Saturday, June 16, 2012

APAM MEKAR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni tah angin apa terover rajin masak macam-macam, bukan apa excited nak makan ngan kawan- kawan di pantai. Lydia memang selalu buat apam ni, selalu buat tak pernah fail..alhamdulillah apam akan mekar merekah dengan baik, tapi tak tahu apa sebab kali ni apam ni SEGAN nak menyengih mekar... agaknya sebab tak adunan tak rehatkan langsung, terus pipe kat acuan dan kukus. Hai adunan pon cam orang nak rilex gak..
Tak per yang penting sedap, lembut dan gebus, merekah ke tak tu adalah perkara yang ke-2 kan, kalau keras lagi haru... Biasa la dalam hidup ni kita akan berlajar dari kesilapan kalau tak salah takkan namanya hidup...
Kalau yang family sikit tu leh try buat apam ni sebab tak dapat banyak, cukup- cukupla nak makan sefamily kecil supaya tak bazir..



APAM MEKAR

120 gms gula
1 biji telur
1 cmt esen vanilla
100 ml susu segar
150 gm tepung gandum
1/2 cmt ovallate
pewarna

Panaskan kukusan, pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
Masukkan essen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
Bahagiakan adunan kepada 2 mangkuk.
Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yang berlainan.
Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api yang paling besar/ kuat.
Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA: - jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

No comments:

Post a Comment