Friday, November 23, 2012

1st B'DAY SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE



 

Salam Ma'al Hijrah..walaupon dah basi tak pe sebab kita masih di awal tahun baru Islam.. bukan apa lambat wish sebab Network teramat slow so rasa nak post N3 pon tak bermaya jer.. Kek ni sedap dan sangat moist. Lydia dapat last minutes invitation dari kakak ipar untuk cucunya. Sebelum ni mak si B'day boy tu memang mintak lydia buatkan blue kek untuk anaknya. Lydia berbelah bagi nak buat ke tak sebab berita terbaru yang lydia tahu ababg kepada mak si B'day boy tu dalam musibah di Syria, ditangkap oleh Rejim Bashar so ingat party ni akan dibatalkan kot. Tiba- tiba sister in law call ajak datang umah tapi dia kata jangan buat apa- apa sebab dia tahu lydia tengah kurang sihat.
Mula- mula memang tak nak buat, tapi bila fikirkan balik kasihan lak sebab dah lama Abla (mak B'day boy) cakap ..so lydia pon g la dapo cari apa yang patut.. malang nasibku telo tak cukup nak buat sponge kek so google ler kek yang tak pakai telo, maka ternampak kek ni kat umah Dayang Jack, maka lydia pon buatlah tapi lydia gandakan adunan dibawah dan tukar sikit bahanya.. Tapi alhamdulillah rasanya tetap maveles dan moist. Maaf DJ sebab derhaka sikit.. Kek ni lydia cover dan sapu ngan butter cream.. Walaupon deco tak cun tapi jadilah bagi orang yang keras tangan tak pernah berlajar just pandai- pandai berimaginasi jer.
Jom tengok resepinya..

 

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi :-Dayang Jack-loyang 6-7 inci
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
11/4 cawan air sejuk (dari peti ais)-(lydia boh 1C ais + 1/4C plain yogurt)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco-(tak ada lydia boh 1cat Nescafe)
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Panaskan oven pd suhu 160C.
Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega.
Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
Masukkan tepung susu, garam dan gula perang.
Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, plain yogurt, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan2 dengan whisk.
Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka/ jus lemon.
Terus dikacau serta merta hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang&bakar selama 30-40 minit/hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak,hiaskan dgn topping kegemaran.

Monday, November 12, 2012

OUZI LAHMA (LAMB OUZI)



Sebelum Lydia bagi resepi ni Lydia pasti ramai yang tak tahu akan kewujudan nasi ni atau kalau yang tahu pon kerana nasi ni bukannya hidangan harian serta tak semua negara arab menhidangkannyamenghidangkannya. Sebenarnya nasi ni dimasak dalam dalam seekor kambing bukan dalam periuk macam Lydia buat. Oleh kerana Lydia guna 1/4 bahagian kambing memang MUSTAHIL la nak masak Ouzi ni guna kaedah aslinya sebab kat maan nak sumbat beras tu.. Lydia dah cuba buat poket kononnya nak sumbat beras tu pon tak cukup. Last- last terpaksalah lydia masak kaedah lain. Akan tetapi rasanya tetap sama.
Kebiasaan Ouzi ni di hidangkan di dalam majlis- majlis istemewa tertentu seperti perkahwinan. Di Syria nasi ni di hidangkan dalam majlis perkahwinan. Nasi ni juaga berasal dari negara baladisham atau Iraq kalau tak salah. Penyediaan Ouzi ni bukannya mudah, hanya mereka yang pakar saja boleh menyediakannya kerana salah amsak keras atau mentah lak nasik kat dalam tu..almaklumlah masak nasi tanpa periuk atau air, just sumbat beras dalam sekor badan kambing.
Pon begitu Lydia tak menggunakan ghee kerana nak kurangkan sikit kolestrol :) dan nasi yang Lydia masak ni less oily dan nasi ni digandingkan bersama salad serta plain yogurt saja.
Jom lihat resepi di bawah, kalau nak tahu apa rasanya, ha! apa lagi cubalah..
Selamat mencuba

OUZI LAHMA (LAMB OUZI)
 
 Tengok, buat poket konon nak sumbat beras tapi tak muat kecik je..


