Monday, November 05, 2012

KING FRUIT CREPE (Step By Step)




Assalamualikum dan salam November semua..My 1st N3 di bulan November..Tarrraaaa..Durian Crepe..
Pagi-pagi dah terbau durian. Ada yang kurang mengemari durian kerana baunya dan tak kurang juga yang tidak sukakan rasanya. Pada mulanya my asben si Pak Arab ni jangankan kata nak makan bau pon tutup idung, tap macam mana 2nd trial amkan terus in love dan suka siap request nak makan ngan pulut lagi huhuhu.. Dari tak tahu masak pulut Lydia berkayuh- kayuh belajar kerana dia.. Di Kuwait ni durian senang dapat cuma nak dapat yang masak elok tu payah kena pandai la kalau tak silap hari bulan beli mahal- mahal dapat yang mangko. Hah durian Siam la yang ada kat sini sebab durian ni tak bermusim. Durian Crepe ni tengah panas kat FB sana sini post crepe sampai teruja Lydia nak rasa dan buatnya.
My 1st time trial and error...
Mula- mula buat mmg koyak rabak sebab Lydia ni bukan pandai masak pon sekadar mencuba- cuba layan anak tekak sendiri sebab tak boleh beli.. 1st tebar crepe ni koyak rabak dan browning sikit..Dugaan kalau tak kuat, kena cekalkan hati, Lydia cakap dalam hati kalau 2nd crepe ni pon koyak nak buang je adunan dan makan gitu je durian ngan pulut sebab semalam pon my asben dok tanya pasal durian. Lydia bagia lasan migraine takut makan durian..huhuhu. Kalau bagi dia makan alamat tak merasa ler crepe ni. Niat nk beli durian ni pon kerana nak MENERAI buat crepe. Sebijik kecik dunian dapt beberapa ulas ciput jer pon dah RM28++ dah ler tu tak lembut sngat tapi stay can eat la..
Adunan ni sesuai untuk penduduk sikit atau nak mencuba- cuba. Jom lihat resepi yang Lydia amik dari Mars and Family, tapi lydia kurangkan gula sebab tahu durian dan whip cream dah manis so Lydia letak half je la..tapi kalu U olls suka ikut bulat - bulat resepi ni jer. Shukran ya Mars and Family untuk resepi yang sedap dan simple ni, moga rezeki anda akan berlipat ganda.

RESEPI KULIT
50g tepung gandum
20g tepung ubi
secubit garam
1 biji telur A
2 sudu besar gula-*Lydai boh 1 camb jer
3 sk butter dicairkan
170 ml air
50 ml susu cair-Lydia boh fresh milk sebab tak mo terlalu lemak takut muak pepagi ni
1/2 camt esen vanila
note: pewarna atau perisa yang disukai

Satukan tepung, gula halus dan telur dalam mangkuk.
Masukkan susu cair yang telah dicampur air sedikit sambil dikacau sebati dan halus guna hand whisk.
Masukkan serbuk vanila/perisa dan melted butter, kacau sebati.Tapis adunan..sedia untuk di masak..

Cara memasak:-
 Gunakan kuali non stick size 15cm atau yg besar pun boleh ikut suka la nak saiz apa, terpulang sebesar mana yang diingini.Tapi saiz 15cm tu memang ngam sebab tak sempat muak bila dimakan.

 Panaskan kuali di atas api sederhana kecil dan sapu sedikit minyak untuk kali pertama memasak then boleh ulang sapu selepas setiap 2 biji penkek yang dimasak.

 Tuang sesenduk kecil adunan dalam kuali, ratakan dengan memtarkan kuali, tuang balik adunan yang lebih ke dalam mangkuk(cara mendapatkan kulit yang sangat nipis) Biarkan masak seketika lebih kuarng 1 minit.
  
