Saturday, June 25, 2011

NASI TOMATO


Dua tiga empat lima hari nie asyik lapo bebeno...mungkin kerana ubat yang aku makan dan hormon dah mula berubah kot!!!..
Sambil berFACEBOOK lepas solat fajer 3:00am rasa memulas perut, nak makan malas. Net lak asyik meragam, jap2 stop..hangin satu badan membuatkan kelaparan makin memuncak..4:30am terus g dapo masak nasik ni dalam rice cooker jer sebab M****..huhuhu..
Dalam jam 5lebih siap TING! nasik masak...yahoooooo..goreng ayam bedal la..
Lunch nanti selamat la just masak kuah dan ayam untuk En. Hb jer..
Memang sedap nasik ni tapi ANNA add in sikitlah sebab nak kena dengan selera pak arab lr katakan..
Tima Kacih Che De Sam atas resepi ni walaupun saya derhaka.


NASI TOMATO by Che De Sam
5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.(saya buat 21/2 cawan sebab makan berdua...beras tu saya redam rendam ngan air garam 10 minit bagi gepat cepat masak dan tak patah..ni peta petua kakak ipar)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang (tak letak sebab malas)
1/2 cawan sos tomato (saya letak 2cmb tomato sos jer takut manis Mr.Hb tak suka manis dalam masakan)
2camb tomato paste saya tambah sendiri..
2 sudu besar marjerin/minyak sapi(saya tak letak)
5 sudu besar minyak (4camb minyak jagung)
garam
air-ikut sukatan - 5 cawan jugak (saya letak 31/2 cawan)
daun pandan/daun sup (tak letak sebab tak de)
Bahan Tumis:-
3 ulas bawang putih - hiris (saya guna 2 ulas jer..cincang halus)
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga (saya ketuk bagi pecah siket)
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang (saya letak 1/2 jer)
saya add 1/2 cmt air mawar da 1/4cawan kismis
Gunakan periuk nasi elektrik, tumis bawang merah, bawang putih, halia & rempah tumis hingga naik bau. Masukkan susu cair , tomato, kismis, garam dan beras, goreng hingga beras jadi transparent. Tambahkan air panas, susu cair, tomato paste, tomato sos dan biarkan mendidih. Masukkan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker, bila nasi dah separuh masak masukkan air mawar, gemburkan sedikit nasi dengan garfu dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan2. Hiaslah dgn bawang goreng dan daun sup.

Saya hidangkan nasi ni dengan AYAM DENDENG, 1st tai buat ayam ni memang best cuma saya tak letak gula melaka takut Big Boss tak makan dan saya gantikan dengan sikit kicap pekat manis dan kicapa masin. Saya test power masakan ni..so saya masak 1/2 ayam jer takut tak laku. Big Boss makan tak complain so kira ok latu leh wat lagi..hheheheheh. Apa-apa pun memang best Pak Engku and thanks for the recipe..

Add kuah tomato ni gak sebab arab punya makanan mesti ada marraq/kuah tomato macam ni

No comments:

Post a Comment