This Blog dedicated to all viewers to share and try my recipes, to enjoy MY HOMEMADE cooking and baking from Middle East 2Ur house to all food lovers. 10Q very much 2all because viewing my BLOG, HAVE A FUN and PLEASE COME AGAIN. Shukran Jazilan.
Sunday, September 23, 2012
KUSHARI
Kushari, juga di panggil Koshary atau Kosheri, semua tu sama je cuma ejaan dan bunyinye sikit lain, tapi maksud sama je. Kushari ni adalah makanan tradisi orang Egypt yang amat femes kat Mesir, so kalu g Mesir tu tak completelah lawatan anda kalau tak try makanan ni. So sapa- sapa yang bercadang nak ke Egypt masukkan nama makanan ni dalam list anda yang WAJIB anda cuba. Ianya amat sedap dan berkhasiat. Campuranya banyak dan nampak agak remeh kerana ianya terpaksa dimasak bersaingan jadi banyaklah pinggan mangkok, periuk belanga yang nak kena cuci lepas ni. Tengok ajelah senarai bahan0 bahanya nasi + pasta + dall hitam/brown + kacang kuda + bawang goreng + salsa tomato + air cuka bawang putih & cili/ sos pedas. Tapi ianya sedap dan berbaloi kalau buat kushari ni. Jom skodeng resepi kat bawah dan silakan mencuba ya..
Kushari
Bahan A
1 ½ cawan brown lentils
1 ½ cawan Egyptian rice -kalau tak ada pakai je beras biasa
1 cawan elbow macaroni
Salt to taste
minyak lebihan menggoreng bawang
1) Cuci bersih dhal dan rebus hingga masak/empuk.
Semasa merebus tu masukkan sedikit garam.
Bila dah masak, offkan api dan tuang di atas tapisan untuk menyejat air supaya kering dan ketepikan.
2) Dengan menggunakan air lain, rebus elbow macaroni hingga lembut/empuk seperti merebus pasta biasa hingga empuk dan tapis/ keringkan airnya.
Bila dah kering airnya, gaulkan dengan sedikit minyak lebihan goreng bawang dan ketepikan seketika.
3) Basuh beras hingga jernih airnya dan tapiskan supaya kering airnya.
Tuangkan sedikit minyak lebihan mengoreng bawang (guna periuk yang sama lepas goreng bawang pon ok), gorengkan beras hingga transparent dalam 2 minit.
Masukkan air panas mengelegak (1 1/2 C beras = 2 1/2 C air+-).
Masukkan sedikit garam dan tanaklah seperti memasak nasik biasa.
Bawang goreng
5 camb minyak masak
500g bawang besar (sliced)
Panaskan periuk, masukkan minyak dan goreng bawang hingga garing.
Simpan baki minyak goreng bawang dan bahagikan kepada 2 bahagian. (1-masak nasi & 2-gaul pada macaroni.
Ketepikan seketika
Salsa Tomato
1 tin crushed tomatoes
1 tin tomato paste
1 tin air (guna tin tomato yang sama)
2 medium bawang di dadu halus
7 ulas bawang putih dicincang halus
2 camt cuka putih
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa
1/4 camt black pepper powder
1/2 camt cumin powder
hot chili flakes -kalau nak sikit pedas-lydia tak letak sbb tak suka pedas
Sauté bawang hingga transparent, masukkan bawang putih dan mask hingga naik bau dan lightly brown.
Masukkan black peper powder dan cumin powder, kacau hingga sebati.
Masukkan tomato paste, crushed tomato, garam, chili flakes(kalau suka), air dan cuka.
Biarkan mendidih sehingga sos menjadi sedikit gelap lebih kurang 1 jam, dengan menggunakan api yang perlahan. Sedia untuk dihidangkan..
Air Cuka Bawang Putih
1/4 cawan cuka putih
1/4 cawan air
1/4 camt cumin powder
4-5 ulas bawang putih-cincang halus
Masak semua bahan hingga mendidih.
Offkan api dan ketepikan.
Cara menghidang Kushari
Ada 2 cara menghidang Kushari ni..
i) campur/ gaul semua bahan A bersama
ii) Asingkan dengan melayer dalam pingan semasa nak makan seperti Lydia buat ni..
1st: Letakkan sedikit nasi dalam mangkok/pinggan
2nd: Layerkan di atas nasi dengan macaroni.
3rd: Layerkan di atas macaroni dengan dhal.
4th: Layer seretusnya letakkan kacang kuda rebus.
5th: Layer terakhir.. Salsa tomato.
6th: Taburkan sedikit bawang goreng diatasnya dan sudukan sedikit cuka bawang putih serta sos pedas.
Sedia untuk dinikmati..Selamat mencuba
Label:
Arab Cuisine,
Mee/Noodles/Pasta,
Nasi/Rice
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment