Thursday, June 14, 2012

KASWI PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, lama tak post N3, bukan apa keMALASAN melanda tahap cipan dan hari ni lak posa tak tahu nak makan apa, almaklumlah dok sorang- sorang, masak dan makan sorang- sorang tu yang buat M-A-L-A-S tu sebab endingnya ci tong yang kenyang, kalau ada kawan- kawan senegara dekat nagn umah leh gak baut pas kasi dia orang sikit. Buat 1/2 adunan pon tak pernah abis agaknya nak kena buat 1/4 kot hehehhehee.. tapi payah gak kalu resepi ada telur tak kan nak bahagkan telo pon 1/4, cam ner tue?
Ah! Biarlah sesekali sedekah kat cik tong, bukan niat nak bazirkan makanan tapi TERINGIN mana tempat nak ku beli atau minta hanya buat kat umah je la. Allah maha mengetahui…
Kuih kaswi pandan ni Lydia buat petang tadi...ianya sesuai di buat sarapan pagi ataupun minum petang. Dulu pernah sekali Lydia buat kaswi lapis resepi dari CMG, tapi kali ni teruja lak nak try kaswi pandan sebab stock daun pandan pon masih banyak kat freezer. Biasanya masa kat Malaysia dulu dok makan kaswi gula merah jer, kali ni apa kata tekak nak rasa pula kaswi pandan..terasa kelainannya. Kaswi yang harum dengan aroma pandan membuatkan kuih ni sungguh istimewa. Kaswi pandan ni ramai yang dah buat pernah ternampak kat umah Yati dan Hana...terima kasih kepada penyumbang resepi.







Kaswi Pandan

1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan
3/4 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
kelapa parut * - putih sahaja

Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut dan garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang,kukus selama 30-40 minit.
Setelah masak sejukkan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum petag atau sarapan/breakfast.

Note:- Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya, sengetkan loyang/ acuan sikit, buangkan air takungan tisu bersih perlahan- lahan dan biarkan seperti kedudukan asal dan kukus semula tanpa ditutup selama 2-3 minit.
Tunggu sehingga benar-benar sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.

No comments:

Post a Comment