Sunday, October 28, 2012

DATES MA'AMOUL (Sekut@cookies Arab)

Salam sejahtera semua..dah lama tak post N3 kerana kesibukkan, kemalasan dan kebosanan.. Sibuk kerana ada sedikit kerja yang perlu diselsaikan..Malas dan bosan kerana network selalu hang dan kadang kala terpaksa menunggu lama untuk updatekan sesuatu..
Walaupun Hari raya Aidil Adha dah kepenghujungnya, di kesempatan ini Lydia nak ucapkan EID MUBARAK untuk semua muslimin dan mislimat tak kira di mana anda berada. Hari ni N3 Lydia ada kena mengena dengan perayaan sikit.. tak tahu angin apa melanda inilah kali pertama lydia buat sekut arab yang amat femes tak kira waktu tambahan musim perayaan, rasanya tak sah umah arab tanpa sekut ni..
Ma'amoul (Arabic: معمول‎ ma‘mūl adalah shortbread pastries yang diisikan dengan kurma paste,pistachios, badam, walnuts dll intinya. Ma'amoul ni amat popular di negara arab terutama Arab Gulf countries, ianya dibuat dalam pelbagai bentuk yang dibulat- bulatkan atau dileperkan dan ada juga yang di bentukkan menggunakan tangan ataupun acuan kayu/plastik.
Kebiasaannya Ma'amoul akan di hidangkan bersama kopi arab yang tak bergula. Ianya dihidangkan tak kira musim perayaan atau hari- hari biasa. Ma'amoul ni juga dibuat mengunakan tepung gandum putih atau pun semolina.
Ma'amoul ni lydia buat tadi sebab bosan dok umah tak tahu nak buat apa, selongkar pantry ternampak dates paste so apa lagi mulakan la projek after isyak tadi..buat dalam 1/2kg tepung nak test power dulu..kalau ok esok lusa nak buat lagi nak hantar ke Syria kasi family in law. TERPAKSAlah rajinkan diri sebba dates paste ada dalam 5kg berbaki tu tak tahu nak buat apa. Dari X'pired baik di manafaatkan..
Jom tengok resepi yang senang ni..


 
Resepinya Lydia ciplak dari sini dan add in sikit bahan lain ikut selera tekak sendiri..
  
Doh:-
21/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula castor (*Lydia letak 1/2 cawan jer)
3/4 cawan ghee
2 butir telur kuning
1/4 cawan thick cream
1/2 tsp vanilla
1/2 tsp baking powder
1/4 camt mahlab
1/4 camt mastika
Pukul gula dan ghee hingga kembang.
Masukkan telur kuning, thick creamn vanilla dan baking powder.
Pukul lagi sebentar hingga sebati.
Masukkan tepung dan gaul sebati hingag mendapat adunan doh yang lembut.
Biarkan doh rehat selama 30 minit.
Inti:-
1 cawan kurma tanpa biji-(lydia guna paste kurma yg beli kat kedai)
1 tbsp butter
1tsp cardamom powder
1tsp cinnamon powder (lydia add sendiri)
1/2 camt rose water
Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada bebola kecil ikut suka nak letak banyak mana dan juga tergantung pada acuan anda.
  

Note:- dengan menggunakan acuan ni lydia dapat 40 biji Ma'amoul sebesar biskut marie yang bulat besar. Tupon buat 2 adunan dari adunan di atas..Len kali nak baut kecik supaay senang ngap..huhuhu.., kelembutan memenhui my taste sebab tak keras, kering atau terlalu manis. Ni dia rupa my acuan ma'moul plastik

Cara buat Ma'amoul
Ambil sedikit doh dan isikan dengan inti tamar ditengahnya.
Masukkan ke dalam acuan dan ketuk keluar.
Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160-180C (ikut oven masing) selama 20 minit atau golden brown.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara..

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian resepi, mesti lydia seronok dapat tinggal di perautauan.

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam.. saja share resepi ilangkan boring sebatang kara kat sini..huhuuu..memang tak best langsung!

    ReplyDelete