Tuesday, September 11, 2012

KHASIAT TAUGE YANG KITA TAK TAHU..



Ada beberapa teman Indonesia Lydia member tahu kalau nak anak atau banyak anak kena makan Tauge banyak- banyak. Nak tergelak pon ada dengar kenyataan ni..Lydia tanya asal lak makan tauge boleh cepat dapat anak atau banyak anak, jawab mereka kerana tauge ni cepat bercambah..hehehheee.. Rasa macam cerota dongeng pulak tapi bila di Google kat net ternyata amalan serta percakapan mereka bukan mitos tapi telah dibuktikan oleh saintis..

Bukan apa hidangan tauge ni dianggap sebagai sajian makan murahan dan langsung tidak menyelerakan Tapi tahukah anda, tauge yang selalu di gandingkan dengam mee, meehoon atau mee ni sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti:-

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya yang mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Kesuburan

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Mengurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Selepas membaca kebaikan tauge ni janganlah pandang tauge ni sebelah amta jer ya..jom kita amalkan makan tauge selalu kerana ia mempunyai banyak manafaat serta khasiat dan jua ianya murah.

Saturday, August 18, 2012

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP


Biskut ke-3 dan rasanya setakat ini sajalah biskut rayaku sebab dah penat nak menyekut. Kalau baut kek senang, godek- godek terus tuang dalam loyang, masukkan dalam oven siap. Kalau biskut ni nak uli, canai terap, bako dan nuysun..perghhh memang tak suka kalau yang rajan macam Lydia.
Resepi dari kak Liza..thanks kak Liza..izinkan lydia CNP kat sini ya..



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP -Kak Liza
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B (gaul rata)
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum


Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C,25 minit/hingga masak.
Sejukkan dan simpan dlm balang kedap udara.

BISKUT BUNGA CINA




Biskut raya ke-2 CNP dari Kak Wan jer. Biskut ni kurang sweet so sesuai nak makan banya- banyak kalau yang ada sakit pon boleh joint semolot...hehhehee..Lydia buat 1/ adunan je sebab MALAS nak menekan so jadilah buat layan rasa teringin kat tekak tu kan. Lydia tak boh kaler just nuteral beauty gitu..bukan apa sebab posa- posa ni terlupa lak. Tapi tak per janji sodap. Thanks Kak Wan atas perkongsian ilmu ni..izinkan Lydia share kat sini ya.

BISKUT BUNGA CINA-By : Kak Wan
250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna ~ jika suka
sedikit putih telur


Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul.
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
Ambil sedikit doh, warnakan dengan warna~jika suka Sediakan loyang pembakar.
Leserkan dengan sedikit mentega.
Panaskan oven pada suhu 140C.
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih.
Tekan adunan di atas dulang pembakar.Buat sehingga habis adunan.
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina~supaya ceri tidak tertanggal.
Letakkan ceri merah di atasnya.
Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna

BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER

Biskut rayaku yang pertama.... dah lama tak buat biskut selalu masa ka Malaysia main tunjuk- tunjuk saja tak tahu apa angin melanda tahun ni Lydia buat kuih raya. Biskut ni lembut dan tak keterlaluan manisnya kerana Lydia kurangkan sikit gula tu dari 3/5 ke 3/4 je so pandai- pandailah ikut taste anda ya.
Thanks Noorsha sebab berkongsi resepi yang mudah dan sedap. Lydia CNP kat my blog kal untuk di sharekan ilmu supaya dapat dimanafaatkan oleh orang lain lak..



BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER-Sumber : http:// noorsha.blogspot.com

1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng & diblend
1 mangkuk tepung gandum
3/5 mangkuk gula halus
1/2 cawan peanut butter
Minyak jagung secukupnya
Bahan² Untuk Hiasan
kuning telur secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Kacang tanah secukupnya



Satukan semua bahan dlm mangkuk kecuali minyak jagung.
Gemburkan dan kacau agar bergaul rata.
Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus diramas- ramas adunan sehingga menjadi doh.
Pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak telalu keras.
Bulat-bulatakn atau terap doh mengikut corak yg diingini, susun dalam dulang pembakar, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan sebutir kacang tanah.
Bakar pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang.
Setelah masak,angkat biskut perlahan² sejukkan ke atas redai.
Hati- hati, biskut ni agak rapuh sewaktu panas, tapi jangan risau, tekstur biskut ni jadi sedang elok je bile dah sejuk.
Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara, dan lapis dengan kertas/ tissu untuk menyusun lapisan seterusnya.
Selamat Mencuba

Note:- Gna saiz mangkuk yang sama besar untuk setiap sukatan bahan

SALAM LEBARAN..


