Sunday, April 15, 2012

Arabic White Cumin Rice with Chicken 65

Hahahhahahaaa..dah basi baru kelua N3 lunch jumaat semalam.
Tak tahu nak buat apa sebab rasa malas dan malas memang tetap menghuni diriku. Gagahkan diri buat sebab TERINGIN..
Jom tengok my resepi kat bawah ni, kalu rajin TRYla..senang ja..



White Cumin Rice II
2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 30 minit & toskan
1/4 cawan kismis
1/4 cawan mix vege
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp cumin (biji)*
1/4 tsp Arabic mixed spices
2 cmb minyak masak
1 cmb Ghee
Air secukupnya sbb ikut jenis beras..

Panaskan minyak dan ghee dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan kismis dan mix vege, goreng sebentar.
Masukkan pula beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan msukkan air panas secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan rose water + pwearna kuning jika suka dan gemburkan sedikit.
Tanak seperti biasa.
Hidangkan dengan ayam, salad dan maraq.
Selamat mencuba..

Chicken 65
1 ekor ayam-potong 10 cuci dan rendamkan dengan 2cmb cuka putih dan toskan
1 cmt Arabic mixed spices
1/2 cmt black papper
1/2 cmt cardamom powder
1/2 cmt cinnamon powder
1/2 cmt anise seed powder
1/2 cmt cumin powder
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 biji bawang besar*-di blend bersama
1 cmb yogurt
2 cmb jus lemon
Garam secukup rasa
Pewarna kuning + merah (jadi oren)
Daun kari
Bawang goring*
minyak untuk deep fry*
How to prepare:
Perapkan ayam dengan semua rempah ratus, kecuali bahan* selama 3-4 jam atau semalaman, kalu nak pedas tambahkan sedikit cili powder.
Goreng hingga garing, angkat dan toskan.
Letakkan dalam pinggan hidangan dan taburkan bawang goring sebagai hiasan dan hidangkan.
Nasi ni sedap dimakan bersama nasi putih arab.

No comments:

Post a Comment