Wah dalam bulan ni dah dua kali buat kerana mendapat permintaan Pak Arab kat umah, katanya yang lepas tu sikit je tak cukup.. Bukan apa testing POWER dulu kalu dapat sambutan baru leh buat. Tapi kali ni tambah udang kering sikit. Dalam hati tu takut gak kot- kot my huby tak makan
Seram sejuk gak sebab dah TERBUAT banyak takut tak mendapat sambutan,nanti cik tong yang kenyang. Alhamdulillah my huby suka sebab dia tak nampak dan rasa sangat udang kering tu..
KEREPEK GUNTING (II)
1Kg tepung gandum
1 cmt serbuk kunyit*
1 cmt cili powder* (ikut suka pedas)
1/2 cmt black peper powder*
2 camb udang kering*
2 camb jintan manis*
2 camb jintan putih*- dikisar bersama hingag jadi serbuk
garam/ perasa secukupnya
1/2 cawan minyak zaitun
air secukupnya
sedikit daun kari-potong kecil-kecil(optional)
minyak untuk menggoreng terendam
-Blend bahan*hingga jadi serbuk.
-Tuang bahan kisar ke dalam tepung.
-Masukkan garam, daun kari dan minyak zaitun,gaul hingga jadi seperti bread crumbs.
-Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai adunan kenyal dan tak melekat ditangan atau mangkuk adunan (Adunan ni lebih kurang macam tepung kulit karipap jer).
-Rehatkan doh selama 15 minit.
-Kemudian canai nipis- nipis panjang (Lydia guna mesin pasta jer).
-Taburkan tepung agar permukaan agar tidak melekat.
-Potong nipis menggunakan pisau/boleh di gunting (guna mesin pasta gak).
-Ulang proses mencanai dan memotong sampai habis.
-Tabur sedikit tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat antara satu sama lain.
-Bila dah garing angkat dan sejatkan.
-Simpan dalam bekas kedap udara.. SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment