Monday, February 20, 2012

Kuih Tepung Gomak

Dah lama gak teringin nak makan kuih tepung gomak ni tapi de bahan- bahanya.Bila terjumpa bahan mulala berangan nak buat tapi SPIRIT nak baut lom sampai sebab makan sorang- sorang tak berbaloi. Kalu nak beli jangan harap la ada. Bukannya apa nak menyediakan tepung kacang hijau tu merumitkan!. Di sini tidak ada jual tepung kacang hijau, jadi kenalah buat sendiri. Oleh kerana hendak juga makan, maka terpaksalah merajinkan diri untuk membuatnya dan hasilnya, jadilah kuih tepung gomak di Q8..walaupon tak secantik tapi jadiklah makan reramai sama kawan- kawan buat lepas TERINGIN..hehehehhe..

Kuih Tepung Gomak
Tepung kacang hijau:-
500g kacang hijautanpa kulit
Basuh dan toskan kacang hijau.
Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering sehingga hancur dan menjadi tepung.
Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus.
Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:-
1 biji kelapa parut
200g gula melaka /gula merah
Gula pasir secukup rasa
1 camb tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur.
Angkat dan tapiskan.
Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi, kacau sehingga inti masak dan kering.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:-
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam sedikit demi sedikit dan uli sehingga mendapat doh yamg lembut/ tak melekat pada manggkuk adunan.
Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul atau naik ke atas, barulah diangkat.
Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba dan menjamu selera

No comments:

Post a Comment