Wednesday, June 22, 2011

Solat merupakan tiang agama

Solat merupakan tiang agama


ABSTRAK Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi.
Sembahyang juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
Sembahyang dari sudut bahasa diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.
Sembahyang diWAJIBkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.
Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih belum berlaku kepada orang yang sakit. Terdapat lima keistimewaan sembahyang iaitu ibadah yang utama dan pertama, ibadah yang diwasiatkan, amal yang paling awal dihisab, amal yang paling akhir ditinggalkan, dan asas syiar islam.
Kepentingan sembahyang diertikan supaya sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptanya. Sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran.
Solat adalah kebahagiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati dan solat adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan. Seksa orang yang tidak sembahyang adalah semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat.
Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya.
Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang yang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak.
Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah SWT tidak merasa diuntungkan walaupun kita mengerjakan sembahyang. Dan Allah SWT juga tidak akan merasa dirugikan seandainya seluruh umat manusia di dunia tidak mengerjakan sembahyang. Tetapi yang rugi adalah diri kita sendiri.
Sembahyang adalah untuk kepentingan manusia. Bukan kepentingan Allah. Sembahyang merupakan tiang agama islam kerana begitu pentingnya maka amat yang pertama kali diperhitungkan kelak di akhirat adalah amalan sembahyang. Jika ketika di dunia, seseorang mengerjakan sembahyang dengan baik (khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT) maka dia akan beruntung. Tetapi jika sembahyangnya rosak, maka rosak pula nasibnya. Dia pasti dihadapkan pada seksa yang sangat pedih.
Sedarilah bahawa meremehkan sembahyang akan diancam Allah SWT berupa seksa yang luar biasa pedihnya sebab sembahyang adalah kewajipan. Segala yang wajib jika dilanggar atau diaibkan, maka pasti mendapat hukuman. Mengabaikan kewajipan atau meruntuhkan adalah suatu sikap kesombongan dan pelanggaran. Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, iaitu perbuatan salah dan terlarang.
Allah SWT menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.
Sembahyang perlu khusyuk. Seseorang itu perlu benar-benar dapat menghayati ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT.
Seseorang itu perlu memahami hakikat sembahyang, iaitu memahami kenapa sembahyang itu perlu di amalkan. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
PENGERTIAN SEMBAHYANGDari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak, sembahyang diertikan sebagai “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada kepada Allah SWT dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan”. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan sembahyang ia akan dapat menimbulkan sembahyang yang berkesan.
HUKUM SEMBAHYANG
Di dalam al-Quran banyak sekali ayat yang dapat dijadikan dalil tentang kewajipan sembahyang. Begitu juga dalam hadis Rasulullah SAW. “Dirikanlah sembahyang sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji”. (Al- Ankabut : 45).
KEWAJIPAN SEMBAHYANG
Sembahyang diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Sembahyang tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur. Walaupun begitu, kewajipan sembahyang masih berlaku kepada orang yang sakit. Hanya cara mengerjakannya sahaja agak berbeza dengan orang yang sihat. Bagi orang yang sakit cara mengerjakannya disesuaikan dengan kesanggupan pesakit seperti dilakukan sama ada secara berdiri, duduk atau baring mengikut keadaan dan keupayaan pesakit itu.
KEISTIMEWAAN SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan ibadah yang utama dan pertama. Sembahyang adalah ibadah yang pertama sekali diwajibkan kepada umat islam. Imam Ahmad berkata: “sembahyanglaah ibadah yang mula-mula difardhukan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya sebelum ibadah yang lain”.
Selain itu, sembahyang juga merupakn ibadah yang diwasiatkan. Nabi Muhammad SAW sangat menekankan dua ibadah penting yang perlu dipelihara dalam kehidupan seharian, iaitu sembahyang dan berbuat baik kepada orang.
Sembahyang juga penting kerana sembahyang merupakan amal yang paling awal dihisab. Kesempurnaan ibadah sembahyang menentukan kesempurnaan ibadah yang lain.
Rasullulah SAW bersabda, amalan yang mula-mula dihisab daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah sembahyang. Jika ibadah sembahyang sembahyang diterima, nescaya diterimalah amalan-amalan yang lain. Apabila sembahyangnya ditolak, maka ditolaklah amalan-amalan yang lain.
Selain itu, sembahyang merupakan amal yang paling akhir ditinggalkan. Menurut hadis Rasulullah SAW, “sembahyang adalah ibadah yang teristimewa, kerana ia merupakan amalan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Jika sekiranya semua manusia meninggalakan ibadah sembahyang bererti kehancuranlah yang akan menimpa mahkluk didunia ini”.
Keistimewaan sembahyang yang terakhir adalah sembahyang merupakan asas syiar islam. Hubungan makhluk dengan khaliqnya ditentukan oleh sembahyang kerana sembahyang merupakan syiar islam yang utama dan satu-satunya ibadah yang dapat menghampirkan seseorang hamba kepada Allah SWT.
KEPENTINGAN SEMBAHYANG
Sembahyang dapat menghubungkan insan dengan penciptaNya secara langsung. Selain itu, sembahyang merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Solat juga adalah penolong dalam segala urusan penting dan pencegah dari maksiat dan kemungkaran ( saleh Al-Uthaimin, Syeikh Muhammad, 2003,124 ). Kepentingan sembahyang juga adalah solat merupakan kebahgiaan jiwa orang-orang beriman serta penyejuk hati. Solat juga adalah penghapus dosa-dosa dan pelebur segala kesalahan.
SEKSA ORANG YANG TIDAK SEMBAHYANG
Seksaan orang yang tidak sembahyang adalah sekasaan semasa di dunia, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa hari akhirat. Antara seksaan semasa di dunia adalah Allah SWT menghilangkan berkat daripada usaha dan rezekinya, Allah SWT menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada mukanya dan sentiasa mendapat kebencian daripada orang yang beriman. Antara seksaan ketika hendak mati adalah, ketika rohnya akan dicabut, dia akan berada dalam keadaan sangat dahaga dan dia berasa kesakitan yang amat sangat. Selain itu dikhuatiri mati dalam keadaan Suul Khatimah (mengakhiri ajal dengan kejahatan). Antara seksaan semasa di dalam kubur adalah ketika ditanya oleh Munkar dan Nakir, dia sangat sedih dan tidak boleh memberi jawapan, kuburnya menjadi gelap dan sempit sehingga tulang-tulang rusuknya berselisih. Antara seksaan semasa di hari akhirat adalah ketika dihisab, amalnya lebih banyak yang jahat daripada yang baik. Selain itu, Allah SWT sentiasa murka kepadanya dan diseksa oleh Allah SWT dengan api neraka.
DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG WAJIB
Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut;
Subuh - 1 fardu yang ditinggalkan Allah SWT akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur -1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib - 1 fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak - 1 fardu yang ditinggalkan, Allah SWT tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
GANJARAN BAGI MEREKA YANG MENJAGA SEMBAHYANG
Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah SWT akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu:-
i- Masuk syurga tanpa dihisab
ii- dihindarkan dari seksaan kubur
iii- dihindarkan dari kesempitan hidup
iv- berjalan di atas sirat bagaikan kilat
v- diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

KESIMPULAN
Tidak mudah untuk memahami bahawa sembahyang itu boleh menegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran. Ini berpunca daripada kejahilan diri, atau kerana pembelajaran yang diterima tidak menekankan tentang penting sembahyang dengan tujuan untuk membenteras kejahatan diri. Banyak orang beranggapan bahawa sembahyang itu perlu ditunaikan kerana sembahyang tersebut merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berdosa kalau meninggalkan dan mendapat pahala kalau melakukannya. Begitulah tabiat manusia, menyedari kesalahan yang mereka lakukan selagi mereka masih memiliki akal yang waras. Dari sinilah lahirnya pertentangan di antara akal dengan dorongan nafsu yang sentiasa mendesak, merayu-rayu dan menggoda. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kehendak nafsu, akibat lemah iman. Apabila membincangkan sembahyang, kita dapati banyak orang islam yang tidak mempedulikannya. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya. Keadaan ini terjadi boleh dikatakan di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka yang memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah untuk mendirikan ibadah tersebut. Di antara mereka banyak yang lebih menitikberatkan amalan kenduri-kendura, kenduri arwah, majlis potong jambul, majlis berzanji dan seumpamanya yang tidak berupaya penting, berbanding dengan usaha menyediakan diri dan keluarga untuk mendirikan sembahyang. Pada hakikatnya sembahyang adalah urusan ketenteraman jiwa. Sembahyang mengandungi rangkaian doa, ucapan kesyukuran, puji-pujian, juga susunan kata-kata, lambang pengabadian seorang hamba kepada khaliknya. Sembahyang adalah penghubung di antara seorang hamba dengan tuhannya. Hanya orang beriman, yang dapat melakukannya dengan khusyuk dan tawak. Sembahyang merupakan urusan ketenteraman jiwa. Hasil daripadanya ialah keluhuran budi dan pembentukan peribadi yang mencetuskan ketenangan, puncak segala kejayaan dan petanda kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment