. Yatie buat guna ikan bilis tapi Lydia gantikan ngan udang kering kerana bilis yang baik payah nak dapat kat Kuwait ni kalau udang kering from Malaysia ada dijual di supermarket so tak sayang la kalau cepat abis sebab senang nak beli lagi..kalau bilis ni kena kemut sikit..
Cucur nasi ni sedap dan wangi jer baunya, dah tu tetap lembut walaupun dah sejuk. Kalau U olls nak rasa my version ni, bolehlah mencubanya. Sedap di makan bersama sos cili ataupun sambal tumis kalau yang makan pedas tu cicah ler ngan sambal tumis...



Cucur Nasi Udang Kering

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air +-
1 biji bawang besar -didadu kasar
1 gengam udang kering
2 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cmt baking powder (* Lydia pandai add sendiri)
1/4 cmt baking soda (* Lydia pandai add sendiri)
3 camb bawang goreng (* Lydia pandai add sendiri)
garam secukup rasa
1 biji lada besar merah dicincang halus (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
Minyak untuk mengoreng terendam

Blend nasi, bawang besar, garam, udang kering bersama air hingga sebati.
Masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, bawang goreng dan terus kisar lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam bekas, campurkan dengan cili atau daun bawang/sup dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur sehingga garing golden brown atau hingga masak.
Selamat Mencuba...
Note:- enak dimakan dengan sos pilihan anda

No comments:

Post a Comment