Tengok sajalah macam- macam saiz yang terjadi sebab Lydai ni terlebih pandai alas dasar loyang ngan wax paper. Ingatkan tak lekat kalau lapik rupanya lekat gak.. Hadoi memang fenin..lydia boh balik dalam microwave beberapa saat dan terus tarik wax paper tu baru ok..sib baik kalau tak memang ingat nak belanja cik tong dah..
Lydia buat separuh dari resepi di bawah sebab nak mencuba takut buat banyak tak jadi dan tak de sapa lak nak makan.
Alhamdulillah my asben suka Bepang ni siap cakap shukran sebab buatkan snack yang sedap ni..huhuhu..ilang rasa penat dan sakit tangan akibat panazzzz bila ada yang hargai. rasanya bepang ni boleh gunakan almond, pistachio dan macam- macam kacang lagi, tapi kacang tanah sajalah yang paling murah kan..:)
Shukran Chan ramlah dan izinkan Lydia CNP dan share kat sini ya..
HOMEMADE BEPANG KACANG
Rujukan Resepi Dari FB Chah Ramlah.
600g kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100g bijan- digoreng tanpa minyak (x letak)
600g gula pasir
2 camca besar magerin
Masak gula hingga golden brown dan semuanya hancur.
Masukkan magerin.
Bila magerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata.
Tuangkan atas loyang dan canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing- masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh patah gigi.
Bila dah canai cepat2 potong kerana adunan yang keras susah nak potong, memang siksa part ni tapi apa boleh buat..huhuhu
Pastikan pisau anda tajam, Nak senang guna pizza cutter je.
No comments:
Post a Comment