Sunday, June 26, 2011

NASI AYAM


Hari- hari kena mask masak sampai kadang kala tu tak tau nak masak apa. Boring rasanya kalu tak de idea.. Menu lunch yang paling mudah untuk orang malas ni nasi ayam la.. Tapi sup tu saya letak sayuran sikit bagi berseri dan berkhasiat. Lagi satu nasi ayam saya memang tak de sambal/cili sebab kami asben & wife tak makan cili/pedas. Biarlah orang nak kata nsi ayam ku tak power sebab tak de cili pon tak per sebab mulut ku yang nak makan dan sapa-sapa yang nak cili tu saya sertakan resepinya kat bawah..cubala kalu tak best jangan mare sebab bab pedas meas medas ni saya memang tak tahu menahu..Huh! lagi satu jimat masaku.. kicap pun saya tak letak masa nak serve sebab asben tak suka kalernye. Apa-apa pun pandai- pandailah korang adjust sebab lain orang lain taste nya..

NASI AYAM
Sup sup
Ayam (1/2 ekor)
1 cmb minyak masak
1 daun bay
2 ulas bawang putih
1cmt ginger powder
2 biji Bawang merah
1 batang kulit kayu manis
1/2 cmt serbuk lada putih
kentang*
bunga kubis*
carrot*
Garam secukup rasa
Air untuk merebus
daun sup/bawang-*bahan tabur
bawang goreng-*bahan tabur
Tumis bawang merh, bawang putih, bay leave, halia, kulit kayu manis, cardamom, kulit kayu msnis, dan cloves hingga terbit bau. Masukakan ayam dan air secukupnya...rebus hingga ayam masak/empuk. Masukkan garam dan lada sulah. Keluarkan ayam dari sup, asingkan. Simpan sedikit air rebusan untuk masak nasi, selebihnya buleh buat sup..saya masukakn carrot, bunga kubis dan kentang yang didadu keci, terus masak hingga semua sayur masak dan taburkan baun sup/ bawang serta bawang goreng.

Nasi
2cawan beras saya guna basmati:-cuci-rendam dgn air garam 15 minit -toskan
2 biji bawang merah- dicincang
1 ulas bawang putih- ditumbuk
1 cmt garlic powder (fresh garlic abis)
2 biji buah pelaga
1 kuntum cardamom (lupa in BM)
1 batang kulit kayu manis
3 cloves (lupa in BM)
1 bay leave
3cmb minyak masak
4 cawan air- (secukupnya)
Garam secukup rasa
Tumis bawang putih, halia dan bawang merah, cardamom, halia powder, bay leave, cloves dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras, tumishingga trasparent dan air rebusan ayam dan garam. Dengan api yang besra tutup periuk, apabila hampir nasi kering, kacau dengan garfu dan perlahankan api. Tanak seperti biasa hingga nasi masak.

Ayam
Perap ayam dengan kicap cair, kicap pekat, garlic powder,kunyit, lada putih dan mix spices selama beberapa jam/ semalaman dan goreng hingga garing.

AIR LADA
6 biji cili merah- ikut kepedasan masing- msaing
1/2 cawan stock/ air rebusan ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cmt minyak bijan
1 cmt cuka
11/2-2 cmt gula
Garam secukup rasa
Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam & air rebusan ayam hingga hancur.
*Hidang nasi bersama ayam, sup, air lada dan kicap.

Kek Pandan Lapis Kastard

Kek Pandan Lapis Kastard

Ya Allah..more then 1 hour on off..just nak update 1 N3 ,jer. Macam manalah nak update a good and nice blog macam orang lain :-(
Haaaa Nin diaaaa.. kek pandan lapis kastard ku..boleh tahan gak walaupun pestaim uat. Hasil dari perjalananku merayau-rayau di alam maya ke umah CMG yg memang Lydia tabik toingggggggggggg!!!..(spring).
Malu rasanya sebab kita yang pompuan ni pon tak sepandai abang Mat. Bertambah gebu la abang Mat kena puji… Puji ikhlas no, tak tipu Allah wakil hehehehehe!.
Tapi Lydia rasa untuk my versi ni tak leh panggil Kek Pandan Lapis Kastard sebab selai daun pandan pon tak masuk my listing… so nak tukau nama… " Kek Kala Ijau Lapis Kastard" ..ok dak nama tu sebab kalu panggil pandan tapi tak de pandan Nampak nor menipunya..hehehehe.
Tima Kasih daun keladi CMG my asben suka sebab ada kelapa, sengaja tabo banyak- banyak nak tutup kekurangan fizikal sebab masa melayer tu kastard sejuk..huhuhu..

Permukaannya yang berjerawat sikit huhuhu..

bahan-bahan kek :
100 g tepung gandum* (saya guna tepung halus)
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor (saya letak 50g jew)
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung (saya guna minyak jagung)
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan (saya boh kaler jer sebab nanti asben tak makan bau pandan)
Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 3 bahagian.
Bhn kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (saya guna 1 cmt gelatin powder)
250 ml santan atau susu cair (saya guna susu cair sebab santan abeh)
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan (boh kaler aje..)
kelapa parut kering secukupnya
satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.
membuat layer- Berpandukan gambar di bawah, ratakan adunan kastard di atas kek yang sudah dipotong tadi. Kemudian tutupkan lapisan kastard dengan bahagian kek yang lain. Buat sehingga habis. Lebihan adunan kastard bolehlah disapukan dipermukaan kek dan hiaskan dengan kelapa parut kering.Simpan kek di dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong atau mengikut kesesuaian masing-masing.

Saturday, June 25, 2011

NASI TOMATO


Dua tiga empat lima hari nie asyik lapo bebeno...mungkin kerana ubat yang aku makan dan hormon dah mula berubah kot!!!..
Sambil berFACEBOOK lepas solat fajer 3:00am rasa memulas perut, nak makan malas. Net lak asyik meragam, jap2 stop..hangin satu badan membuatkan kelaparan makin memuncak..4:30am terus g dapo masak nasik ni dalam rice cooker jer sebab M****..huhuhu..
Dalam jam 5lebih siap TING! nasik masak...yahoooooo..goreng ayam bedal la..
Lunch nanti selamat la just masak kuah dan ayam untuk En. Hb jer..
Memang sedap nasik ni tapi ANNA add in sikitlah sebab nak kena dengan selera pak arab lr katakan..
Tima Kacih Che De Sam atas resepi ni walaupun saya derhaka.


NASI TOMATO by Che De Sam
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.(saya buat 21/2 cawan sebab makan berdua...beras tu saya redam rendam ngan air garam 10 minit bagi gepat cepat masak dan tak patah..ni peta petua kakak ipar)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang (tak letak sebab malas)
1/2 cawan sos tomato (saya letak 2cmb tomato sos jer takut manis Mr.Hb tak suka manis dalam masakan)
2camb tomato paste saya tambah sendiri..
2 sudu besar marjerin/minyak sapi(saya tak letak)
5 sudu besar minyak (4camb minyak jagung)
garam
air-ikut sukatan - 5 cawan jugak (saya letak 31/2 cawan)
daun pandan/daun sup (tak letak sebab tak de)
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris (saya guna 2 ulas jer..cincang halus)
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga (saya ketuk bagi pecah siket)
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang (saya letak 1/2 jer)
saya add 1/2 cmt air mawar da 1/4cawan kismis
Gunakan periuk nasi elektrik, tumis bawang merah, bawang putih, halia & rempah tumis hingga naik bau. Masukkan susu cair , tomato, kismis, garam dan beras, goreng hingga beras jadi transparent. Tambahkan air panas, susu cair, tomato paste, tomato sos dan biarkan mendidih. Masukkan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker, bila nasi dah separuh masak masukkan air mawar, gemburkan sedikit nasi dengan garfu dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2. Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

Saya hidangkan nasi ni dengan AYAM DENDENG, 1st tai buat ayam ni memang best cuma saya tak letak gula melaka takut Big Boss tak makan dan saya gantikan dengan sikit kicap pekat manis dan kicapa masin. Saya test power masakan ni..so saya masak 1/2 ayam jer takut tak laku. Big Boss makan tak complain so kira ok latu leh wat lagi..hheheheheh. Apa-apa pun memang best Pak Engku and thanks for the recipe..

Add kuah tomato ni gak sebab arab punya makanan mesti ada marraq/kuah tomato macam ni

Wednesday, June 22, 2011

Kerana Islam, Kita Dikatakan Kolot!

Kerana Islam, Kita Dikatakan Kolot!

Saya memang amat tertarik dengan artikel ni...
Moga jadi renungan kita bersama, kalau kita dah terlajak baik berpatah balik ke pangkal jalan sebelum terlambat

Bismillahhirrahmanirrahim…
As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh. Moga kalian semua diberkati Allah.Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajukini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.

Babak 1.
Berlaku di salah sebuah bilik di asrama lelaki. Masa? Pagi, petang atau malam.
“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan dia orang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea. Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa katakau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”

Babak 2.
Berlaku di dalam pesanan ringkas (SMS). Masa? Bila-bila.
“Ina,kita jumpa di taman bunga eh?Please... saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”
“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak.Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa?Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi.Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah?Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la... apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama.Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”
“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak punsampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy.Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak.Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”
“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawasesuka hati berjumpa tanpa sebab yang dibolehkan syarak.Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu.Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”
“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela.Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terusrumah awak.” Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkanpemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT.
Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benarikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam?Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya keranaikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?
Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.
“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”
Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yangterkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islamsebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.
Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu banyak pantang larang.Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnyasebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?
Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian,kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalamiagama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allahdan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot.Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhultali yang amat kuat yang tidak akan putus.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takutkepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkankepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
Al Maidah ayat 3
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlahserta taatlah;”
Al Qashash ayat 16
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya,demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku!Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu,
maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132
Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan carahidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan.Dunia menjadi dambaan dan dikejar.Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?
Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.
Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.
Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman. Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus. Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA. Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

TOLONGLAH………….. Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut. Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.
Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa AS. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa AS terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril AS turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah SWT untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah SWT itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

Solat merupakan tiang agama

Solat merupakan tiang agama


ABSTRAK Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi.
Sembahyang juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
Sembahyang dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Sembahyang diWAJIBkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.
Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih belum berlaku kepada orang yang sakit. Terdapat lima keistimewaan sembahyang iaitu ibadah yang utama dan pertama, ibadah yang diwasiatkan, amal yang paling awal dihisab, amal yang paling akhir ditinggalkan, dan asas syiar islam.
Kepentingan sembahyang diertikan supaya sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya. Sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran.
Solat adalah kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati dan solat adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan. Seksa orang yang tidak sembahyang adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat.
Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya.
Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang yang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.
Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah SWT tidak merasa diuntungkan walaupun kita mengerjakan sembahyang. Dan Allah SWT juga tidak akan merasa dirugikan seandainya seluruh umat manusia di dunia tidak mengerjakan sembahyang. Tetapi yang rugi adalah diri kita sendiri.
Sembahyang adalah untuk kepentingan manusia. Bukan kepentingan Allah. Sembahyang merupakan tiang agama islam kerana begitu pentingnya maka amat yang pertama kali diperhitungkan kelak di akhirat adalah amalan sembahyang. Jika ketika di dunia, seseorang mengerjakan sembahyang dengan baik (khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT) maka dia akan beruntung. Tetapi jika sembahyangnya rosak, maka rosak pula nasibnya. Dia pasti dihadapkan pada seksa yang sangat pedih.
Sedarilah bahawa meremehkan sembahyang akan diancam Allah SWT berupa seksa yang luar biasa pedihnya sebab sembahyang adalah kewajipan. Segala yang wajib jika dilanggar atau diaibkan, maka pasti mendapat hukuman. Mengabaikan kewajipan atau meruntuhkan adalah suatu sikap kesombongan dan pelanggaran. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang.
Allah SWT menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.
Sembahyang perlu khusyuk. Seseorang itu perlu benar-benar dapat menghayati ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT.
Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kenapa sembahyang itu perlu di amalkan. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
PENGERTIAN SEMBAHYANGDari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada kepada Allah SWT dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan”. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan sembahyang ia akan dapat menimbulkan sembahyang yang berkesan.
HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Begitu juga dalam hadis Rasulullah SAW. “Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji”. (Al- Ankabut : 45).
KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur. Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih berlaku kepada orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya sahaja agak berbeza dengan orang yang sihat. Bagi orang yang sakit cara mengerjakannya disesuaikan dengan kesanggupan pesakit seperti dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keadaan dan keupayaan pesakit itu.
KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan ibadah yang utama dan pertama. Sembahyang adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan kepada umat islam. Imam Ahmad berkata: “sembahyanglaah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebelum ibadah yang lain”.
Selain itu, sembahyang juga merupakn ibadah yang diwasiatkan. Nabi Muhammad SAW sangat menekankan dua ibadah penting yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian, iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada orang.
Sembahyang juga penting kerana sembahyang merupakan amal yang paling awal dihisab. Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain.
Rasullulah SAW bersabda, amalan yang mula-mula dihisab daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika ibadah sembahyang sembahyang diterima, nescaya diterimalah amalan-amalan yang lain. Apabila sembahyangnya ditolak, maka ditolaklah amalan-amalan yang lain.
Selain itu, sembahyang merupakan amal yang paling akhir ditinggalkan. Menurut hadis Rasulullah SAW, “sembahyang adalah ibadah yang teristimewa, kerana ia merupakan amalan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Jika sekiranya semua manusia meninggalakan ibadah sembahyang bererti kehancuranlah yang akan menimpa mahkluk didunia ini”.
Keistimewaan sembahyang yang terakhir adalah sembahyang merupakan asas syiar islam. Hubungan makhluk dengan khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah SWT.
KEPENTINGAN SEMBAHYANG
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptaNya secara langsung. Selain itu, sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat juga adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran ( saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ). Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahgiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.
SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG
Seksaan orang yang tidak sembahyang adalah sekasaan semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Antara seksaan semasa di dunia adalah Allah SWT menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya, Allah SWT menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya dan sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman. Antara seksaan ketika hendak mati adalah, ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan sangat dahaga dan dia berasa kesakitan yang amat sangat. Selain itu dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah (mengakhiri ajal dengan kejahatan). Antara seksaan semasa di dalam kubur adalah ketika ditanya oleh Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh memberi jawapan, kuburnya menjadi gelap dan sempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih. Antara seksaan semasa di hari akhirat adalah ketika dihisab, amalnya lebih banyak yang jahat daripada yang baik. Selain itu, Allah SWT sentiasa murka kepadanya dan diseksa oleh Allah SWT dengan api neraka.
DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG WAJIB
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;
Subuh - 1 fardu yang ditinggalkan Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur -1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - 1 fardu yang ditinggalkan, Allah SWT tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANG
Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu:-
i- Masuk syurga tanpa dihisab
ii- dihindarkan dari seksaan kubur
iii- dihindarkan dari kesempitan hidup
iv- berjalan di atas sirat bagaikan kilat
v- diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

KESIMPULAN
Tidak mudah untuk memahami bahawa sembahyang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran. Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membenteras kejahatan diri. Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya. Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras. Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman. Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang islam yang tidak mempedulikannya. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya. Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut. Di antara mereka banyak yang lebih menitikberatkan amalan kenduri-kendura, kenduri arwah, majlis potong jambul, majlis berzanji dan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang. Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak. Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

10 Gunung Paling Tinggi Di Dunia

10 Gunung Paling Tinggi Di Dunia
Salam pagi rabu..pagi ni nak share sikit N3 tentang keindahan ciptaan Allah gunung ganang yang dah lama bersarang kat blog saya.. N3 ni saya dapat dari blog sapa pon tak tau sebab dah lama saya simpan..Kepada tuan empunya kalu terbaca/tengok tolong halalkan ya..Ilmu kita kena sebarkan baru bermanafaat :-)

10. Gunung Annapurna – Nepal
Ini adalah puncak kesepuluh tertinggi di bumi, yang ditemui di Nepal dengan ketinggian 26.545 kaki dan 8.091 meter.

9. Nanga Parbat – Pakistan
Nanga Parbat ialah gunung tertinggi kesembilan bumi yang terletak di Pakistan pada ketinggian 26.758 kaki dan 8.125. Ini adalah salah satu yang berbahaya dan mematikan lapan-thousanders untuk para pendaki dan naik ke sana, adalah risiko diprediksi.

8. Manaslu Mountain – Nepal
Manaslu ialah gunung tertinggi kelapan di dunia, dan terletak di Himal Hima dengan di Nepal Himalaya dengan ketinggian 8.163 m (26.758).

7. Gunung Dhaulagiri – Nepal
Dhaulagiri terletak pada nombor tujuh dalam senarai dari sepuluh gunung tertinggi di dunia, dan terletak di Nepal utara pusat dan sekarang telah menjadi titik poros dari pelawat dan pendaki.tinggi adalah 26.794 kaki, atau 8.167 meter. Hal ini juga disebut Gunung Putih sebagai salah satu daripada lapan thousanders.

6. Cho Oyu Mountain – Nepal / Tibet
Cho Oyu ialah gunung tertinggi keenam di dunia, dan terletak di pergunungan Himalaya di sempadan yang terletak di antara China dan Nepal, gunung ini juga dikenali sebagai “Turquoise Dewi” di Tibet. Ketinggian gunung ini adalah 26.906 dengan kaki atau 8.201 dalam meter.

5. Makalu Mountain – Nepal / Tibet
Makalu Gunung adalah gunung tertinggi kelima di dunia, dengan ketinggian 27.765 kaki, 8.463 meter, memiliki nama rasmi yang berbeza dalam bahasa yang berbeza. Hal ini terletak di sempadan yang menghubungkan Nepal dan China.

4. Lhotse Mountain – Nepal
Lhotse mempunyai dua nama yang berbeza, Lhotse seorang seorang pegawai, di Nepal dan kedua adalah Lhozê dalam bahasa Cina dan merupakan gunung tertinggi keempat di dunia, luar biasa ia dikaitkan dengan Everest dengan Kolonel selatan ini terletak di daerah sempadan yang menghubungkan di antara Tibet (China) dan Khumbu (Nepal). tinggi adalah 8.511 m (27.940 kaki).

3. Gunung Kangchenjunga – Nepal / India
Kangchenjunga adalah gunung ketiga tertinggi di dunia, yang ketinggiannya sekitar 8.586 meter (28.169 kaki). Jika kita cuba mencari tahu arti nama ini Kangchenjunga kompleks, maka tidak menghairankan bahawa makna sangat mirip dengan nama cerita, dan makna diterjemahkan adalah “Lima Harta Salju”, nama ini diberikan kepada gunung ini kerana diberkati dengan lima harta Allah yang emas, perak, permata, biji-bijian dan kitab suci.

2. K2 (Godwin Austen Gunung) – Pakistan
Gunung tertinggi di dunia dan merupakan kedua selepas Gunung Everest, tingginya diukur adalah 8.611 m (28.251 kaki), juga terletak di sempadan seperti Gunung Everest dan menyambung negara-negara dengan satu sama lain contohnya, dalam link up Taxkorgan Tajik County Autonomi Xinjiang, China dan Gilgit, Gilgit-Baltistan di Pakistan. Karena terletak di puncak itulah sebabnya itu adalah risiko untuk mendaki gunung ini dan banyak orang meninggal berusaha begitu. The Climbers terkenal seperti naik ke atasnya, tapi dalam musim sejuk tidak ada yang berani memikirkan mendaki.

1. Gunung Everest – Nepal / Tibet
Everest atau Gunung Everest adalah gunung tertinggi pertama di dunia, juga tahu sebagai Sagarmatha, memiliki nama yang berbeza dalam pelbagai bahasa seperti Chomolungma atau Qomolangma dalam Bahasa Nepal atau, Dalam Tibet gunung ini disebut Zhumulangma dalam bahasa Cina. Gunung ini terletak di rantau Asia dalam rentang Himalaya dan satu sempadan menyambung lokasi ke empat negara, bererti diposisikan pada sempadan yang membuat keterkaitan dengan Sagarmatha Zone, Nepal, dan Tibet, China. Tinggi gunung ini adalah 8.848 (29.029 ft)

Tuesday, June 21, 2011

BUAH ZURIAT (ADAM & HAWA)

BUAH ZURIAT (ADAM & HAWA)

Buah ni asalnya dari pokok koka yang memang ramai orang dok sibuk beli buat gelang pakai kat tangan atau tashih.
Sebenarnya buah zuriat ini dikenali sebagai buah adam/hawa, buah zuriatin atau buah koka dsb.

Pokok koka ini ialah pokok yang Nabi Noh a.s. gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir dulu.

Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Bila direbus ia boleh menyebabkan kita hamil dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.Ia adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Dalamnya macam sabut kelapa.

Nila ghoper buah zuriat atau nama lainnya buah Adam & Hawa. Buah ni memang keras. Pemberian kawan yang pergi umrah last month tapi saya baru dapat ambil last saturday. Thank You very Much Kak Mala..May Allah Bless U and Ur family.

My Asben yg arab tengok pon tak tau buah ni spises apa dan kewujudannya pon tak diketahui..pon gitu ada ramai kawan- kawan minah arab pon tak tau. Subhanallah... orang malaysia yang lebih tau kan?
Saya tau mengenai buah ni pon melalui net.

Ni gambo buah yang belum dipecahkan..nanti bila dah pecahkan saya upload gambonye. Saya tengah kompius nak gunakannya..ada sapa yang tau tolong HABAQ MAI..


cempedak jadi nakgka...PUDING ROTI ALA TEMBIKAI

PUDING ROTI ALA TEMBIKAI
Dah seminggu dok skodeng PUDING TEMBIKAI nak buat tapi angin dust storm + MALAS menebal di hati ni sebeb every day dok ulang alik hospital. Semalam ingat terlaksanalah impianku ini nak buat PUDING TEMBIKAI nak bawak g umah Kak Ely, tapi dek kerana kelalaian saya sendiri CEMPEDAK MENJADI NANGKA puding terpaksa di ubah suai supaya pembaziran tak berlaku.. KENAPA????.. Saya ingat sumer bahan2 wat puding PUDING TEMBIKAI ni complete kat pantry, rupa- rupanya ada kekurangan bahan… dah 1/2 way masak agar- agar baru saya sedar yang susu pekat tak de..KECIWA U..
Dah le tu pulak tersalah beli roti..terbeli roti masam..ingatkan roti dah expired rupanya sour dough toast, nak buang sayang lak so otak tu kenalah berfikir sikit supaya roti ni dapat di manafaatkan.
TING!!!!..idea datang..sib baik..so jadilah PUDING ROTI ALA TEMBIKAI. Taste dia not bad.. musim paneh ni kalu makan sejuk2 memang best!!!...and lagi satu not to sweet dan rasa sour pon ilang…. Try la kalu tak caya, Selamat mencuba!!!...

Bahan2nya:-
15g agar-agar strips
1/2 buku sour dough toast (+- 8kpg –roti ni kecik jew)
6 cawan air
2 cawan gula* sbb roti saya ni sour siket (+-)
1 tin 250g susu cair
250ml thick cream
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau
Kismis hitam sebagai biji(potong kecil2)
Cara- caranya:-
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan thick cream, blend sampai halus. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau selalu takut hangit kat bawah, hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 11/2 mug.Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 1 mug), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit. Adunan selebihnya diwarnakan merah, taburkan blackcurrent/kismis hitam sebagai biji dan tuangkan adunan merah perlahan2 di atas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk dan simpan dalam freezer semalaman. Hidangkan..

Bakhoor 2011

Bakboor 2011

Nin dia projek terbengkalaiku...dah lama customer oder tapi malas sebab leceh nak buat. Dek kerana posa dah dekat dan musim kawen ni terpaksalah haku buatkan. seminggu masa nak abiskan 26 set ni sampai kelabu mata itamku (hahhaha..tak yah beli contact lense).
Sebenornya banyak nak di kelip gambonye tapi masal lak nak snap 1 per satu so tengok jelah apa yang ada.

Nasi Arab

Naik muak dengan arab foods tapi dek kerana laki nak makan terpaksa gagahkan juga..makanan arab actually senang je tak banyak songeh cuma yang menyongeh tu pekakasan yang oily membuatkan haku maleh nak cuci taim2 panas ni sebab ayo kat paip pon panas...
Ari ni masak ni jew untuk Mr Asben sebab nasik minyak semalam ada lagi so jimatlah masaku yang tak bizi ni siket

DAGING/KAMBING MASAK TOMATO ALA ARAB (LAMHA BIL TOMATOM/ BANDORA)
Ingredients:-
750g daging
3cmb minyak canola-untuk menumis
1 biji bawang besar-dadu halus
2 biji bawang putih-cincang halus
1/2 cmt ginger powder
1 helai daun bay
1 biji loomy/dry lemon
1 batang kulit kayu manis
2-3 biji cardamom pods-pecahkan sikit
1/2 cmt lada hitam powder
1/2 cmt arabic mixed spices
Garam secukup rasa
2-3 biji kentang-potong 6
1/2 tin kiddney beans
1 batang carrot- didadu besar
4-5 biji fresh tomato-diblend
1-2 cmb tomato paste
Air secukupnya
1/2cawan corainder leave-cincang halus
Preparations:-
Tumis bawang hingga transparent, masukkan bunga cengkih, cardamom, kulit kayu manis, arabic mixed spices, cumin dan bawang putih, biarkan hingga naik bau. Masukakan daging dan lada hitam, goreng sebentar hingga keemasan/ hampir kering air daging. Masukakan tomato yang diblend bersama tomato paste, daun bay dan air secukupnya dan daun bay, rebus hingga daging benar empuk/ lembut. Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk dan air hampir ketring, masukkan garam secukup rasa, kiddney bean serta corainder leave (tinggalkan sikit untuk tabur) dan masak hingga kering dan hidangkan bersama roti pita arab atau nasi.
Selamat Mencuba!...

NASI MINYAK ARAB

Nasi Minyak Arab
Bab masak memasak makanan arab ni memang rasa dah boring dan tak tau nak wat apa lagi. Mr.asben nak makan makanan dia and kita lak?..Huhuhu tekak kita sapa pulak nak jaga?..kena berkorban je lah kalu malas nak masak untuk diri sendiri. Tak berbaloi rasanya nak masak macam- macam and makan sowang- sowang, penat kat dapo tak tertahan nak masak itu ini dan basuh itu ini...


NASI MINYAK ARAB
Ingredients:-
21/2 cawan basmati-cuci, rendam dgn air garam selama 15 minit & toskan.
1 kuntum bunga cengkih*
4-5 biji black papper corn*
1/2 inci halia*
1 -2 helai bay leave*
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2-3 biji cardamom pods*
1 biji bawang besar - dibelah empat*
2-3 biji bawang putih-diketuk*
1/2 cmt arabic mix spices*
1/4 cmt cummin powder*
1kg daging lembu/ kambing/ unta yang bertulang*
Air untuk merebus daging*
Garam secukup rasa
4camb minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)
saffron/ pewarna kuning + 1cmb rose water jika suka
Bahan tabur atas nasi:- kismis(cuci dan rendam dengan air 5-10 minit untuk menghilangkan sikit rasa manisnya), cinnamon powder+ sedikit minyak & goreng hingga keemasan- saya lupa letak
Preparations:-
Rebus bahan bertanda hingga empuk dan masukkan garam. Terus merebus selama 5 minit. Tapiskan stock, asingkan daging dan ketepikan.Panaskan minyak dalam periuk, masukkan beras dan goreng hingga transparent selama 2-3 minit dam masukkan stock daging yang masih panas dalam 41/2 cawan. Dengan api yang besar, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk dan gemburkan sedikit nasi, perlahankan api dan tuangkan safron ke atas nasi dan tutup periuk dengan aluminium foil dan tutup periuk, tanaklah seperti biasa hingga nasi masak. INGAT!.. jangan kacau nanti nasi patah tak cantik, Cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Sementara menunggu nasi masak, panaskan oven 200C. Dengan menggunakan aluminium foil balut daging yang direbus tadi, taburkan sedikit arabic mixed spices dan cumin diatasnya dan bakar dalam oven selama 15 minit. Dan hidangkan bersama nasi minyak tadi.

MY HOMEMADE BABA GANUSH/ MUTABBAL

BABA GANUSH/MUTABBAL


Baba Ghannouj - Eggplant Dip
Baba ghannouj is a popular dip made from eggplant and tahini. It has a smooth, creamy texture, and a slightly smoked taste. It is traditionally served with arabic pita bread, however many people like it as a chip dip with potato chips or tortilla chips.
Ingredients:
1 large eggplant
1 clove garlic
1/4 - 1/2 cup lemon juice (depending on taste)
3 tablespoons tahini
1 teaspoon salt
3 teaspoons olive oil
2 tablespoons lemon juice
2 teaspoons olive oil
Preparations:-
Preheat oven to 375 degrees and bake eggplant for 30 minutes, or until outside is crisp and inside is soft. Allow to cool for 20 minutes. Cut open eggplant and scoop out the flesh into colander and removing the excess liquid helps to eliminate a bitter flavor. Place eggplant flesh in a medium bowl. Add remaining ingredients and mash together. You can also use a food processor instead of by hand. Pulse for about 2 minutes. Place in serving bowl and top with lemon juice and olive oil. Add other garnishes according to taste. Serve with warm or toasted pita or flatbread. Enjoy!
Garnish Ideas for Baba Ghannouj
Baba ghannouj always has to have olive oil on top for garnish. However you can spice things up a bit by adding crushed red pepper, smoke paprika a dash of cumin, parsley or coriander.



HUMMUS BIL LAHMA (MIDDLE EASTERN CHICKPEA AND GROUND BEEF/MUTTON)


HUMMUS BIL LAHMA (MIDDLE EASTERN CHICKPEA AND GROUND BEEF/MUTTON)
Ingredients:-
1can/260g Chickpeas
2-3 tbsp Tahini (sesame paste)
Lemon juice -from 1/2 lemon
Garlic, crushed- 2 cloves
Salt to taste
Water (2-3 tbsp as needed)
Olive oil - 1/4 cup
Summac for garnishing
Preparations:-
Place the chickpeas(with chickpeas water), tahini, lemon juice, garlic and salt into a food processor or blender and process until very smooth. Add water as needed to achieve a soft, spreadable consistency. Adjust seasoning with lemon juice and salt to taste. Put hummus in a serving bowl/plate, add fry minced/ground beef/mutton centre of the hummus and drizzle the olive oil over the top. Sprinkle with summac and serve.

For minced/ground beef...
100-250g minced/ ground beef/mutton
1/4 tsp arabis all spices
1/4 tsp cumin powder
1 tbsp canola oil
salt to taste
Fry minced/ground beef/ mutton with 1tbsp canola oil until dry. Add in 1/2 tsp all spices and salt to taste.

Sunday, June 19, 2011

HOMMOS (Middle Eastern chickpea and sesame dip)


Hummus bi Tahina (Middle Eastern chickpea and sesame dip)

Hummus is popular appetizer, or meze, throughout the Middle East. Serve with grilled or toasted pita bread cut into wedges. Or use as a sandwich or wrap spread.

Ingredients:-
1 can (260g) Chickpeas
2tbsp Tahini (sesame paste)
Lemon juice-from 1/2 lemon
Garlic, crushed 2 cloves
Salt - 1/2 teaspoon
Water - 2-3 tbsp as needed
Olive oil - 1/4 cup
Parsley minced/ summac for garnishing
Preparations:-
Place the chickpeas, tahini, lemon juice, garlic and salt into a food processor or blender and process until very smooth. Add little water as needed to achieve a soft, spreadable consistency. Adjust seasoning with lemon juice and salt to taste. Put the hummus in a serving bowl/ plate and drizzle the olive oil over the top. Sprinkle with parsley/summac(I put sumac)and serve.
Variations-In Egypt they add in 1-2 teaspoons of ground cumin are usually added but I dont like that spicy taste and sprinkle with paprika for added color

Thursday, June 16, 2011

Yameni Foods lagi...CHICKEN AUKDAH


Dinner malam ni...beli jer.
Memang sedap, ni la rupanya chicken aukdah..selalu makan tak tau nama..huhuhu..tapi tak tau nama apa makanan ni sebab my hb yang belikan. Tapi jangan mare..I dah tau cara nak masaknyer cuma roti her tak leh buat sebab tak de oven khas tu..

3D animation of how IUI works

Insyallah bulan ni nak buat IUI..sekarang under precess..doakan saya berjaya!

DOA HAMBA ALLAH YG PRIHATIN DGN KONDISI UMAT ISLAM

For Our Muslims...

Mouhalabieh

A creamy, delightful milk pudding from the Middle East that is a cinch to prepare. Milk, cornstarch and a little sugar. Boil. Cool. Eat. Lick. No-one is looking, this authentic Lebanese dessert is really delicious and quite easy to make. There's not much fussing around and the end result is fantastic. It's flan-like and melt-in-the-mouth texture is extremely pleasant. It is definitely a pretty and sublime speciality that brings that wow factor to the table, but doesn't demand much energy and time to make. Perfect!

Mouhalabieh
4 cupswater
4 cups milk powder
3/4 cup sugar
1/2 cup cornstarch
250 ml thick cream
1 tsp orange flower water
1/2 tsp rose water
chopped pistachio nuts or dry coconut
Preparation:-
Heat milk over low heat or in double boiler. Add Sugar and stir until dissolved. Mix cornstarch in a little cold water and add to hot milk. Still over low heat, stir until thickened. Add vanilla, orange flower water and cream. Cook for a few minutes more and let cool. Pour mixture into four individual goblets and let cool thoroughly. Pour rose syrup over each goblet to cover the cream. Refrigerate until needed. Garnish with pistachios.
Yummm..........

Sexy Chicken Rosemary

Weather Kuwait makin hari makin panas dan boleh dikatakan every week ada dust storm...
Memandangkan cuaca makin berubah kepada panas..so Anna punya mood pon dah start malas nak ke dapo. Penat bersihkan umah pon satu dan sekarang dah nak season posa so ada sikit rezeki..kenalah aku siapkan oder dari cutomer. Apa dia? tungguuuuuuuuuuu....

Malas nak bebel..meh tengok Lunch ari ni..sedap kata hubby makan seko ayam sorang tak ingat bini..jap jew dah licin tinggal tulang. Aku ler jadi kucing tukang makan tulang..huhuhu..

tengok sikit punya seksi ayam ni berposing..

Mash potato..bukan cekodok ya!..

Sexy Chicken Rosemary
Ingredients:-
1 ekor ayam (1.2kg)
1/4 cawan fresh rosmery*
3-5cmb olive oil*-blend bersama
2 biji bawang besar sederhana besar-belah 4
1 labu bawang putih
1 biji capsicum
1 cmb cuka apple
1/2 cmt lada hitam-serbuk
garam secukup rasa

Preparation:-
Bersihkan ayam dan rendamkan dengan sedikit cuka selama kira- kira 10-15 minit untuk menghilangkan bau ayam serta melembutkannya.
marinate ayam bersama rosemary yang diblend dengan olive oil, garam dan lada hitam powder serta cuka apple, pada dalam dan luar ayam.
Sumbatkan bawang besar, bawang putih (sebiji-sebiji dan jangan buang kulit) dan capsicum ke dalam ayam.
Ikat ayam dengan tali/ benang supaya ayam masak cantik dan barang kat dalam isi perut tu pun tak le terburai.
Masukkan ke dalam oven bag dan simpan dalam peri sejuk semalaman.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40-1 jam sehingga ayam menjadi golden kaler..
Enak di makan dengan roti pita..aroma rosemary semerbak satu rumah bila pintu oven dibuka... Selamat Mencuba