MASH POTATO/ KENTANG PUTAR
5 biji kentang bersaiz besar.
40g butter
5cmb fresh milk
Garam
Serbuk lada hitam/lada sulah secukup rasa.
Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk.
Bila empuk, toskan air dan terus lenyek kentang dalam keadaan masih panas.
Masukkan susu segar dan mentega, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam/ lada sulah.
NOTE:- Sekiranya nak kentang putar ni lagi lemak berkrim, boleh gantikan fresh milk dengan double cream atau whipping cream.
Sos Kentang Putar.
500 ml air
1 biji bawang Holland putih*
1 batang celery*- cincang halus
1 kiub Pati Ayam MAGGI
80 g butter
4 3cmb tepung gandum
1 cmb sos tiram
1 cmt serbuk lada hitam
Sedikit kicap pekat-kalu nak kuat sedikit gelap warnanya
Masak air dengan masukkan kiub pati ayam MAGGI, celery dan bawang. Masak sampai mendidih selama lebih kurang 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum, kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan.
Tuangkan air rebusan, kacau sampai kuah menjadi likat.
Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
Akhir sekali, masukkan serbuk lada hitam, kacau sebati dan tutupkan api.
Sedia untuk dihidangkan dengan kentang putar tadi.
Selamat Mencuba..
No comments:
Post a Comment