Saturday, January 28, 2012

HOMEMADE POPCORN CHICKEN

Salam jumaat semua. N3 hari ni nak share Chicken Pop/ Chicken Popcorn ala- ala KFC yang selalu Lydia buat dan rasanya memang sedap, jangan kata budak- budak..mak atau bapak budak pon suka, sesuai dihidangkan pada bila- bila masa sebagai healty snack atau buat sandwich. Lebih sedap lagi jika di hidangkan panas- panas bersama mashed potato, salad dan mushroom/chicken creamy soup serta tomato dan mayonise sos. Tapi bagi yang suka pedas tu boleh add sikit cili powder. Amat simple dan cepat.. Jom tengok resepinya.

HOMEMADE POPCORN CHICKEN
1 biji telur egg
1 cawan tepung gandum*
2 camb tepung jagung*
1/2 camt baking powder*
1/2 camt baking soda*
1/2 cmt ginger powder*
1/4 cmt galic powder*
1 camb Cajun seasoning*
1 camt white/ black papper*
1/4 camt serbuk buah pala*
garam/Aji No Moto secukup rasa*
minyak untuk deep frying
Potong dada ayam kecil, lebih kurang 1/2-11/2 inci, ikut suka nak crispy macam mana..lagi kecik/nipis..lagi crispy.
Cuci ayam dan rendam dalam cuka selama 15 minit untuk melembutkan dan menghilangkan bau serta toskan hingga kering.
Perap isi ayam tadi dengan sedikit black/white papper powder, garam/perasa, serbuk buah pala, garlic powder, ginger powder dan sedikit baking soda..biarkan selama 30 minit.
Campur bahan bertanda* dalam mangkuk kering, gaul sebati dan ketepikan.
dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit dengan garfu.
Panaskan minyak masak untuk menggoreng dalam kuali.
masukkan ketulan ayam ke dalam mangkuk tepung dan gaul sebati hingg bersalut semuanya.
Ambil ketulan ayam yang bersalut tepung dan celupkan ke dalam telur dan sekali lagi celupkan ke dalam tepung.
Pastiakn minyak benar- benar panas dan goreng hingga keperangan(golden brown) serta angkat dan letak di atas kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat mencuba..

Thursday, January 26, 2012

CUMIN RICE

Lambat masuk N3, CUMIN RICE ni lydia masak 3 hari yang lepas. Saja masak lebih bagi kat wokers my hb sebab dah lama tak menjamu mereka makan. Walaupun masak hanya untuk 4 orang jer tapi rasanya macam masak bagi 10 orang Melayu..kuat makan arab ni:). Maunya tak beras jer hampir sekilo dan ayam 2 ekor..walaupun penat lydia memang puas hati kerana bagi jer apa pun makanan kat dia orang berebut- rebut makan dan yang penting licin. Terubat penat tengok masakan kita dihargai..
Nasi cumin ni ala nasi kabsa Yemen memang sedap dan wangi jer aroma cumin tu. Nak buat pon mudah jom tengok resepinye..:))

CUMIN RICE
1kg basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 30 minit & toskan
250 ml tomato paste
2 tsp yellow food coloring
2 ketul kiub ayam MAGGI
5 kuntum bunga cengkih*
4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
2 tbsp cumin powder*
1 tbsp corainder powder
11/2 tsp Arabic mixed spices
1/2 cawan minyak masak
1 tbp rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras..

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste, tumis hingga kering airnya dan masukan pewarna, biarkan selama 1 minit.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan msukkan air panas secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa.
Hidangkan dengan ayam bakar, salad dan maraq.
Selamat mencuba..


NOTE:- Jangan di kacau sangat, kalau nak nasi yang cantik tutup tudung periuk dengan aluminium foil dan tanak atas apai yang perlahan. Bila dah masak off kan api dan biarkan 5 minit baru digembur.

Wednesday, January 25, 2012

MY HOMEMADE KEREPEK/KUE GUNTING (I)

MY HOMEMADE KEREPEK/KUE GUNTING (I)

400g tepung gandum
1/2 cmt cili powder
1 cmt jintan manis*
1 cmt jintan putih* dikisar bersama
1 cmt garam*
4 cmb minyak zaitun
sedikit daun kari yg dipotong kecil
air secukupnya (lupa sukat..hehhehe)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Blend bahan- bahan* hingga menjadi serbuk.
Tuang bahan kisar ke dalam tepung.
Masukkan minyak, daun kari dan gaul hingga berderai macam bread crumbs.
Masukkan air sedikit demi sedikit, sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap).
rehatkan doh dalam 15- 20 minit.
Canai nipis- nipis dan potong panjang (lydia guna mesen pasta jer).
Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan melekat.
Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga keemasan, angkat dan sejatkan ke atas kitchen towel/ tissu.
Selamat mencuba..:))

Monday, January 23, 2012

MY HOMEMADE CENDOL TEPUNG JAGUNG

Terlaksana juga keinginanku nak makan cendol..punyalah lama memendam rasa akhirnya menjadik juga. Dalam kesejukan Kuwait tak membantut niatku nak makan cendol. Dulu pernah buat sekali cendol tapi tak cantik, kontot dan putus-putus jer kerana tepung beras India yang agak kasar dan sebab tu kot cendol ku tak menjadi. Bukan tu jer tepung beras India kalau buat kue lapis pon tak menjadi sebab macam ada something tekstur kasar termendap kat bawah tu.Lydia rekomen kat perantauan yang payah nak cari tepung beras made in Thailand supaya try my versi ni guna tepung jagung jer.
Resepi ni Lydia dapat dari teman FB Sis Azliha Shahrudin Qatar yang memang baik hati tak pernah lokek ngan ilmu dan tunjuk ajar. Walaupun tak pernah bersua tapi rasa macam dah lama kena sebab keramahanya dan ilmunya yang tak jemu- jemu memberi nasihat serta tunjuk ajar. Heehehhehe..puji sekontena ni..
MY HOMEMADE CENDOL TEPUNG JAGUNG
Sumber: Azliha Shahrudin Doha Qatar

Bahan cendol:-
1/2 cwn tepung jagung
11/2 cwn air daun pandan
secubit garam
1/2 cmt air kapur (kalau tak de pon tak per)
1 cmb tepung beras (kalau tak de pon tak pe)
1/2 cmt pewarna hijau epal

Bahan sampingan:-
air gula merah/melaka
sweet creamy corn
kidne beans/kacang merah
santan pekat
ais batu
pulut (jika suka)* tak letak sebab tak nyempat nak makan

Dalam periuk, satukan semua bahan cendol, kacau rata dan masak atas api yang kecil hingga pekat dan berkilat.
Cepat- cepat masuk/ tuangkan ke dalam acuan dan tekan ke dalam air sejuk yang ada ais batu hingga habis dalam keadaan panas.
Hidangkan bersama santan, jagung dalam tin, kacang merah, air gula merah/melaka, santan pekat, ais batu dan kalau suka boleh letak pulut gak..

Saturday, January 21, 2012

DURIAN BELANDA BUAH AJAIB..

Artikel ini saya pada kali ni nak saya kongsikan mengenai khasiat buah Durian Belanda, setakat mana kebenarannya, Allahu a'lam. Tapi tak salah rasanya kalau kita cuba sebagai ikhtiar.
Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh sel kanser yang ajaib, iaitu 10 000 kali lebih kuat dari kemoterapi. Tetapi kenapa kita tidak tahu?
Pokok Durian Belanda rendah. Di Brazil dikenali "Graviola", di Sepanyol dikenali "Guanabana", bahasa Inggerisnya "soursop" dan bahasa Melayunya "durian belanda".
Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isinya berwarna putih, rasanya masam-masam manis. Cara memakannya dengan membuka kulitnya, hanya isinya sahaja yang dimakan.
Buah ini berfungsi sebagai anti-tumor / anti-kanser yang sangat kuat dan telah terbukti secara perubatan, buah ini dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-fungi, dapat melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar depressi, menurunkan kadar stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Orang-orang Amerika percaya bahawa Health Sciences Institute adalah institut yang membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mereka perolehi adalah "Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh sejenis pohon ajaib yang dapat mengubah cara berfikir kita, doktor dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Berdasarkan kajian dilakukan, pohon ajaib dan buahnya ini dapat :

- Menyerang sel kanser dengan efektif tanpa rasa mual, penurunan berat badan dan keguguran rambut seperti yang berlaku kepada mereka yang menjalankan kemoterapi
- Melindungi sistem immune (pertahanan) tubuh dan mencegah daripada jangkitan-jangkitan yang merbahaya
- Pesakit akan merasa lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan dan penyembuhan
- Peningkatan tenaga dan penampilan luaran yang semakin baik
Sumber berita ini diterima dari syarikat ubat terbesar di Amerika. Buah Graviola ini telah diuji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an. Hasil ujian tersebut, ekstrak buah ini adalah :
- Memilih target dan membunuh sel jahat secara efektif dari 12 jenis kanser yang berbeza diantaranya kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.
- Kekuatannya 10 000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan kemoterapi yang biasa digunakan
- Tidak seperti kemoterapi, ekstrak buah ini hanya membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel sihat.

Kenapa kita tidak tahu?
Semuanya berkaitan dengan ekonomi, keuntungan dan banyak lagi. Jawapan yang mereka beri mudah, "kesihatan dan kehidupan kita semuanya dikendalikan oleh orang yang memiliki kekayaan dan kekuasaan".

Akan tetapi seorang ilmuwan dari kumpulan pengkaji tidak mahu melakukan kekejaman terhadap manusia. Dia mengorbankan kariernya, lalu menghubungi pengusaha yang mampu mengumpul bahan-bahan dari hutan Amazaon untuk pembuatan ubat. Health Sciences Institute telah melakukan kajian tersebut. Terbukti Graviola sebgai pohon pembunuh kanser yang efektif.

The National Cancer Institute telah melakukan kajian yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun, dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Tetapi hasil kajian tidak dipublisitikan.

The Journal of Natural Products menyatakan kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan menyebut salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10 000 kali lebih kuat berbanding Adriamycin dan kemoterapi.

Kajian di Purdue University membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara efektif terutama sel kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Cerita lengkap mengenai Graviola boleh didapati dalam Beyond Chemotherapy : New Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai free special bonus terbitan Health Sciences Institute.

Rahsia – Khasiat Durian Belanda
By: PakarHowTo


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati (bukan sakit hati yer...).

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan/ stress.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan.