Tuesday, September 11, 2012

KHASIAT TAUGE YANG KITA TAK TAHU..



Ada beberapa teman Indonesia Lydia member tahu kalau nak anak atau banyak anak kena makan Tauge banyak- banyak. Nak tergelak pon ada dengar kenyataan ni..Lydia tanya asal lak makan tauge boleh cepat dapat anak atau banyak anak, jawab mereka kerana tauge ni cepat bercambah..hehehheee.. Rasa macam cerota dongeng pulak tapi bila di Google kat net ternyata amalan serta percakapan mereka bukan mitos tapi telah dibuktikan oleh saintis..

Bukan apa hidangan tauge ni dianggap sebagai sajian makan murahan dan langsung tidak menyelerakan Tapi tahukah anda, tauge yang selalu di gandingkan dengam mee, meehoon atau mee ni sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti:-

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya yang mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Kesuburan

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Mengurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Selepas membaca kebaikan tauge ni janganlah pandang tauge ni sebelah amta jer ya..jom kita amalkan makan tauge selalu kerana ia mempunyai banyak manafaat serta khasiat dan jua ianya murah.

2 comments:

  1. Salam Lydia,
    memang akak pun ada dgr kalau nak anak makan taugeh banyak-banyak tu.Tapi segalanya akhirnya bergantung pada rezeki gak kan...Tapi orang yang ada sakit SLE macam akak tak leh makan taugeh banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..maaf lambat reply sbb terlepas pandang..semuanaya rezeki from Allah, kita hanya berusaha & berikhtiar saja kan:)

      Delete