Thursday, August 16, 2012

Kek Lapis Cheese Watermelon



Assalamualikum semua, sejak buat kek lapis menjadi ni rasa macam GIAN nak melapis jer... semalam lydia buat kek lapis cis tembikai ni. sayang seribu kali sayang acuan ku kontot tak cukup tinggi sebab tu tembikai tu kemetot je, dah tu adunan banyak sesuai untuk loyang besa. Kalau tak salah my loyang kek ni 9x9 je..loyang kek biasa sebba kat Kuwait mana ada acuan kek lapis segi empat tepat. Bedal gak sebab teringin dan gian nak melapis..belen adunan tu lydia layer dalam pyrex cuma boh kaler lain (hijau kuning) dan rasanya leh buat roll nanti..insha'Allah ada gak veriaties dan dapat dimanafaatkan.
Tak ingat resepi ni dapat dari siapa sebab lama tersimpan kat folder, tapi sedap lemak berkerim jer untuk menambahkan spare tyre kat badan. Terima kasih empunya resepi Lydia tumpang CNP dia sini ya. Moga ilmu yang anda kongsiakn ni dapat dimanafaatkan oleh orang lain gak..


Kek Lapis Cheese Watermelon

Bahan A
10 biji telur (gred A)
150gm gula halus
180 gram tepung hong kong
30 gram ovalet

Bahan B
100gm horlick

Bahan C
450gm mentega (biar lembut)
250gm cream cheese (biar lembut)
400 gram susu pekat manis

Bahan D
chocolate chips

Pukul Bahan A dengan speed laju maksimum selama 4 minit.
Masukkan Ban\han B ke dalam adunan Bahan A,sediki demi sedikit hingga habis.
Teruskan memukul Bahan A+B dengan kelajuan tinggi selama 1 minit lagi.
Pukul Bahan C-Butter & cream cheese,dipukul menggunakan kelajuan maksimum selama 3 minit.
Masukkan susu pekat manis,pukul rata.
Masukkan C ke dlm A & B tadi.
Gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 warna - hijau,asal dan merah.
Bakar guna api atas sahaja.
Coklat nanti ditabur bagi lapisan yg berwarna merah(nak bagi nampak mcm biji tembikai).
Bakar sehingga selesai.
Note:- Kek ini menggunakan method Sponge Cake Method.Menggunakan mixer berkuasa kuda sederhana.

No comments:

Post a Comment