Thursday, August 16, 2012

Kek Lapis Evergreen Ekonomi


Dah lama teringin nak baut kek lapis ni..tergoda selalu bila skodeng kat umah Dayang Jack & Bro Rozzan, sebab kek lapis dia org semuanya cantik- cantik belaka. Dulu masa kat Malaysia sebelum kawen pernah sekali TRY buat kek lapis rempah..sebab tak jadi biang dalam tong sampah dan jadi fobia nak menerai untuk kali keduanya. But alhamdulillah tak tahu sejak dok Kuwait ni, tetiba je pandai masak. Something yang mustahil bagi Lydia kini jadi kenyataan..
Mula nak buatkek lapis ni carik resepi yang paling murah sebba bakalu tak jadi tak ler bazir sangat, maka TERjumpalah resepi Kak Fida ni. Dengan serba kedaifan tanpa penekan kek dan loyang kek lapis pon lydia redah gak buat but alhamdulillah menjadik walaupon kemetot kerana acuan tu..jadilah nak isi perut sendiri kan..
Kat bawah ni resesepinya Lydia CNP dari Kak Fida. Terima kasih Kak Fida, moga Allah memberkati ilmu yang anda kongsikan ni..

Kek Lapis Evergreen Ekonomi kak fida@myresipi( loyang 9x6 / 7x7 inc)

250 g mentega
3/4 cwn gula halus/kastor
6 biji telur - A (yg sejuk dr peti ais)
1 sk ovallete
200 g susu pekat manis
2 sb pandan pes
1 sk pewarna hijau
50g peket serbuk santan
170g cawan tepung naik sendiri - diayak
1/4 sk serbuk vanilli (opt)

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula.
Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
Tuang 1 1/2 senduk adunan(1 senduk nk lapisan nipis),ratakan ke dlm loyang yg dialas& digris dasarnya.
Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.
Bakar selapis2 hingga habis.
Lapisan terakhir,bakar api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment