Sebelum Lydia bagi resepi ni Lydia pasti ramai yang tak tahu akan kewujudan nasi ni atau kalau yang tahu pon kerana nasi ni bukannya hidangan harian serta tak semua negara arab
Kebiasaan Ouzi ni di hidangkan di dalam majlis- majlis istemewa tertentu seperti perkahwinan. Di Syria nasi ni di hidangkan dalam majlis perkahwinan. Nasi ni juaga berasal dari negara baladisham atau Iraq kalau tak salah. Penyediaan Ouzi ni bukannya mudah, hanya mereka yang pakar saja boleh menyediakannya kerana salah amsak keras atau mentah lak nasik kat dalam tu..almaklumlah masak nasi tanpa periuk atau air, just sumbat beras dalam sekor badan kambing.
Pon begitu Lydia tak menggunakan ghee kerana nak kurangkan sikit kolestrol :) dan nasi yang Lydia masak ni less oily dan nasi ni digandingkan bersama salad serta plain yogurt saja.
Jom lihat resepi di bawah, kalau nak tahu apa rasanya, ha! apa lagi cubalah..
Selamat mencuba
OUZI LAHMA (LAMB OUZI)
Tengok, buat poket konon nak sumbat beras tapi tak muat kecik je..
marinate kambing
1/4 bahagian kambing
2 camb ghee (Lydia gantikan ngan sunflower oil jer)
Salt and pepper
1/4 camt cardamom powder
1/4 camt cinnamon powder
3 cloves garlic-tumbuk lumat
2-3 helai Bay leaves
1 camb meat tanderizer
Cuci kambing bersih dan keringkan.
Marinate kambing pada kedua bahagian dengan bahan marinate semalaman.
Panaskan oven 200C.
Dalam oven proof/tray/ pyrex, bakar kambing selama 30 minit hingga browning menggunakan api atas bawah dan keluarkan sebentar dari oven.
Masukkan sedikit air ke dalam bekas yang berisi kambing tadi dan cover dengan aluminium foil.
Bakar semual selama +-1 jam
Sementar menunggu kambing masak sediakan nasi.
Rice stuffing-
2 cawan basmathi
11/2 cawan air panas
2-3 camb ghee (Lydia gantikan ngan sunflower oil jer)
1/4 cawan whole almonds
i batang kulit kayu manis
pinch of nutmeg dan cardamom powder
White pepper and salt to taste
Pinch of arabic mixed spices-tak boh pun tak apa
Rendam beras selama 1 jam dengan air garam dan toskan.
Carikan ghee/minyak dalam periuk, tumiskan sebentar kulit kayu manis.
Masukkan bears dan gorengkan hingga beras transparent dan masukkan baki bahan lain kecuali air panas dan gaul sebati.
Masukkan air dan masak nasik sehingga kering airnya dan matikan api.
Bila kambing dah masak keluarkan dan buka cover aluminium.
Angkat kambing dan ketepikan seketika.
Air yang ada dalam bekas kambing jangan di buang.
Masukkan nasi tadi dan gaul dengan air yang terdapat dalam bekas masak kambing tadi sekadar sebati.
Letakkan semula kambing di atas nasi tadi, cover semula dengan aluminium foil dan Masukkan semula dalam oven dan masak/ bakar lagi selama 15-20 minit pada suhu 170C.
Offkan oven dan sedia untuk dihidangkan bersama plain yogurt dan salad kegemaran atau bersama sup/air rebusan.
Selamat mencuba.
Kambing rupanya ye Lydia... sekali pandang di fb ingatkan ayam...uniknya cara memasaknya.
ReplyDeleteKambing la kak Amie..kalu yg ori kena masak nasik dalam seko kambing..sapa la nk makan seko kambing tu sbb kami berdua je so terpaksalan di ubah sikit caranya tapi masih mengekalkan rasanyer..silalah cuba kak
Deletebest nampaknya..
ReplyDeletebukan nampak je best kalu makan lagi best!
Delete