Berhati-hati di jalan raya ye kerana kulit crepe yang nipis ni mudah terbabas dan x'cident kalau tak sabar.Bila masak, terus angkat dab tak perlu diterbalikkan, maksudnya masak sebelah sahaja.Letakkan terbalik di atas pinggan.. yang saya buat, boleh guna dua-dua belah jika tidak garing sangat dan crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat.


UNTUK FILLING:-
Isi durian secukupnya.(Boleh juga guna mangga,strawberry, kiwi atau apa- apa buah kegemaran)
150 ml fresh cream/ Non dairy Whipping Cream yang dipukul kental.

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental.
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
  
 
Bentangkan 1 keping crepe.Letakkan Whipping Cream di tengahnya.Letakkan isi durian.
Tutupkan semula dengan Whipping Cream.


Lipat crepe, kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
Enak di hidangkan dingin



Atau anda boleh pilih koleksi crepe di bawah ni.Keseimbangan adunan membolehkan kita dapat buat kulit yang nipis serta elok keadaannya(tak mudah koyak).

RESEPI KULIT 1:-(adunan asal untuk penkek yang kami buat breakfast)
250g tepung naik sendiri
3 camb tepung
3 camb gula
1/2 camt garam
2 biji telur
350 ml air

RESEPI KULIT 2:
50g tepung hongkong
20g tepung gandum
20g tepung jagung
20g tepung kastard
20g tepung ubi
2 camb gula
secubit garam
1 biji telur
50ml susu cair
200ml air

Ni CNP kat Blog Kak Azlita masam Manis..
DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE-By : Fatmah Bahlawan-Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas.Kacau rata.Masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat.Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali.Kemudian kecilkan api.Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe.Adunan tak perlu di balikkan.Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat.Buat sehingga habis.Biarkan sejuk.
Durian Filling-By: Nia Kurniasih-Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental.Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe.Letakkan Whipping Cream di tengahnya.Letakkan isi durian.Tutupkan semula dengan Whipping Cream.Lipatlah crepe.Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.Enak di hidangkan dingin

Thursday, November 01, 2012

Maamoul (Stuffed shortbread cookies-step by step)

Maamoul (Stuffed shortbread cookies)

 


Minggu MENGMaamoul je la nampaknya, but this time Lydia try other recipe yang menggunakan yeast lak nak tengok teksturenya macam mana. Lydia buat half je dari resepi dibawah sebab nampak bahan- bahanya banyak takut penat nak menghabiskan sowang- sowang. Apa- apa pun resepi ni pon sedap kerana ianya mempunyai bau dan taste yang tersendiri gitu, bauan rempah. Sila layan dan cuba kalau sudi.
Ni resepi asal yang belum Lydia alih bahasakan sebab Malas..hehheheeee.

Maamoul dough recipe
200 gm butter,room temperature
200 gm margarine,room temperature or ghee-melted
250 ml vegetable oil
2 eggs
1 cup powdered sugar
1 cup powder milk
1 teaspoon rose water
1 teaspoon yeast
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon ground fennel seeds
1/2 teaspoon ground mahlab
1/4 teaspoon mastic, ground finely
1 kilogram flour.

Filling recipe
If you decide to make the whole amount with a single type of filling then use the amounts below, if you want to use more than one filling then use these ratios as a guideline, and make less/more depending on how much you want to make.
1 kg date puree +1/2 cup butter kneaded+1 tbsp of cinnamon+1 tsp cardamom+ 500g chopped walnuts+1/2 cup sugar+2 tbsp orange blossom water+2 tbsp butter/ghee+1 tbsp cinnamon+500 g coarsely ground pistachios+1/2 cup sugar+2 tbsp orange blossom water+2 tbsp melted butter/ ghee+Orange blossom water, +cardamom+cinnamon are added for flavor and are entirely optional. You can replace half of the sugar with 1/4 cup of simple syrup. I find that the addition of the syrup keeps the filling from drying out while baking and makes it more flavorful.

Making the crust dough
Beat the butter margarine &oil. Add the eggs, vanilla &beat till the mix is pale in color. Add the sugar. powdered milk &beat till the mix is creamy &homogenous. Add the yeast, b.powder, mastic, mahlab &ground fennel.Add the flour slowly, 1cup at a time, knead the dough (keeping in mind that you do not want to over work it) till you get a smooth &soft dough. Allow the dough to rest for 1 hour. Cut the dough into egg sized balls.
If making date maamoul:-
  Form the kneaded date puree into small balls about half the size of the dough balls. Flaten the dough ball , place the date ball inside.
 Seal the dough around the stuffing making sure the filling is completely enclosed by the dough and shape it into a ball.

 
Using the molds, place the dough in a mold, press firmly but do not over do it or the maamoul will stick to the mold (see the notes for a trick that will help you get the cookies out of the molds whole every time).

 Place a kitchen towel on a cutting board or your kitchen table. Then invert the mold and tap the end of the mold on the kitchen towel and the formed cookie will fall out. Free form maamoul. With your thumb, press gently in the center of the cookie to make a circular depression. Add your desired pattern using the decorating tweezers or forks.

 
If making pistachio or walnut maamoul
Create a little ball of dough and make a hole in it, making the sides even. Fill with your desired filling.Close the dough by pinching the open dough rim together making sure that the filling is totally covered by dough. Follow the steps of forming the maamool using a mold or tweezer. Baking Maamoul.
  
Bake maamoul on the middle rack of a preheated oven(230C) till the edges are golden brown (5-12 minutes)& then place them under the broiler till the tops are golden brown (2-5 minutes). Take the cookies out of the oven and allow them to cool on the baking sheet for 10-15 minutes then move them to a cooling rack because they are proun to crumble if you move them when they are still hot.
Important notes about making maamoul:- Add the flour slowly because different types of flour absorb fat differently, you may not need the whole kilogram. If you happen to add too much flour and your dough becomes a little dry and crumbly, add 1/2 to 1 stick of softened butter and knead it into the dough and it should go back to being smooth and easy to handle. You can bake maamoul without shaping it, just form the stuffed cookies into balls and arrange them on a baking sheet and bake them, they will be just as tasty without the molds or decorations. You can stuff these cookies with apples that you sautéed with a little butter and cinnamon or with chopped dried figs or dried apricots that you have soaked in rose water. The traditional stuffings are dates, walnuts and pistachios but that does not mean that you cannot be creative. To make it easier to get the cookies out of the molds, I line the molds with a little piece of plastic wrap. Maamoul bakes really quickly, don’t walk away from the oven while the cookies are baking they can go from white to black in a couple of minutes. Kept in an airtight container these cookies will last for 3 weeks.

Sunday, October 28, 2012

DATES MA'AMOUL (Sekut@cookies Arab)

Salam sejahtera semua..dah lama tak post N3 kerana kesibukkan, kemalasan dan kebosanan.. Sibuk kerana ada sedikit kerja yang perlu diselsaikan..Malas dan bosan kerana network selalu hang dan kadang kala terpaksa menunggu lama untuk updatekan sesuatu..
Walaupun Hari raya Aidil Adha dah kepenghujungnya, di kesempatan ini Lydia nak ucapkan EID MUBARAK untuk semua muslimin dan mislimat tak kira di mana anda berada. Hari ni N3 Lydia ada kena mengena dengan perayaan sikit.. tak tahu angin apa melanda inilah kali pertama lydia buat sekut arab yang amat femes tak kira waktu tambahan musim perayaan, rasanya tak sah umah arab tanpa sekut ni..
Ma'amoul (Arabic: معمول‎ ma‘mūl adalah shortbread pastries yang diisikan dengan kurma paste,pistachios, badam, walnuts dll intinya. Ma'amoul ni amat popular di negara arab terutama Arab Gulf countries, ianya dibuat dalam pelbagai bentuk yang dibulat- bulatkan atau dileperkan dan ada juga yang di bentukkan menggunakan tangan ataupun acuan kayu/plastik.
Kebiasaannya Ma'amoul akan di hidangkan bersama kopi arab yang tak bergula. Ianya dihidangkan tak kira musim perayaan atau hari- hari biasa. Ma'amoul ni juga dibuat mengunakan tepung gandum putih atau pun semolina.
Ma'amoul ni lydia buat tadi sebab bosan dok umah tak tahu nak buat apa, selongkar pantry ternampak dates paste so apa lagi mulakan la projek after isyak tadi..buat dalam 1/2kg tepung nak test power dulu..kalau ok esok lusa nak buat lagi nak hantar ke Syria kasi family in law. TERPAKSAlah rajinkan diri sebba dates paste ada dalam 5kg berbaki tu tak tahu nak buat apa. Dari X'pired baik di manafaatkan..
Jom tengok resepi yang senang ni..


 
Resepinya Lydia ciplak dari sini dan add in sikit bahan lain ikut selera tekak sendiri..
  
Doh:-
21/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor (*Lydia letak 1/2 cawan jer)
3/4 cawan ghee
2 butir telur kuning
1/4 cawan thick cream
1/2 tsp vanilla
1/2 tsp baking powder
1/4 camt mahlab
1/4 camt mastika
Pukul gula dan ghee hingga kembang.
Masukkan telur kuning, thick creamn vanilla dan baking powder.
Pukul lagi sebentar hingga sebati.
Masukkan tepung dan gaul sebati hingag mendapat adunan doh yang lembut.
Biarkan doh rehat selama 30 minit.
Inti:-
1 cawan kurma tanpa biji-(lydia guna paste kurma yg beli kat kedai)
1 tbsp butter
1tsp cardamom powder
1tsp cinnamon powder (lydia add sendiri)
1/2 camt rose water
Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada bebola kecil ikut suka nak letak banyak mana dan juga tergantung pada acuan anda.
  

Note:- dengan menggunakan acuan ni lydia dapat 40 biji Ma'amoul sebesar biskut marie yang bulat besar. Tupon buat 2 adunan dari adunan di atas..Len kali nak baut kecik supaay senang ngap..huhuhu.., kelembutan memenhui my taste sebab tak keras, kering atau terlalu manis. Ni dia rupa my acuan ma'moul plastik

Cara buat Ma'amoul
Ambil sedikit doh dan isikan dengan inti tamar ditengahnya.
Masukkan ke dalam acuan dan ketuk keluar.
Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160-180C (ikut oven masing) selama 20 minit atau golden brown.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..

Saturday, October 13, 2012

APAM INDON

2nd time buat apam ni sebab masa 1st time buat apam ni naik mengunung macam kek kerana kesilapan Lydia nak cepat masak guna api yang besar. Rupanya amam ni kena guna api yang SLOW. Tapi rasanya masih belum puas hati sebab lom jadi cantik lagi macam Kak Che Ct, Dayang Jack atau Yati yang pandai melapis kek versi kukus. Kena belajar dan belajar..Insha'Allah dah ada improvement dari yang 1st dulu..Resepi ni dapat dari umah Yati..izinkan lydia CNP dan share kat sini yer. Walaupon tak secantik apam yang Yatie buat tapi rasanya sedap dan insha'Allah akan mencuba lagi di masa yang akan datang..:)



APAM INDON

5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
2 sudu besar minyak-Yatie tambah
pewarna dan perisa kegemaran

Panaskan kukusan.
Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Ayakkan tepung bersama baking powder. Campurkan garam ke dalam susu. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit.
Kemudian masukkan esen vanilla.Kurangkan kelajuan mixer.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, ikut suka nak berapa kaler.
Masukkan perwarna yg disukai.
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan, kukus lapisan coklat yang pertama selama 10 minit atau bahagian atas tu tak melekat dan kering sepenuhnya, kemudian letakkan 4 warna yang lain secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit.
Bila dah masak ita tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran 20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.

**Masa mengukus, tutup loyang tu dgn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.

KUE LAPIS GANDUM

Dah berbulan laamnya Lydia dok cari Tepung Beras Made In Thailand, tapi tak jumpa. Merata supermarket dari kecil sampai yang besar pon tak jumpa di Kuwait ni, yang ada semuanya from India. Tepung beras Made in India ni kasar teksturenya tak sesuai buat kue kerana pernag pernah 2 kali try buat tapi hasilnya tak ok, sejak dari itulah dah takut nak guna tepung Bears India lagi. Resepi ni dah bertahun terSAVE kat my folder, selongakar punya selongkar jumpalah dan Lydia try buat 1/2 adunan jer for testing kerana takut tak sedap lak sebab selalu nampak orang guna tepung beras. Lydia dapat resepi ni dari My Resipi from Junjs11. Rasanya ok sedap dan lembut serta kemanisannya pon ok jer tak yah nak adjust lagi. Dibawah ni adalah resepinya. Izinkan Lydia CNP kat sini yer Junjs11. Lydia buat guna acuan lompang sebab kue versi potong motong ni Lydia seramz takut tak cun bila potong..hanya orang rajin jer yang buat guna mould kecil- kecil. Kenapa? rajin nak simpan dan mencuci nanti..huhuhuhuuu..


KUE LAPIS GANDUM- satu loyang kecil
250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair
1 sudu besar minyak

Campur semua sekali dalam mangkuk.
kacau sebati.
Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada 2, isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian.
Lydia letak kaler pink dan yang lagi satu tu lydia biarkan plain jer.
Kukus selapis demi selapis, selang seli warnanya.
Biar sejuk baru potong, kalau boh dalam acuan kecil pon kena sjukkan dulu baru leh keluarkan...
Selamat mencuba



Monday, October 08, 2012

MUJADARA (Rice & Lentil Pilaf with Caramelized Onion)



Mujadara adalah Lebanese dish, bahan utamanya adalah nasi dan dhal/lentil yang dimasak dan atasnya ditaburi dengan bawang goreng. Akan tetapi nasi dan dhal/lentils dimasak berasingan dan selepas itu baru dicampurkan bersama. Hidangan yang amat simple, sedap dan juga healthy. Hidangan yang senang lagi murah ni sesuai di hidangkan untuk lunch mahupun dinner bersama yogurt dan salad saja.
Tadi lunch Lydia masak mujadara, my hb tanya.."Apa ni?"..Lydia jawab Mujadara..dia ketawa..bengkek betul dah la orang penat masak untuk dia, dia ketawa lak..I ask him Why, dia jawab ni bukan Mujadara. I told him I get the recipe from internet long long time ago and I have 3-4 recipe kat my folder, semuanya sama.
Tak puas hati, Lydia tunjukkan recipe dan gambarnya sekali, terdiam dia..Rupanay mujadara Syrian lain tak macam ni. Di Syria Mujadara adalah burgul dan dhal/lentil bukannya nasi. Patut pon dulu pernah my SIL in law bagi makan but I forget namanya.. ok..fine, sebab tiap negara ada recipe yang tersendiri.. and promise him akan masak his version bila g shopping nanti.. hampeh tul.
Versi Lebenese ni pon sedap katanya, tapi dia nak versi Syria gak.. Apa- apa pon kita layan versi ni dulu and next time Lydia try Syrian recipe and post again..