marinate kambing
1/4 bahagian kambing
2 camb ghee (Lydia gantikan ngan sunflower oil jer)
Salt and pepper
1/4 camt cardamom powder
1/4 camt cinnamon powder
3 cloves garlic-tumbuk lumat
2-3 helai Bay leaves
1 camb meat tanderizer

Cuci kambing bersih dan keringkan.
Marinate kambing pada kedua bahagian dengan bahan marinate semalaman.
Panaskan oven 200C.
Dalam oven proof/tray/ pyrex, bakar kambing selama 30 minit hingga browning menggunakan api atas bawah dan keluarkan sebentar dari oven.
Masukkan sedikit air ke dalam bekas yang berisi kambing tadi dan cover dengan aluminium foil.
Bakar semual selama +-1 jam
Sementar menunggu kambing masak sediakan nasi.


Rice stuffing-
2 cawan basmathi
11/2 cawan air panas
2-3 camb ghee (Lydia gantikan ngan sunflower oil jer)
1/4 cawan whole almonds
i batang kulit kayu manis
pinch of nutmeg dan cardamom powder
White pepper and salt to taste
Pinch of arabic mixed spices-tak boh pun tak apa

Rendam beras selama 1 jam dengan air garam dan toskan.
Carikan ghee/minyak dalam periuk, tumiskan sebentar kulit kayu manis.
Masukkan bears dan gorengkan hingga beras transparent dan masukkan baki bahan lain kecuali air panas dan gaul sebati.
Masukkan air dan masak nasik sehingga kering airnya dan matikan api.
Bila kambing dah masak keluarkan dan buka cover aluminium.
Angkat kambing dan ketepikan seketika.
Air yang ada dalam bekas kambing jangan di buang.
Masukkan nasi tadi dan gaul dengan air yang terdapat dalam bekas masak kambing tadi sekadar sebati.
Letakkan semula kambing di atas nasi tadi, cover semula dengan aluminium foil dan Masukkan semula dalam oven dan masak/ bakar lagi selama 15-20 minit pada suhu 170C.
Offkan oven dan sedia untuk dihidangkan bersama plain yogurt dan salad kegemaran atau bersama sup/air rebusan.
Selamat mencuba.


KHUBUZ/ PITA BREAD/ ARABIC BREAD -ARABIC DOUGH (step by step)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Atas permintaan rakan FB maka Lydia gagahkan buat semula khubus/ roti pita arab ni walaupon kurang sihat. My 4th times make khubus (roti pita arab) selama hidup 6 tahun merantau di bumi arab ni. Bukan tak boleh beli..berlambak kat luar sana, senang, fresh dan murah. Cuma tangan ni gatal nak mencuba dan mengisi masa lapang serta nak sahre ngan kawan2 kat lua sana atau rujukan diri sendiri mahupun my generation pada masa akan datang.
Memang teruja nak buat sebab ianya memerluakan oven khas..Ovenya cam gua atau tempat bakar mayat..huhuhu..macam pernah tengok tempat bakar mayat.
Kalau guna oven biasa, pastikan boh kat bawah tempat api tu dengan maximum kepanasan dan insha'Allah akan mengelembunglah serta berpoketlah ia. Memang pada mula seram sejuk takut oven meletup la dan macam- macam hal bermain di fikiran, tak cuba mana tahu kan. Roti ni juga boleh digunakan untuk shawerma.
Alhamdulillah akhiran setelah puas mencuba... usaha tangga kejayaan!.
Roti ni juga leh simpan berbulan dalam freezer. Caranya, boh dalam plastic bag dan bekukan, kalu nak makan, keluarkan sekeping dua ikut tekak dan panaskan kat microwave atau direct atas api dapo hingga warm hingga lembut saja dan makanlah dengan apa saja yang anda suka.
Resepi kat bawah dapat dari blog arab dan ada sikit pengubah suaiannya sebab dah berkali mencuba, but alhamdulillah menakjubkan.. Maaf malas nak alih bahasa sebab network selo sangat, tapi lydia dah buat step by step ikut cara Lydia buat semalam..so plz try my easy and simple arabic dough. nampak jer ganaz tapi senang cuma perlu pantas je tapi AWAS! berhati- hati di jalan raya ya..:)


KHUBUZ/ PITA BREAD/ ARABIC BREAD -ARABIC DOUGH (step by step)

11/2 tsp dry yeast + 1/2 C warm water + 1 tsp sugar
2 tbsp olive oil-tak de boh minyak masak
3 cups flour
1 cup +- warm water

Combine yeast, water and sugar and let sit for ten minutes, add olive oil.
Slowly add flour, 1/2f cup at a time until all combined, add in water if needed to combine dough.
Knead dough until smooth and elastic, adding small amounts of flour as necessary.
Place dough in a warm, oiled bowl, turning dough over to coat surface.
Cover bowl with a dry cloth and set in a warm place, allowing dough to rise until double in volume (about 1-2 hours).
Punch dough down and knead for about 2 minutes.
The dough a little big sticky (may adhere slightly to your hand).

 WHEN dough has nearly doubled in size, punch down, knead lightly, roll out and pinch off hand full to form into balls about the size of lemon.Place balls on a dry cloth (lightly floured) in warm place, cover with another cloth and let rise for about 30 minutes.

 Preheat oven to maximum C.Place balls on a lightly floured surface a few inches apart, cover and let rest for 10 - 15 minutes.

 
Dough has 'relaxed' if it doesn't spring back when you prod it or try to roll it out. If it springs back, let it rest longer.ON your lightly floured working surface, squash a ball flat and round with your hand and then roll out, flipping and turning, a round of the desired thickness 1cm.

 

By using the bottom rack of the oven, pre-heated pizza stone or baking sheet, transferring the bread to the hot stone or baking tray for about 4 minutes - when the bread has 'popped' and browned ever so slightly on the edges or top.
The time depends on how thick and moist your bread is, how your oven is constructed, and how hot the oven is.
My best results have been with the stone - you will have to experiment.
ALLOW to cool, flatten, store in plastic bags. Can be refrigerated or frozen, with appropriate re-heating or microwave


Walla...
Note:- This easy recipe to make great pastry dough that can be used to make flat pizza style dishes or fatayer(arab bread), spinach pies, meat pies, pide etc.

CHECKERED RAINBOW CAKE



CHECKERED RAINBOW CAKE -by Dorie Greenspan

Bila tengok Kak Azlita buat this cake, I was very excited tak senang duduk dok ngigau dan terbayang je bila nak buat. Sempena ulang tahun perkahwinanku ni lah kesempatan yang dapat di pergunakan untuk buat kek cun. My first attempt ended in a failure sebab I used cream cheese frosting yang tah apa kah doasku jadi cair meleleh-leleh, grama rasanya past tu buat lagi kali ni kat lua tu Lydia salut ngan butter cream but add sikit baki cream cis sebba sayang nak buag, but arasanya stay mabeles..hehehhe. Kenapa tah selalu baut ok je ni siap simpan semalaman dalam esbox pon sama.. Dah la tu 1st layer guna loyang terbesar so kek jadi nipis, try other loyang jadi terlalu tebal. GUGAAN sbb OVER nak menunjuk kat ipar duai tu le Allah marah....huhuhuhu..so guna loyang 8 inch baru ok and I make 2 adunan 8 inch pan, from the amount of batter yang sikit ni sebab niat hati nak kongsiakn kegembiraan dan kejelitaan kek ku ini bersama sister in law sebab tahu sure mereka pasti terlopong punyalah sebab mana ada kat arab kek amcam macam ni. Walaupon pada pandangan kawan- kawan my kek ni tak cun but kat sini (arab) ianya dipandang cun maut..hehheee,siap my hb anta whatup kat sister dia lagi :)buat tayangan perdana.
Resepi kat bawah yer..harap paham ler ker sebab malas nak terjemahkan ek BM.


CHECKERED RAINBOW CAKE by:- Dorie Greenspan
2 1/4 cups cake flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon salt (omit if u’re using salted butter)
1 1/4 cups buttermilk
4 large egg whites
¾ cup sugar
125gm unsalted butter, softened
Food coloring
2 tsp vanilla essence

Preheat the oven to 375 degrees F,put a rack in the middle or upper 3rd of the oven.
Butter two 8 inch pans and line with buttered parchment paper.
Sift together the flour, baking powder, and salt.
In another bowl, whisk together the egg whites and buttermilk.
I whisked the mixture using hand for about 1 minute.
Cream the butter and sugar in a mixer on medium speed for a full 3 minutes until very light and fluffy.
Beat in half of the egg-buttermilk mixture, then flour mixture, then the last of the egg-buttermilk mixture, and finally the last of the flour, beating until the batter is smooth.
Beat the entire batter on medium high for two minutes until completely smooth and mixed.
Divide the batter in 6, dye each batter with different colour.
Bake 20 minutes, rotating halfway through, or until a thin knife inserted in the middle comes out clean.
Cool in the pans five minutes, then turn out onto a cooling rack.
To ensure moistness, once the cakes are cooled, wrap immediately and chill.


For the cream cheese frosting, :-resepi frosting red valvet ntah dapat mana lupa, tapi resepi minah saleh la.
227 grams cream cheese, room temperature
227 grams tub of Mascarpone cheese, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
115 grams confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
360 ml cups cold heavy whipping cream (double cream)
In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth.
Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth.
Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to spread.
Add more sugar or cream as needed to get the right consistency


RESEPI STRAWBERRY BUTTERCREAM-Resepi : Noorsha
2 cawan shortening
1 cawan butter
1 cawan icing sugar - ayak dahulu
1 camt esen strawberry
pewarna merah pink
Putar kesemua bahan kecuali esen strawberry dan pewarna pink hingga smooth pada kelajuan sederhana selama 10 - 15 minit.
Masukkan esen strawberry dan pewarna pink, putar lagi hingga sebati.
Masukkan dalam piping bag beserta nozzle pilihan dan hiaskan.


Saja layan puisi romantik :-
Untukmu Suami

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang dinikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, aku hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
suami langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, Suami pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Suami gembalanya,
Isteri adalah murid, Suami mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu Suami teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun Suamilah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Amin...

Sunday, November 11, 2012

Boneless Roast Chicken

Haaaa... dah ketandusan idea nak masak apa. Sambil berlengkar depan Tv...2-3 hari semalam ternampak Chef Tarik dari Min Masr masak ayam, tapi tak pasti bahan- bahanya kerana dah separuh jalan. Makan lydia pon adaptasikanlah sikit sebanyak macam chef tu buat mengikut tekak sendiri yang nak makan. Memang best, ayam tu lembut je ..part nak slice kena berhati- hati kalau hiris nipis iaakan terburai , di nasihatkan anda supaya slicekan ayam tu tebal sikit baru ok. Lagi satu masa nak ikat ayam tu gulung dan ikat kemas- kemas, insha'Allah tak akan terburai.
Resepi yang sempoi kat bawah sapa sudi sila cuba..



Boneless Roast Chicken
1 ekor ayam-dibuang tulangnya
2 camb cuka putih
1 biji bawang besar- dihiris separuh bulat
3 ulas bawang putih-tumbuk lumat
1 biji capsicum- potong memanjang
garam dan lada hitam powder secukup rasa
1 camb minyak untuk menumis

 Ayam dibelah jangan sampai putus, dibuang tulangnya, direndam dengan 2 camb cuka yang bercampur air (biar tenggelam ayam tu) selama beberapa minit dan toskan hingga kering airnya.

 Panaskan minyak dan tumiskan bawang meraah hingga layu, masukkan bawang putih dan capsicum, goreng sebentar dalam 1-2 minit dan matikan api.
Bentangkan ayam di atas dulang kelarkan sedikit isi ayam (bahagian dalaman ayam), perasakan dengan garam dan lada hitam.
Ambil bawang dan capsicum yang digoreng tadi dan ratakan pada ayam.
Gulung kemas- kemas ayam dan ikat dengan benang.
Perasakan bahagian luar.kulit ayam tadi dengan sedikit garam dan lada hitam.

 Dengan menggunakan kuali non stick bekas goreng bawang tadi, gorengkan ayam di setiap bahagian sehingga golden brown. Tak perlu guna minyak lagi kerana ayam akan mengeluarkan minyak masa kita goreng.

 Alihkan ayam ke oven tray, tutupkan dengan aluminiumfoil dan babarlah dalam oven yang dipanaskan selama 30 minit pada suhu 180C.
Bila ayam dah masak jangan terus buka aluminium foil.
Biarkan ayam direhatkan selama 10-15 minit baru dibuka foil dan dihiris setebal 2cm, jangan terlalu nipis nanti hancur.


Hidangkan panas- panas bersama roti, kentang, creamy sup dan salad atau nasi..selamat mencuba



Thursday, November 08, 2012

MEAT PATTIES/DUMPLING WITH YOGURT SAUCE (SHISH BARAK BI LABAN) -STEP BY STEP



MEAT PATTIES/DUMPLING WITH YOGURT SAUCE (SHISH BARAK BI LABAN)
sumber:- Kakak Ipar

Stuffing:-

1cwn ground meat/lamb
1cwn bwg dicincang halus
1/2cwn pine nuts-tak letak sebab tak ade
2cmb minyak zaitun
garam secukup rasa
1/4cmt black pepper
1cmb- finely chopped fresh coriander leaves
1cwn home made yogurt-kalu malas g beli jew
Fry ghee, bawang, pine nuts dan minced beef/lamb hingga kering airnya. Tutup api dan masukkan all spices dan garam secukup rasa. Taburkan corrainder leave dan kacau rata, biarkan sejuk.

  
Canai doh dan buat kecik-kecik macam nak buat mini karipap dan letakkan sedikit stuffing di tenga-tengahnya dan tutup/ kelim doh kemas-kemas.

  

Ulang dan buat hingga habis. kalau banyak boleh simpan dalam freezer dan ianya tahan lama.


Didihkan sedikit air dan masukkan dumpling tadi (air sekadar cukup nak rebus dumpling jer), didihkan selama 5-10 minit sehingga dumpling timbul dan masukkan yogurt, kacau selalu selama 5 minit dan perasakan dengan sedikit garam dan sedikit mixed spices/ kunyit.
Jika suka boleh masukkan sedikit ghee dalam 1-2 camb.


Anda juga boleg deep fry macam fry karipap. Selama mencuba


Dough
11/2cwn tepung gandum
1cmt garam
1/2cwn air(air biasa jew)
Campur semua bahan dough dan uli hingga sebati, kalu tak cukup air tambah le dan rehatkan doh selama 10-15 minit.

HOMEMADE BEPANG KACANG

Aaahhhh..bosan nya dok umah tak tahu nak buat apa..terlalu banyak masa ku dan terlalu perlahan rasanya masa berjalan. Setia hari kenalah cari XTVT nak sibukkan diri dari dok berlingkat depan Tv atau lapy. Projek hari ni buat Bepang. Lydia buakn suka sangat tapi dek kerana teruja teringin nak buat sendiri maka Lydia buatlah. Resepi ni dapat dari Chah Ramlah di FB. Walaupon yang Lydia buat ni Kureng cun tapi rasanya sama 1005 cam kita beli kat kedai. Nak buat ni memang siksa batin sebab nak kena cepat dan pantas kalau lambat dan gula tu keras memang payah la..
Tengok sajalah macam- macam saiz yang terjadi sebab Lydai ni terlebih pandai alas dasar loyang ngan wax paper. Ingatkan tak lekat kalau lapik rupanya lekat gak.. Hadoi memang fenin..lydia boh balik dalam microwave beberapa saat dan terus tarik wax paper tu baru ok..sib baik kalau tak memang ingat nak belanja cik tong dah..
Lydia buat separuh dari resepi di bawah sebab nak mencuba takut buat banyak tak jadi dan tak de sapa lak nak makan.
Alhamdulillah my asben suka Bepang ni siap cakap shukran sebab buatkan snack yang sedap ni..huhuhu..ilang rasa penat dan sakit tangan akibat panazzzz bila ada yang hargai. rasanya bepang ni boleh gunakan almond, pistachio dan macam- macam kacang lagi, tapi kacang tanah sajalah yang paling murah kan..:)
Shukran Chan ramlah dan izinkan Lydia CNP dan share kat sini ya..


HOMEMADE BEPANG KACANG
Rujukan Resepi Dari FB Chah Ramlah.
600g kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100g bijan- digoreng tanpa minyak (x letak)
600g gula pasir
2 camca besar magerin
Masak gula hingga golden brown dan semuanya hancur.
Masukkan magerin.
Bila magerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata.

Tuangkan atas loyang dan canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing- masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh patah gigi.

Bila dah canai cepat2 potong kerana adunan yang keras susah nak potong, memang siksa part ni tapi apa boleh buat..huhuhu
Pastikan pisau anda tajam, Nak senang guna pizza cutter je.