Assalamualikum dan salam lebaran buat semau family mahupun teman- teman tak kira di mana berada. Esok kita akan menyambut hari raya aidil fitri.. Tahun ni Lydia beraya di Kuwait lagi. Sedihnya sebab tak dapat bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan pada keluarga, kampung halaman dan tanah air sendiri bersarang di dalam hati. Terbayang ketika ini kesibukan ibuku dan tok membalut ketupat palas dan membuat rendang.. Kalau Lydia berada di Malaysia Lydia hanyalah orang yang sibuk menemas rumah saja kerana kerja daput tak tahu nak tolong sebab dulu tak pandai masak. Kalau lebih po setakat kopek kelapa dan pergi beli barang dapo tu sudah menjadi kerjaku.
Ya Allah kuatkalah hatiku dan keluarga ku serta berilah kegembiraan buat mereka walaupun Lydia jauh di perantauan...

"Dalam dingin subuh hatiku terluka..
kenang nasib diri di rantauan.."
Tiap kali raya lagu sudirman ni membuatkan hatiku bergelora seganas Tsunami..

Buat teman- teman/ pengunjung Blog ni Lydia ambil kesempatan di kejauhan ini untuk memohon ampun ampun dan maaf andai kata ada yang tersinggung perasaan atau ada resepi- resepi yang Lydia pernah cuba tapi tak add nama anda kerana terlupa siapakah empunya resepi.. harap halalkan ya.


Thursday, August 16, 2012

Kek Lapis Cheese Watermelon



Assalamualikum semua, sejak buat kek lapis menjadi ni rasa macam GIAN nak melapis jer... semalam lydia buat kek lapis cis tembikai ni. sayang seribu kali sayang acuan ku kontot tak cukup tinggi sebab tu tembikai tu kemetot je, dah tu adunan banyak sesuai untuk loyang besa. Kalau tak salah my loyang kek ni 9x9 je..loyang kek biasa sebba kat Kuwait mana ada acuan kek lapis segi empat tepat. Bedal gak sebab teringin dan gian nak melapis..belen adunan tu lydia layer dalam pyrex cuma boh kaler lain (hijau kuning) dan rasanya leh buat roll nanti..insha'Allah ada gak veriaties dan dapat dimanafaatkan.
Tak ingat resepi ni dapat dari siapa sebab lama tersimpan kat folder, tapi sedap lemak berkerim jer untuk menambahkan spare tyre kat badan. Terima kasih empunya resepi Lydia tumpang CNP dia sini ya. Moga ilmu yang anda kongsiakn ni dapat dimanafaatkan oleh orang lain gak..


Kek Lapis Cheese Watermelon

Bahan A
10 biji telur (gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)
400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips

Pukul Bahan A dengan speed laju maksimum selama 4 minit.
Masukkan Ban\han B ke dalam adunan Bahan A,sediki demi sedikit hingga habis.
Teruskan memukul Bahan A+B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.
Pukul Bahan C-Butter & cream cheese,dipukul menggunakan kelajuan maksimum selama 3 minit.
Masukkan susu pekat manis,pukul rata.
Masukkan C ke dlm A & B tadi.
Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau,asal dan merah.
Bakar guna api atas sahaja.
Coklat nanti ditabur bagi lapisan yg berwarna merah(nak bagi nampak mcm biji tembikai).
Bakar sehingga selesai.
Note:- Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method.Menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana.

Kek Lapis Evergreen Ekonomi


Dah lama teringin nak baut kek lapis ni..tergoda selalu bila skodeng kat umah Dayang Jack & Bro Rozzan, sebab kek lapis dia org semuanya cantik- cantik belaka. Dulu masa kat Malaysia sebelum kawen pernah sekali TRY buat kek lapis rempah..sebab tak jadi biang dalam tong sampah dan jadi fobia nak menerai untuk kali keduanya. But alhamdulillah tak tahu sejak dok Kuwait ni, tetiba je pandai masak. Something yang mustahil bagi Lydia kini jadi kenyataan..
Mula nak buatkek lapis ni carik resepi yang paling murah sebba bakalu tak jadi tak ler bazir sangat, maka TERjumpalah resepi Kak Fida ni. Dengan serba kedaifan tanpa penekan kek dan loyang kek lapis pon lydia redah gak buat but alhamdulillah menjadik walaupon kemetot kerana acuan tu..jadilah nak isi perut sendiri kan..
Kat bawah ni resesepinya Lydia CNP dari Kak Fida. Terima kasih Kak Fida, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsikan ni..

Kek Lapis Evergreen Ekonomi kak fida@myresipi( loyang 9x6 / 7x7 inc)

250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
2 sb pandan pes
1 sk pewarna hijau
50g peket serbuk santan
170g cawan tepung naik sendiri - diayak
1/4 sk serbuk vanilli (opt)

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula.
Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
Tuang 1 1/2 senduk adunan(1 senduk nk lapisan nipis),ratakan ke dlm loyang yg dialas& digris dasarnya.
Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.
Bakar selapis2 hingga habis.
Lapisan terakhir,bakar api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.