Biskut rayaku yang pertama.... dah lama tak buat biskut selalu masa ka Malaysia main tunjuk- tunjuk saja tak tahu apa angin melanda tahun ni Lydia buat kuih raya. Biskut ni lembut dan tak keterlaluan manisnya kerana Lydia kurangkan sikit gula tu dari 3/5 ke 3/4 je so pandai- pandailah ikut taste anda ya.
Thanks Noorsha sebab berkongsi resepi yang mudah dan sedap. Lydia CNP kat my blog kal untuk di sharekan ilmu supaya dapat dimanafaatkan oleh orang lain lak..
BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER-Sumber : http:// noorsha.blogspot.com
1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng & diblend
1 mangkuk tepung gandum
3/5 mangkuk gula halus
1/2 cawan peanut butter
Minyak jagung secukupnya
Bahan² Untuk Hiasan
kuning telur secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Kacang tanah secukupnya
Satukan semua bahan dlm mangkuk kecuali minyak jagung.
Gemburkan dan kacau agar bergaul rata.
Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus diramas- ramas adunan sehingga menjadi doh.
Pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak telalu keras.
Bulat-bulatakn atau terap doh mengikut corak yg diingini, susun dalam dulang pembakar, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan sebutir kacang tanah.
Bakar pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang.
Setelah masak,angkat biskut perlahan² sejukkan ke atas redai.
Hati- hati, biskut ni agak rapuh sewaktu panas, tapi jangan risau, tekstur biskut ni jadi sedang elok je bile dah sejuk.
Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara, dan lapis dengan kertas/ tissu untuk menyusun lapisan seterusnya.
Selamat Mencuba
Note:- Gna saiz mangkuk yang sama besar untuk setiap sukatan bahan
No comments:
Post a Comment