Mujadara (Rice, Lentil, & Caramelized Onion Pilaf)-
2 biji bawang besar (medium-large size)-bahikan kepada 2 bahagian
5 camb olive oil-bahagi kepada 3
2 cawan basmathi
1 1/2 cawan brown lentils
1 helai bay leaf
1 cardamom pod, crushed
1 camt cumin powder
1/2 camt arabic mixed spices
garam dan lada hitam powder to taste

Bahan lain:-
Plain yogurt
Hirisan bawang atau tomato-untuk dihidangkan nanti jika suka

Lentils/dhal:- Bersihkan lentils dan sejat degan penapis. Panaskan 3 cawan +- air atau ciken/beef stock hingga mendidih dan amsukakn lentils (JANGAN masukkan garam). Masak lentils hingga lembut selama 20-30 minutes. Bila dah masak, tapiskan lebihan air dengan penapis dan ketepikan sebentar.

Nasi:- Cincang sebiji bawang besar in a small cube. In a medium pot, panaskan 3 camb olive oil on medium heat, sauté bawang hingga lembut/light brown. Masukkan garam,bay leaf,cardamom pod,cumin, allspice, black pepper powder dan sauté sebentar dalam 30 sa



at sehingga berbau wangi. Masukkan beras yang telah dicuci dan gorengkan sebentar selama beberapa minit hingga beras jadi transparent. Masukkan air panas dan amsak nasi seperti biasa hingga masak. Bila dah masak masukkan dhal bersama nasi.

Bawang Goreng:- Hiris bawang besar nipis dan gorengkan hingga golden brown berasam baki 2 camb olive oil tadi.

Cara menghidang:- Masukkan campuran nasi dan dhal/lentils ke dalam pinggan, taburkan dengan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan bersam ayogurt dan salad/hirisan bawang & tomato.

Sunday, October 07, 2012

KACANG PHOOL -VERSI YEMEN



Kacang Foul memang selalu di hidangkan bersama roti pita semasa sarapan atau dinner. Hidangan kacang Phool ni jarang Lydia buat sebab Lydia ni buakan pengemar makanan ni so kalau buat pon setahun beberapa kali jer, tapi kalau g umah family in law kalau di hidangkan Phool ni lydia cicah ler gak sikit, selalunya my family in law buat kacang Phool ni guna tahina, garlic dan lemon juice je..kacau- kacau siap tak yah rumit nak numis itu ini. Hari tu masa time buat XTVT recheck and repack barang yang disumbang kawan- kawan dan jiran- jiran untuk mangsa perang Syria Lydia buat kacang Phool versi Yeman ni..seronok tengok dia orang makan sampai licin pinggan. Mula- mula masing- masing tu X'sen tak mo jamah sebab tak pernah makan sekali try hirup ngan sudu ko..hehheheee...
Resepi kacang Phool ni lydia buat sendiri setelah bebrapa kali makan kat Restoran yemen..rasanya memang sebijik kat restoran so sejak dari tu kami tak pernah beli lagi..masak sendiri jer.. Silalah cuba ya kawan- kawan..senang je, resepi tu kat bawah..

Kacang Phool-versi Yemen
1/2 tin kacang phool (yg dalam tin tu jer)
2 ulas bawang putih-didadu halus
1 biji bawang besar (edium size)-didadu kasar
1 biji capsicum (medium size)-didadu kasar
1 biji tomato-didadu kasar
sedikit daun corainder-dipotong halus
a pinch of tumeric powder
1/4 cmt arabic mixed spices
1/4 cmt cumin powder
1-2 camb lemon juice
pinch of salt & black peper powder
2 camb olice oil-nak tumis
sedikit olive oil untuk garnishing kat atas*
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar hingga naik bau dan masukkan bawang putih, biarkan seketika hingga terbit baunya. Masukkan tomato, capsicum, cumin, tumeric powder, black paper, arabic mixed spices, masak sebentar hingga sayur sedikit layu dan masukkan kacang phool dan lemon juice. Biarkan hingga mendidih, kacau seketika & lenyekkan sedikit kasi kacang phool sedikit hancur. Offkan api, masukkan corainder leave, kacau rata, tuangkan ke dalam pinggan & tuangkan sedikit oilve oil di atasnya.. selamat mencuba..enak di makan bersama roti pita arab