Tuesday, June 21, 2011

cempedak jadi nakgka...PUDING ROTI ALA TEMBIKAI

PUDING ROTI ALA TEMBIKAI
Dah seminggu dok skodeng PUDING TEMBIKAI nak buat tapi angin dust storm + MALAS menebal di hati ni sebeb every day dok ulang alik hospital. Semalam ingat terlaksanalah impianku ini nak buat PUDING TEMBIKAI nak bawak g umah Kak Ely, tapi dek kerana kelalaian saya sendiri CEMPEDAK MENJADI NANGKA puding terpaksa di ubah suai supaya pembaziran tak berlaku.. KENAPA????.. Saya ingat sumer bahan2 wat puding PUDING TEMBIKAI ni complete kat pantry, rupa- rupanya ada kekurangan bahan… dah 1/2 way masak agar- agar baru saya sedar yang susu pekat tak de..KECIWA U..
Dah le tu pulak tersalah beli roti..terbeli roti masam..ingatkan roti dah expired rupanya sour dough toast, nak buang sayang lak so otak tu kenalah berfikir sikit supaya roti ni dapat di manafaatkan.
TING!!!!..idea datang..sib baik..so jadilah PUDING ROTI ALA TEMBIKAI. Taste dia not bad.. musim paneh ni kalu makan sejuk2 memang best!!!...and lagi satu not to sweet dan rasa sour pon ilang…. Try la kalu tak caya, Selamat mencuba!!!...

Bahan2nya:-
15g agar-agar strips
1/2 buku sour dough toast (+- 8kpg –roti ni kecik jew)
6 cawan air
2 cawan gula* sbb roti saya ni sour siket (+-)
1 tin 250g susu cair
250ml thick cream
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau
Kismis hitam sebagai biji(potong kecil2)
Cara- caranya:-
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan thick cream, blend sampai halus. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau selalu takut hangit kat bawah, hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 11/2 mug.Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 1 mug), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit. Adunan selebihnya diwarnakan merah, taburkan blackcurrent/kismis hitam sebagai biji dan tuangkan adunan merah perlahan2 di atas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk dan simpan dalam freezer semalaman. Hidangkan..

No comments:

Post a Comment