Saturday, August 18, 2012

SALAM LEBARAN..


Assalamualikum dan salam lebaran buat semau family mahupun teman- teman tak kira di mana berada. Esok kita akan menyambut hari raya aidil fitri.. Tahun ni Lydia beraya di Kuwait lagi. Sedihnya sebab tak dapat bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan pada keluarga, kampung halaman dan tanah air sendiri bersarang di dalam hati. Terbayang ketika ini kesibukan ibuku dan tok membalut ketupat palas dan membuat rendang.. Kalau Lydia berada di Malaysia Lydia hanyalah orang yang sibuk menemas rumah saja kerana kerja daput tak tahu nak tolong sebab dulu tak pandai masak. Kalau lebih po setakat kopek kelapa dan pergi beli barang dapo tu sudah menjadi kerjaku.
Ya Allah kuatkalah hatiku dan keluarga ku serta berilah kegembiraan buat mereka walaupun Lydia jauh di perantauan...

"Dalam dingin subuh hatiku terluka..
kenang nasib diri di rantauan.."
Tiap kali raya lagu sudirman ni membuatkan hatiku bergelora seganas Tsunami..

Buat teman- teman/ pengunjung Blog ni Lydia ambil kesempatan di kejauhan ini untuk memohon ampun ampun dan maaf andai kata ada yang tersinggung perasaan atau ada resepi- resepi yang Lydia pernah cuba tapi tak add nama anda kerana terlupa siapakah empunya resepi.. harap halalkan ya.


No comments:

Post a Comment