Wednesday, July 11, 2012

KUE LAPIS PECAH TANAH

Assalamualaikum... Salam sejahtera semua moga kita semua dalam rahmat Allah selalu. Memang TERINGIN sangat nak makan kue lapis ni tapi penyakit MALAS sentiasa ada tu yang buat semua tak menjadi..bukan apa la kan..kan..kan.. kesibukan menyiapkan tugasan seharian, menyebabkan Lydia jadi penat dan tambahan pula nak puasa ni, macam- macam benda nak dinuat namun demikian otak tu tetap juga sibuk memikirkan tentang idea dan resepi-resepi yang baru untuk dicuba tapi pa kan daya kudrat

ku tak sekuat mana..
Kue ni dinamakan pecah tanah sebab merasmikan kukusan baru hadiah dari sahabat di sini sempena hari lahirku lepas.. tak sangka dalam satu malam tu Lydia siapkan dua jenis kue melayu sekali gus..kue lapis dan pulut seri muka..tak cukup tu siap buat nasik lemak lagi, hehheheeeeee..angin taufan padang pasir kuat betul hari tu yer..
Resepi ni dapat kat umah Naz COSK..sedap cepat dan alhamdulillah menjadi..terima kasih Naz..dapatlah 2 prang teman ku merasa kue ni sebab almaklumlah sorang- sorang mana leh habis..
NAz izinkan Lydia CNP ya..thanks, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsiakn ni:)

KUIH LAPIS aka KUIH GENGGANG
1 cawan tepung beras
2/3 cawan tepung ubi
1/2 cawan dan 1/3 cawan gula + 2/3 cawan air - Larutkan di atas api dapur
400 ml santan + 1/3 cawan air
1 tbsp(sudu besar) sirap rose
Beberapa titis pewarna merah
Campurkan tepung beras dan tepung ubi di dalam sebuah mangkuk besar.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau agar tidak berketul-ketul. Masukkan air gula yang telah dilarutkan tadi.
Kacau rata.
Pastikan tiada ketulan-ketulan.
Bahagi 2 adunan dan warnakan salah satu adunan dengan warna merah dan masukkan sirap rose.
Kacau biar sebati.
Panaskan kukusan.
Apabila air kukusan menggelegak, kukus kuih selapis demi selapis berselang-seli warnanya di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak masak agar senang mengeluarkan kuih nanti.

No comments:

Post a Comment