Dah berbulan laamnya Lydia dok cari Tepung Beras Made In Thailand, tapi tak jumpa. Merata supermarket dari kecil sampai yang besar pon tak jumpa di Kuwait ni, yang ada semuanya from India. Tepung beras Made in India ni kasar teksturenya tak sesuai buat kue kerana
pernag pernah 2 kali try buat tapi hasilnya tak ok, sejak dari itulah dah takut nak guna tepung Bears India lagi. Resepi ni dah bertahun terSAVE kat my folder, selongakar punya selongkar jumpalah dan Lydia try buat 1/2 adunan jer for testing kerana takut tak sedap lak sebab selalu nampak orang guna tepung beras. Lydia dapat resepi ni dari My Resipi from Junjs11. Rasanya ok sedap dan lembut serta kemanisannya pon ok jer tak yah nak adjust lagi. Dibawah ni adalah resepinya. Izinkan Lydia CNP kat sini yer Junjs11. Lydia buat guna acuan lompang sebab kue versi potong motong ni Lydia seramz takut tak cun bila potong..hanya orang rajin jer yang buat guna mould kecil- kecil. Kenapa? rajin nak simpan dan mencuci nanti..huhuhuhuuu..
KUE LAPIS GANDUM- satu loyang kecil
250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair
1 sudu besar minyak
Campur semua sekali dalam mangkuk.
kacau sebati.
Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada 2, isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian.
Lydia letak kaler pink dan yang lagi satu tu lydia biarkan plain jer.
Kukus selapis demi selapis, selang seli warnanya.
Biar sejuk baru potong, kalau boh dalam acuan kecil pon kena sjukkan dulu baru leh keluarkan...
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment