Saturday, January 21, 2012

PISANG TANDUK KAMBING GORENG BERBIJAN

Srapan pagi sabtu ni..PISANG TANDUK KAMBING GORENG BERBIJAN (goring pisang ke pisang goring..selau confiuse?..kalu salah jangan mare ek....). Bukan apa semalam TERtengok cekodok kat dapo Kak Che Ct bukan main bulat dan gebus lagi melambai- lambai mata dan tekakku,terasa jeles macam nak ambik sikit ngap. Bukan apa winter ni nampak apa jer kat umah orang semuanya terliur dan tergoda walaupun telo goring ngan kicap pon rasa sedap giler- giler, perut ni 24 jam kelaparan jer…(tambah la tayar kat badan tue....hehehehee).
Baru TERINGAT kat umah memang dah ada 3 biji pisang tanduk apa lagi pulun la kat dapo pukul 2am mengoreng. Hari ni jer dah dua kali Lydia mengoreng pisang…. Tadi pukul 2 pagi makan sebijik ngan my hb sambil pekena ngan Tea O' sejuk- sejuk..hehhehe. Bangun pagi ni goring lagi nak abiskan stock 2 biji lagi pisang tanduk tu sebab jam 2am makan tak puas.. Ni pisang tanduk biasa jer Cuma tambah nama jer sebab pisang tanduk tu kecik macam tanduk kambing, India mari.
Kuwait ni kalau teringin makanan Asean dah macam- macam ada sampai terung pipit pon ada. Kalau la Cik Mat Gebu tersesat kat Kuwait pon masih leh makan terung pipit.. Bukan terung pipit je buah kelo/remungai, rebung, durian, rambutan, mata kucing, jambu air, manggis, petai, daun pegaga, daun turi, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup, daun pandan dan macam- macam lagi ada..Cuma siap fulus je kerana baran- barang ni dan naik kapal terbang so reganyer biasa la tinggi, tapi apa salahnya sesekali melayan tekak nak makan makanan melayu kenalah beli semua tu..
Rasanya resepi pisang goring ni tak yah nak bagi lah sebab budak- budak kecik pon tau buat cuma kelainanya add sikit bijan kat dalam bancuhan tepung tu bagi wangi dan terangkat sikit rasanya.. Kalau tak caya sedap buat la sendiri dan add sikt bijan dalam bancuha tepung, insha'Allah sedapppppppppp.. Dulu masa sebelum berhijrah ke Kuwait masa zaman anak dare time keje selalu beli pisang goring kat Taman Perling Johor dia orang buat macam tu add bijan..bukan tu jer goring cendawan pon sama dan malah siap ngan sambal kicap lagi, rasanya kat KL tak pernah jumpa kot..


Bagun Lydia sorilah kalau beli siap cakap ngan akak yang jual tu..sambal tak mo simpan jer buat bazir sebab tak makan pedas hehehee….

No comments:

Post a Comment