Sunday, February 05, 2012

Mee Hoon Goreng Beryani

Last friday masak ni, maaf lambat masuk seba agak busy dan malas nak ngadap net,jangan mare ek. Ok nak cepat ni masukkan entry sebab banyak kerja nak masak lunch for today lak ni.
Meehoon Goreng Beryani, ni Lydia ikut bahan yang ada jer dengan mengolah sendiri dengan masukkan mee hoon tu dan goreng macam biasa..jadilah jugakan, mee hoon yang berperisa beryani....sebab kalau nak buat macam the original recipe memang leceh.

Mee Hoon Goreng Beryani
1/2 bungkus mee hoon-just rendam macam biasa
isi ayam(dicuci bersih dan tos)
2 camb rempah beryani daging-(Lydia letak sikit jer sbb En. Hb kureng sihat nk makan spices sbb tu pucat sakit jer kalernyer)
sedikit susu cair
1 camb tomato puree
2 biji tomato-(didadu)
1/2 cmt cardamom powder
bawang goreng-(agak2 aje)
1 batang kulit kayu manis
1 camt white pepper powder
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika perlu
air jika perlu

Bahan Kisar:-
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
Nak pedas add cili padi-(Lydia tak letak pon sbb kami mmg tak makan pedas)
Tumis kayu manis dan cardamom hingga wangi. Selepas itu masukkan bahan kisar, rempah beryani dan kacau rata, hingga pecah minyak.
Masukkan susu cair dan kacau rata.
Masukkan isi ayam, tomato puree,buah tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
Masukkan bihun dan sedikit air serta gaulkan dengan bahan tumis dan goreng macam biasa.
Biarkan atas api selama 5-10 minit, untuk membolehkan rempahnya meresap dan meehoon menjadi lembut dan masak.
Selamat mencuba..kalu suka taburkan sedikit telur dadar untuk hiasan.

2 comments:

  1. Salam, Nanti boleh cuba. Semalam saya buat Meehon goreng kuah taucho. Nak resepi ada kat blog saya http://cooking-engineer.blogspot.com/ jadilah my follower untuk update on resipi. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Engineers Love Cooking..salam 2U..Meehon goreng Taucho pon best gak..pernah buat tapi nanti Lydia g skodeng Ur style..& follow U back

    ReplyDelete