Salam jumaat semua. N3 hari ni nak share Chicken Pop/ Chicken Popcorn ala- ala KFC yang selalu Lydia buat dan rasanya memang sedap, jangan kata budak- budak..mak atau bapak budak pon suka, sesuai dihidangkan pada bila- bila masa sebagai healty snack atau buat sandwich. Lebih sedap lagi jika di hidangkan panas- panas bersama mashed potato, salad dan mushroom/chicken creamy soup serta tomato dan mayonise sos. Tapi bagi yang suka pedas tu boleh add sikit cili powder. Amat simple dan cepat.. Jom tengok resepinya.
HOMEMADE POPCORN CHICKEN
1 biji telur egg
1 cawan tepung gandum*
2 camb tepung jagung*
1/2 camt baking powder*
1/2 camt baking soda*
1/2 cmt ginger powder*
1/4 cmt galic powder*
1 camb Cajun seasoning*
1 camt white/ black papper*
1/4 camt serbuk buah pala*
garam/Aji No Moto secukup rasa*
minyak untuk deep frying
Potong dada ayam kecil, lebih kurang 1/2-11/2 inci, ikut suka nak crispy macam mana..lagi kecik/nipis..lagi crispy.
Cuci ayam dan rendam dalam cuka selama 15 minit untuk melembutkan dan menghilangkan bau serta toskan hingga kering.
Perap isi ayam tadi dengan sedikit black/white papper powder, garam/perasa, serbuk buah pala, garlic powder, ginger powder dan sedikit baking soda..biarkan selama 30 minit.
Campur bahan bertanda* dalam mangkuk kering, gaul sebati dan ketepikan.
dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit dengan garfu.
Panaskan minyak masak untuk menggoreng dalam kuali.
masukkan ketulan ayam ke dalam mangkuk tepung dan gaul sebati hingg bersalut semuanya.
Ambil ketulan ayam yang bersalut tepung dan celupkan ke dalam telur dan sekali lagi celupkan ke dalam tepung.
Pastiakn minyak benar- benar panas dan goreng hingga keperangan(golden brown) serta angkat dan letak di atas kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat mencuba..
Bagus juga jumpa resepi homemade ni. Boleh buat ikut citarasa kita. Nampak agak mudah untuk membuat popcorn chicken ni. Kalau makan selepas masak tentu crispy. Tetapi bila dah sejuk, masih crispy lagi tak? Kak Noor mohon kongsi dalam blog Kak Noor nanti ye... tq
ReplyDeleteKak Noor..goreng ngan api yg slow lama2 sikit & insha'Allah..kalau boleh ayam tu beli Tenderizer chicken brest..kalu tak de rendan ayam ngan cuka ke baking soda ke kasi lembut sikit sbb selalunya dada ayam biasa keras sikit bila sejuk.
Deletewah resipi yang diidam-idamkan sudah dijumpai..syukran jazilan ya ukhtee!
ReplyDeleteKak Nini Hadi..afwan..spices leh ikut citarasa masing..hehehehhe
Delete