2nd time buat apam ni sebab masa 1st time buat apam ni naik mengunung macam kek kerana kesilapan Lydia nak cepat masak guna api yang besar. Rupanya amam ni kena guna api yang SLOW. Tapi rasanya masih belum puas hati sebab lom jadi cantik lagi macam Kak Che Ct, Dayang Jack atau Yati yang pandai melapis kek versi kukus. Kena belajar dan belajar..Insha'Allah dah ada improvement dari yang 1st dulu..Resepi ni dapat dari umah Yati..izinkan lydia CNP dan share kat sini yer. Walaupon tak secantik apam yang Yatie buat tapi rasanya sedap dan insha'Allah akan mencuba lagi di masa yang akan datang..:)
APAM INDON
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran
Panaskan kukusan.
Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Ayakkan tepung bersama baking powder. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan esen vanilla.Kurangkan kelajuan mixer.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, ikut suka nak berapa kaler.
Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan, kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit atau bahagian atas tu tak melekat dan kering sepenuhnya, kemudian letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit.
Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus, tutup loyang tu dgn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

No comments:
Post a Comment