Sunday, October 23, 2011

MY HOMEMADE KUEY TEOW

MY HOMEMADE KUEY TEOW (1kg)
1st taim buat kuey teow hari tu ..kantoi tak cantik langsung, kontot patah sebab guna tepung beras from India. Alhamdulillah my 2nd ni santek sebab tepung beras from Thailand. Rupanya kualiti tepung ni memang mempengaruhi hasil sesuatu yang kita masak/buat. Bagi perantau macam Lydia ni kalau teringin sesuatu memang payah, kenaah rajinkan diri baru dapat kalau tak alamat tengok je la N3 masakan sedap- sedap kat FB. Kadang- kadang kalau nasib baik ada gak dapat yang kueteow kering from Thailand. Rasanya memang sama dengan yang beli malah lebih fresh.. Tapi sikit malang la cuma kerang jer tak de sini kalau tak lagi power. Kat Restoran Noodle Factory ada jual kueyteow yang dah siap masak sepinggan dalam 33RM++ tu pon letak telo, togei dan daging jer. Dulu memang selalu gi situ jer, tapi dah tahu buat ni baik buat sendiri sebab suka- suka la nak boh apa rencah tu kan. Meh tengok resepi kat bawah ni..sure U olls kata kacang leh buat punya, nak berbisnes pon boleh ni..


250 tepung gandum
100gm tepung beras
2 biji putih telor *
120 ml air *
sedikit garam *- disatukan & kacau sebati
6-7 cmb minyak secukupnya
air untuk merebus
Satukan tepung,buatkan lubang di tengah tengahnya, masukkan bancuhan putih telor + air + garam ke dalam mangkok adunan hingga menjadi doh.Doh ni keras sikit..bukan macam doh karipap tu..
Bahagikan kepada beberapa bahagian doh kecil supaya senang nak gelek.
Gelek adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no6).
Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow).
Terus buat sehingga adunan habis.
Panaskan air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya).Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih.
Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit- sedikit jangan rebus sekali gus.
Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul dengan api sederhana perlahan dalam 2 minit, angkat dan toskan.
Lalukan kuey teow dibawah air, toskan dan masukkan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain). Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan.
Selamat mencuba..Dijamin Halal & suci..

4 comments:

  1. Replies
    1. Atie..kenapa tak pernah tgk atau lain rupanya? hihihihhhhiii

      Delete
  2. Lydia,sis nk tanyer sis mesin kartiaw nie ,mesin guna no besar seterus nyer menurun hingga ke no 6 mcm tu ye?heheh....kita x paham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sis.. kalau rasa nk tebal nipis tu leh adjust ikut Ur taste gak..

      Delete