Friday, May 04, 2012

HOME MADE LAKSA BERAS

Dah berbulan- bulan ku pendamkan keinginan di hati nak makan laksa utara/ laksa Penang.. Tapi apakan daya laksa tak de di bumi arab ni..pernah ternampak kat shopping complex macam laksa kering from Phlipine tapi seram nak beli, takut salah atau rasa tak sama.. Semalam dan hari ni TAK TERTAHAN ngan godaan rakan dari FACEBOOK yang dok menayang laksa je maka hari ni weekend lak tu,tak keje dan tak de aktiviti nak dibuat serta my hb pon outstation so apa lagi..press diri buat gak.. Kalu ikutkan angin "M-A-L-A-S" memang nak berlingkar je depan Tv kat sofa.. takut lak silap hari bulan TER'Zzzzzzzz.. Sambil dok menekan teringat MY MOM sebab dia memang peminat laksa..kalu my mom ada kat sini pon mesti dia hepi makan fresh laksa. Insha'Allah nanti balik Malaysia amik dia bawak mai sini. Dalam dok teringat tu tergat lagi lak laksa KUALA PERLIS yang ada daun pisang..Hahahah..nampak gayanya past ni kerje Melaksa jer la,next time nak try kukus guna daun pisang macam kat Kuala Perlis tu.. Resepi memang tak ingat dapat dari mana, yang pasti kat net sebab daj berKURUN menyimpannya. Pada empunyaay resepi halalkan dan terima kasih atas ilmu anda itu.. Pembuatannya memang cepat dan senang cuma tak tahan part nak amik doh panas tu jer yang lain BEREHHHHH.. Jom skodeng resepi laksa yang simple cepat dan halal serta sedap ni.. Taraaaaa.... nin dia laksa cheq yang terhasil dari ayaq tanganku di bumi arab ni..
HOMEMADE LAKSA BERAS..
2 cawan tepung beras India
1/4 cawan tepung ubi
21/2 cawan air panas mendidih
Sedikit garam
Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.

Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau tepung supaya sebati dengan air.
AWAS! panas, gunakan senduk kayu jer senang..

Gaulkan tepung dan uli sehingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh yang sederhana lembut.

Kepal- kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan kedalam acuan muruku.

Tekan di atas periuk kukusan.
Panaskan air dalam pengukus.

Kukus selama 2-3 minit bergantung kpd jumlah laksa tersebut.
Keluarkan dari pengukus dan bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan.

Tuesday, May 01, 2012

CRISPY BELGAN WAFFLE

CRISPY BELGAN WAFFLE
Dinner malam ni mengWAFFLE lagi. dah 2 malam berturut- turut buat waffle tapi kali ni I LIKE it! Resepi dari Chef Amirul Abd Aziz rakan FB..yang Lydia Honey ubahkan sikit tapi mmg sedapa la memnuhi citarasa anak tekakku.... Jom tengok resepinya dan cubalah yer..
2 biji telur
2 cups fresh milk
2 cups all-purpose flour
1 camb baking powder
1/2 camt salt
1/2 cup olive oil (Chef Amirul guna oil, nak lagi sedap masukkan butter cair)
1 camb gula

Pukul telur dan gula hingga gebu.
Masukkan garam dan pukul sebentar.
Masukkan tepung berselang seli dengan minyak/butter dan air hingga habis.
Rehatkan adunan selama 5- 10 minit.
Masak waffle hingga golden dan letakkan topping kegemaran anda.
Selamat Mencuba

NASI GORENG USA

SELAMAT HARI PEKERJA dan selamat bercuti semua... Ksmi kat Kuwait ni take de cuti2 labour day nyer.. dah lama tak post N3 kat blog ni..berdebu je seperti weather kat Q8 ari ni.. Selama hidup kat Malaysia tak pernah makan pon tapi malam ni gagahkan diri buat sebab resepi dah lama kat waiting list 'Q' tak buat2..dapat resepi dari Izan & lupa dari blog mana.. Tengs izan atas resepi yang sedap ni dan maaf atas penambahan dan pengurangan bahan tu yer kerana Lydia buat ikut tekak sendiri yang nak makan.. Nasi Goreng USA
Bahan Nasi
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 camt cili kisar -* tak letak sebab tak makan pedas, gantikan paprika powder
1 camb sos tiram
1 cawan mix vegetable
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos tiram dan mix vegetable dan gaul sebati. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah
300gm daging - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - didadu halus
1 biji bawang besar - di hiris bulat dan agak besar untuk goreng(* tak buat sebab tak suka bawang)
1 biji lada besar - potong serong
1 biji tomato - belah 8
1 camt cili kisar* Lydia gantikan paprika
1 camt tomato paste
2 sudu besar sos tiram
1/3 camt black pepper powder
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.
daun limau purut

Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
Masukkan cili tiram, lada besar, lada hitam dan bawang besar, gaul sebati.
Akhir sekali masukkan tomato dan rasakan masim, manis dan masamnya.
Goreng bawang yang di potong bulat berasingan sehingga sedikit layu dan angkat.
Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun jika suka

Sunday, April 15, 2012

MY HOMEMADE KAYA

Kaya yang ke 3 kalinya Lydia buat selama 6tahun di Kuwait...kali ni perfect rasanya jika nak dibandingkan dengan 1st and 2nd tu..manisnya pon sedang- sedang elok dan kaler serta teksture pon ada improvement..yang tak tahan tu letusan lava kaya ni meletus raas nak jerit ja...hehehhe..
Tapi yang penting suci, halal dan tiada pengawet..
Meh tengok my resepi kat bawah dan silalah cuna ek..



KAYA
3 biji telur ayam
1 1/2 cawan santan pekat
225g gula pasir
1 1/2 camb tepung gandum
1/4 cmt esen pandan
secubit garam
Pukul telur dengan 50g gula hingga gula hancur dan kembang.
Masukkan santan kelapa, esen pandan, garam dan tepung, kacau rata hingga sebati.
Baki gula (175g) dihanguskan dengan 1-2 camb air.
Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur perlahan- lahan dan kacau sedikit sekadar sebati.
Masukkan ke dalan Non-stick pan masakkan di atas api yang perlahan sehingga masak.
Kacau selalu supaya cantik teksturenya..tapi AWAS letusan lava tu meletus- letus.. Lydia masak dalam setengah jam je kot.
Selamat mencuba..

Arabic White Cumin Rice with Chicken 65

Hahahhahahaaa..dah basi baru kelua N3 lunch jumaat semalam.
Tak tahu nak buat apa sebab rasa malas dan malas memang tetap menghuni diriku. Gagahkan diri buat sebab TERINGIN..
Jom tengok my resepi kat bawah ni, kalu rajin TRYla..senang ja..



White Cumin Rice II
2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 30 minit & toskan
1/4 cawan kismis
1/4 cawan mix vege
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp cumin (biji)*
1/4 tsp Arabic mixed spices
2 cmb minyak masak
1 cmb Ghee
Air secukupnya sbb ikut jenis beras..

Panaskan minyak dan ghee dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan kismis dan mix vege, goreng sebentar.
Masukkan pula beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan msukkan air panas secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan rose water + pwearna kuning jika suka dan gemburkan sedikit.
Tanak seperti biasa.
Hidangkan dengan ayam, salad dan maraq.
Selamat mencuba..

Chicken 65
1 ekor ayam-potong 10 cuci dan rendamkan dengan 2cmb cuka putih dan toskan
1 cmt Arabic mixed spices
1/2 cmt black papper
1/2 cmt cardamom powder
1/2 cmt cinnamon powder
1/2 cmt anise seed powder
1/2 cmt cumin powder
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*-di blend bersama
1 cmb yogurt
2 cmb jus lemon
Garam secukup rasa
Pewarna kuning + merah (jadi oren)
Daun kari
Bawang goring*
minyak untuk deep fry*
How to prepare:
Perapkan ayam dengan semua rempah ratus, kecuali bahan* selama 3-4 jam atau semalaman, kalu nak pedas tambahkan sedikit cili powder.
Goreng hingga garing, angkat dan toskan.
Letakkan dalam pinggan hidangan dan taburkan bawang goring sebagai hiasan dan hidangkan.
Nasi ni sedap dimakan bersama nasi putih arab.